Ukhwah

Assalamualaikum semua.
Selamat menyambut hari pertama dalam tahun baru hijrah.
Sempena hari tahun baru ini, entry pertama hari ini adalah tentang semangat ukhwah.

Saya masuk ke dunia menulis di blog ni tanpa sesiapa mendorong sebenarnya. Tak ada ahli keluarga yang menjadi blogger. Tak ada juga kawan rapat yang aktif sebagai blogger. Kalau ada pun cuma seorang kawan. Itu pun saya dapat tahu dia seorang blogger selepas dia follow blog saya yang baru nak merangkak ni.



Namun, alhamdulillah saya memanjatkan kesyukuran kepadaNya. Melalui blog, setelah 4 bulan lebih
, saya dah mendapat beberapa kawan baru. Kawan-kawan  yang langsung tak dikenali sebelum ini.  Beberapa kawan ni sanggup berkongsi tips, pengalaman dan perasaan melalui komen dan penulisan mereka. Wujud ukhwah walaupun tak mengenali secara langsung. Terima kasih semua . Semoga ikatan yang terjalin akan lebih erat.

Comments

  1. salam maal hijrah
    jom ikut gathering blogger 18.12 ni..
    nnt bleh tmbh kn kenalan

    ReplyDelete
  2. Hehehe . Same2 kak !
    Teruskan berblogging ! ^^

    ReplyDelete
  3. thanks byk2 min.. byk akak blaja dr blog min

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?