Pengalaman kereta rosak di tengah kesesakan jalan

Malang tak berbau betul.. ingatkan Papa N balik awal hari ni bolehla kami jalan-jalan di waktu petang. Naim pun sejak dari tengah hari menagih janji nak keluar.

Orang sekitar USJ dan Seksyen 20an Shah Alam ni pasti tahu jalan depan kilang Proton. Kat situlah temperature kereta Papa N tiba-tiba naik. Mulanya kami rasa tak sejuk penghawa dingin. Tak syak lagi nak rosak, tetap keluar ke Shah Alam. Mujur masa perasan suhu naik tu dapat cepat-cepat berhenti di tepi jalan. Dengan cuaca panas masa tu, saya mula panik juga. Naim yang cukup sayang kereta papanya tu mula bertanya macam-macam.

Bila Naim ikut papanya mencari bengkel, Nazif ni pula meraung. Bukan dia sedih kereta papa rosak tapi sedih ditinggalkan oleh abang dan papanya. Haru pulak nak pujuk si kecil ni di tengah panas dan tepi jalan pulak tu.

Alhamdulillah, tak lama Papa N pergi mencari bengkel. Terus mekanik yang datang tu periksa kat mana kerosakannya. Terus diberi cadangan supaya kami ke kedai makan yang ada berdekatan sambil menunggu sesiapa datang ambil kami. Kipas enjin yang rosak rupanya. Isteri mithali ni mulalah nak bising tapi saya tahan je, anggap benda nak jadi. Walaupun dalam hati geram, tapi rasanya saya pun patut juga syak ada yang tak kena bila beberapa hari lalu Papa N mengadu bunyi lain macam enjin tu. Tak usah nak dikatakan sepatutnya dah lama dibawa ke bengkel kereta tu. Benda nak jadikan.

Sempat bawa budak berdua ni makan mee goreng sementara Uncle Intan Payung datang jemput kami. Alhamdulillah ada yang menolong.

Jamu mata dengan gelagat Naim dalam kereta Uncle Intan Payung ya. Seronok je dia main sementara Papa N selesaikan urusan di bengkel.

Comments

  1. takutnya kan kalau kereta buat hal..

    ReplyDelete
  2. Betul tu AN..dah nak jadi kan..dah elok dibaiki nanti boleh bawak anak jalan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, Naim ni memang suka naik kereta papanya saja..mujur masa cuti sekolah ni. bolehla Papa N bawa kereta saya ke ofis, kalau tak payah juga...

      Delete
  3. klu knor panik..tambah klu kita drive sorang2..

    p/s boleh je aisy..gula biasa pun boleh..dri buah tu membusukkan..

    ReplyDelete
  4. nasib baik bukn sorg2..
    kalau sorg cm na ek..
    panik gak tu..

    ReplyDelete
  5. kira berani tu..klo akak panik tak tau buat apa dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Nak jadi dgn naik kereta suami dan dia pun ada. Panjang sikit akal terus ke simpang jalan berdekatan. Kalau saya mesti panik juga jadinya

      Delete
  6. Oh, saya dah pernah kena! Sama kekdahnya... mula-mula rasa aircond tak sejuk. Bawa juga...bila makin terasa panas, saya test try buka tutup aircond. Pun sama...tak juga nak ke bengkel. Cakap dengan HD, katanya nanti. So nantikan ajelah.... Satu hari sampai kat sekolah Abang, tengah baca buku dalam kereta kepanasan tetiba bunyi meletup, keluar asap. Saya apalagi, buka langkah seribu keluar kereta dan selamatkan handbag :) Telefon HD suruh datang dan uruskan cepat sebelum Abang habis sekolah. Masuk bengkel. Coolant bocor. Temperature naik saya langsung tak perasan!

    Kereta saya yang lama pun pernah kena jugak. Lagi best kat parking Pavillion. So kita bersantai dalam kereta atas lori tow truck dari parking area ke bengkel kereta pujaan hati... Saya lagi malang, out of 3 kejadian, 2 daripadanya saya sendirian!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. saya penah baca dlm entry MD pasal rosak masa nk ambil Abang. Alahai. Macam tu mmg panik kan..kita mmg tahu naik je, kalau tak sejuk kuatkan lagi aircondnya.. tak tahu apa masalah yang ada.

      Yang kisah berhappy naik lori tow truck ni penah cerita dlm blog ke? Tak pernah rasanya.. cer cite sikit?

      Delete
    2. AN, ada juga cerita sikit dalam entri ni ...

      http://mummydearie.blogspot.com/2013/09/ulangtahun-pertama.html

      Delete
    3. Nati saya baca ya.. ada rupanya

      Delete
  7. aduhai perkara mcm nilah plg takut...husband jenis x reti gak bab2 kete..semoga urusan kita sntiasa dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Doa sentiasa moga dimudahkan urusan .. macam semalam cepat juga adik ipar datang ambil walaupun tgh jalan sesak. Kalau tak entah macam mana nak jaga dua budak kecil tu..

      Delete
  8. malang mmg xberbau AN!abis tu camner skrg,dah ok la keta tu ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ok kak. Tapi blm ambil lagi dr bengkel. Suami kerja separuh hari hari ni, lepas jumaat nati nl pegi ambil kereta.. bayor je beres.. hihi.. dugaan lagi..

      Delete
  9. uncle intan payung tu sape kak?
    comelnya dia..

    bnda nk jadi kan.

    ReplyDelete
  10. nasib baik kt area berdekatan bengkel,klu tak cair la mama n nazif dalam kepanasan.benda nak jadi kan..nk buat macam mana..sy klu bab2 kereta ni mmg tahu naik je,apa benda pun tak reti.huhu

    ReplyDelete
  11. Intan uncle payung tu sapa? .....adik ke?
    Okje pun pernah kena jugak AN.....Kuda hitam punya hallah.....maklum ajelah keta dah tua! Masa tu kat Highway area Jasin. Otw balik Muar lepas bercuti kat PD....Mmg kami maghrib kat tepi highway ler....nasiblah dkt ngan Muar so abg ipar dtg bawak pomen....
    Rupanya alternator rosak...tetiba je dia mati kat highway tu.. patut pun radio hidup mati masa kat bdr Melaka tu rupanya nak mati engin kat highway....huh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Intan payung tu, Brader in law saya , Okje..naim panggil gitu.
      Alahai, kat tepi hway dia buat hal ya? Mujur dah dekat dengan abg ya.. kalau tak payah juga nak panggil orang di masa mahrib tu kan.

      Delete
  12. panik juga tu, kalau kereta rosak ditengah jalan kan..
    akak pernah kereta rosak dihihway karak sampai tengah malam,mujur dgn kawan2.. melepak tepi divider sambil makan bekalan nasi kenduri..hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?