Ape nak buat lepas abis SPM?

Amboi, macam remaja je saya tanya macam tu.. Bagi orang yang mengawas peperiksaan SPM macam saya ni tentulah seronok sangat-sangat kerana dah habis bertugas arini. Mulai esok boleh relax je menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah.. arini pun kami dah dalam perjalanan balik ke kampung.. Kampung mana lagi, kampung Kelantan lah....

Jadi bagi adik-adik yang tak terfikir lagi apa yang nak buat sementara menunggu keputusan SPM nati, boleh la baca. Kot-kot dapat idea sikit sebanyak.


1. Bekerja sementara
Bekerja sementara ni bagus tau. Selain dapat duit tambahan, korang dapat menambahkan kenalan. Tentulah juga akan menambahkan pengalaman korang. Bila bekerja nanti, baru korang tahu betapa susahnya nak dapat duit sendiri.. dengan tu, korang akan jadi lebih menghargai duit. Kalau bekerja juga korang akan rasa pengalaman kena marah, kena tekan supaya buat kerja yang baik atau cepat. Ni juga memupuk sifat kepimpinan, kepatuhan, amanah dan rajin..

2. Menyertai kursus kemahiran
Bagi yang tak minat bekerja, mungkin boleh memohon menyertai apa-apa kursus yang disukai. Contohnya kursus menjahit ke memasak ke? Eh, macam cara lama ek? yeke? taklah, ni kemahiran yang boleh kita gunakan kemudian tau. Masuklah kursus jahit blaus ke, jahit baju kurung ke? jimat duit nanti bila jahit sendiri. Kalau kawasan KL ni baju kurung biasa upahnya pun paling sikit tukang jahit amik RM35 sepasang tau.. Tu pun jarang dah kadar tu.
Tak pun boleh masuk kursus berasaskan IT ke. Macam-macam lah, boleh tanya-tanyakan pada senoir lain apa kursus yang seronok dan berfaedah.

3. Melancong
bagi yang tak berminat dengan kedua-dua cadangan kat atas, mungkin boleh pertimbangkan cadangan pergi melancong. Ni memerlukan kos, tapi terpulang kepada tempat yang anda pilih.

4.Belajar agama
haha..terkejut tak dengan cadangan ni? setahu saya di Kelantan, ramai yang menghantar anak untuk belajar agama di pondok-pondok agama. Bayarannya tak mahal. Boleh tambah ilmu sementara tak ada buat ape-ape, apa salahnya kan?

5. jadi surirumah
Kalau semua cadangan kat atas tu anda tak berkenanan, jadilah suri rumah je. Duduk kat umah, sambil tolong mak kemaskan apa yang patut. Tolong ajar adik-adik pun boleh. Tolong hantarkan adik-adik ke sekolah atau tuisyen boleh juga. Yang penting jangan nduk melangut, matahari dah nak terbenam baru bangun. Dah bangun makan dan tengok tv aje..Ooo, jangan menternak lemak-lemak badan, menyesal nanti...

ok, pikir-pikir kan... saya akan update lagi dari kampung ya...Selamat bercuti bagi semua calon SPM.

Comments

  1. Zaman bujang2 nie, btlah ape yg ptt. Kumpul duit ke. Maklum, masih muda. Tak ada tanggungan apa-apa lagi. Klu yg pompuan, kumpul duit sungguh2 sebelum dpt masuk U ke ape ke. T dah ckp duit, ley beli kete. Hahahah!

    ReplyDelete
  2. semua boleh dipertimbangkan..huhu..penting tu

    ReplyDelete
  3. Yes . trime kasih bg tips sy ade adekk yg tgah spm skang . bia dia bace . hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?