Budak belum 2 tahun pun tahu ni

Menjenguk ke blog seorang rakan tadi, saya tertarik dengan isu yang ditulis. Terus je dapat ilham nak kongsikan pengalaman tentang hal yang sama.

Dah tiga hari lepas berturut-turut kitaorang, suami isteri bawa Naim jalan-jalan sekitar pukul 11 malam kerana dia asyik nak main sampai tak nak tidur malam. Terpaksalah korbankan sikit petrol dan duit tol, tapi berbaloi dia akan tidur tak berapa lama selepas tu..

Semasa bawa Naim keluar dua malam lepas, tetiba lak di simpang selepas keluar tol Putra Height tu ada polis tengah buat sekatan jalan raya. Dalam hati dah panik sebab, keluar tak bawa IC pun. Tak perasan pulak waktu tu tali pinggang keledar tak pakai. Naim lak, bila dia nampak polis tu, entah macam mana dia tarik tali pinggang keledar tu dan minta saya pakai. Depan-depan polis tu takkan nak pakai lagi. Buat tak tahu je lah. Senyum. Budak 21 bulan ni tak puas hati lagi. Dengan bahasa yang tak berapa leh faham tu sibuk je dia cakap , "Mama, ni, ni, ni"..sambil menarik dan menunjukkan tali pinggang keledar tu. Polis tu senyum je tengok reaksi Naim tu..

Mujur tak kena apa-apa. Cuma pengajaran, tak perlu nak tunggu jumpa polis baru nak pakai tali pinggang keledar. Kalau budak 21 bulan ni dah tahu keperluan pakai tali pinggang keledar, kenapa kita yang tua ni ambil mudah lak? Malah kalau diamalkan terus kelakuan ni, mungkin Naim pulak yang mengikut bila dia besar, tak pakai kecuali jumpa polis. Sebabnya dia biasa tengok mama dan papanya buat macam tu sejak dari kecil..

Comments

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?