Jadilah seperti manggis

Kali pertama saya dengar pepatah ni, terus rasa berminat kerana sangat bermakna pepatah ni.

Jadilah seperti manggis, apa yang di luarnya, begitulah yang ada di dalamnya.

Baru saya tahu yang kalau kat bawah manggis tu tunjukkan ada 5 kelopak, maka isi kat dalam juga ada lima. Kalau besar kecilnya sekata, kat dalam, isimya lebih kurang sama. Menarik sungguh kan? Jadi, semoga sama-sama kita contohi sifat tidak berpura-pura yang ditunjukkan oleh manggis ni. 

Rasanya saya pun kena kurangkan masa berblog, ada beberapa perkara yang kena diselesaikan dahulu sementara waktu. Kalau saya tak menulis lagi untuk seminggu ni, saya ambil kesempatan siap-siap, untuk ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga puasa tahun ini lebih berkat dan bermakna.

Comments

  1. InsyaAllah... nanti dah selesai semua hal yang penting kita jumpa lagi...yang pasti jangan terus berhenti berblog yer... 'SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK'

    ReplyDelete
  2. betul sesangat tu AN..ingt AN nak ckp apa yg diluar sama kat dlm tu..sbnrnya xsama coz yg luar itm dan dlm putih..rupanya tampuk dia!akak lg suka lagu tu,hitam2 sitampuk manggis,biar pun hitam ku pandang manis...!!hiii...Selamat berpuasa AN..

    ReplyDelete
  3. tak makan manggis la ..hihi
    tetiba je kan.h ihi

    betul tu kak ..

    oke.selamat berpuasa dan selamat menjalani ibadah tarawikh jga buat akak sekeluarga :)

    ReplyDelete
  4. baru tahu ttg fakta manggis ni . selama ni dr kecil sampai besar tau makan jer ...

    ReplyDelete
  5. Alahai, seorang lagi teman yang nak berehat berblog. Sedih pulak rasanya ... Janganlah lama-lama sangat 'berehat', rindu teman-teman yang ada. Sejak saya join sekaki mengomel berkumpulan di alam maya ni, dah ramai juga yang 'menghilangkan' diri sementara kerana komitmen lain....

    Saya pun baru tahu pasal manggis ni, AN. Begitu rupanya... selama ni ambil mudah je. Nampak manggis, kopek, makan. Takdalah nak telek belek lebih-lebih.

    Kalau gitu, saya pun nak ucapkan Selamat Berpuasa buat AN sekeluarga :)

    ReplyDelete
  6. oo..ye ke?/saya pun baru tahu...

    ReplyDelete
  7. kami memang dah lama tahi dari kecik2 lagi selalu tilik bontot manggis kalau nak makan hehehe tapi tu la.. tau jer tapi tak amalkan. btw selamat berpuasa jugak. lama tak datang sini ;)

    ReplyDelete
  8. suke2...berjaya membuka perspektif baru dalam hidup....Jadilah seperti manggis, apa yang di luarnya, begitulah yang ada di dalamnya....TQ sis

    ReplyDelete
  9. indah sungguh peribadi manggis..selamat menyambut puasa juga buat AN sekeluarga..:)

    ReplyDelete
  10. Patut pun lama tak bersiaran......rupanya bizi.....siap dah ucap Salam Ramadhan lagi ye....
    Ohhh gitu rupanya.....Okje baru tau AN pasal manggis ni...Terima kasih berkongsi ilmu...
    Selamat berpuasa AN.....moga ibadah kita diterima Allah hendaknya

    ReplyDelete
  11. betui tu
    tengok manggis ni geram la pulak aisy :)

    ReplyDelete
  12. I sangka Aisy nak ckp, kulit luar tu walau hitam tapi halus... dlm putih. Maka biar diri dilihat hodoh/hitam tapi hati di dlm berhati mulia.... haha... ..Rupa2nya kelopak dia.
    Ha'ah I mcm pernah dgr tip tu.... tak sangka pulak dah jd bidalan.

    *Selamat berpuasa Aisy.

    ReplyDelete
  13. betul tu akak.. jd la mcm manggis. nina suka sgt makan. tambah2 isi yg padat dan biji kecil

    ReplyDelete
  14. Selamat menjalani ibadah pyasa AN..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1