Petua saya semasa anak tak nak berenggang

ooo...akhirnya hari ni akan kembali bekerja setelah seminggu bercuti..Lama bercuti ni ada juga kesan yang kurang positif. Anak-anak saya ni bila mama diorang 24 jam ada di depan mata, mulalah macam macam halnya. Tak kira Naim atau Nazif, kedua-dua pun macam bergayut je di kaki mama ni. Ai, sampaikan nak ke tandas pun payah.

Naim himpit dari kiri, kanan, depan dan belakang ikut suka hati dia. Sikit-sikit nak tanya mama, nak apa mesti nak mama ambil dan nak ke mana mesti kena ada mama. Nazif lak tak boleh nak jauh daripada mamanya langsung. Kalau jauh, meraunglah dia. Sampaikan kalau papanya pegang pun masih lagi dia meraung. Yang kelakarnya bila saya lalu dekat dia semasa dia menangis di pangkuan papa, dia diam dan siap siap hulurkan tangan macam suruh saya ambil dia. Hai, usia baru nak cecah 8 bulan dah pandai macam ni...

Petua saya nak tidurkan diorang ni bila situasi saya macam ni, ialah selimutkan diorang dengan baju yang ada bau saya. Maknanya baju yang dah dipakai (baju belum basuh) Kalau tidak, memang tak boleh buat kerja langsunglah saya. Lagi lagi dengan Nazif yang masih kecil ni, tidurnya banyak kali. Kalau semua tidurnya nak kena mama ada di sebelah, memang tak berasaplah dapur.

Masa Naim kecil tips ni berkesan, malah Nazif sekarang pun alhamdulillah berkesan. Teringat lagi masa saya menyewa dengan rakan di JB dulu, pada usia Naim 4-5 bulan, saya terpaksa menghantar salah seorang rakan serumah yang sakit ke klinik. Maka saya selimutkan Naim dengan baju kurung yang saya pakai di sekolah hari tu, dan tinggalkan Naim yang sedang tidur dengan rakan yang lain. Sejam lebih jugalah saya tinggalkan dia...

Korang ada petua lain tak? Korang pun tentu pernah berhadapan dengan situasi yang sama bila nak tinggalkan anak, kongsikan ye... Boleh kita sama sama amalkan..

Comments

  1. Saya pun buat benda sama. Kalau x mmg pening la dgn syafiq yg terlebih manja ni

    ReplyDelete
  2. akak pnah amalkan petua ni semasa Alya kecil2 dulu, ylh.. anak kecil yang menyusukan badan, sukar sikit nak bagi dia lena jika dibandingkan FM

    ReplyDelete
  3. Saya pun guna cara yang sama. Terubat rindu ada bau ibu nya.

    ReplyDelete
  4. dasyat ye penangan mamanya..hihi..tips yg bgus tu

    ReplyDelete
  5. Oh, yeke? Boleh try ni. Nak ajar die tdo sorang2....

    ReplyDelete
  6. baru tau la tips ni, nnt boleh la buatkan kat monster. dia ni pun payah nak berenggang, saya takde tips nak kongsi,

    ReplyDelete
  7. Tips y bagus..anak mila mmg susah nak berenggang, nak msk pun huru hara..thanks kak!

    ReplyDelete
  8. petua yang bagus ni ain....kawan2 blogger lain boleh belajar dan amek tips ni dari ain

    ReplyDelete
  9. Aisy - Dulu2 pernah guna petua ni bila abah diorang outstation.
    Pernah juga cuba petua ni utk diri sendiri bila rindukan arwah ayah tapi lama kelamaan
    bau tu ilang plak dari kain pelikat peninggalannya.

    ReplyDelete
  10. hahaha....nazif baru 8 bulan dah demand macam2 ye...bijak betul dia tu...

    ReplyDelete
  11. macam2 peel gak yerk.. takder petua sebab tak nah alami lagi..
    mungkin betoiler kot...

    ReplyDelete
  12. akak takde petua,sebab anak2 ok je kalu akak takde,dgn en.azmi pun diorg bole ngam

    ReplyDelete
  13. Owhhh... xtau pulak. Ngan adam dulu, mmg payah! Too clingy

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?