Apa, Ahmad Naim nama kampung?

Korang angin tak kalau dengar orang komen nama anak kesayangan buah hati korang 'nama kampung' ? Amboi-amboi sedapnya mulut dia!

Walaupun ada air liur meleleh tetap nampak comel kan?
Walaupun tak melenting tapi geram juga bila ada orang komen macam tu. Anak saya, suka saya lah nak letak nama ape, kan? Si comel ni nama Ahmad Naim ada sebab. A tu sebab nama papa start dengan A. Kemudian N tu pulak nama mama dia.. Ahmad dipilih sebabnya ialah dalam buku agama dan ceramah agama ada bagitau yang nama anak lelaki seelok-eloknya Ahmad atau Muhammad. Jadi kami pilih Ahmad sebab simple dan bermakna. Lagipun ini info yang saya dengar dari Astro Oasis, yang cakap ni ialah Ustaz Hassan Din...." tugas memberi nama yang baik kepada anak ialah tugas ayah. Dan sekiranya seorang ayah itu ada 3 orang anak lelaki tetapi tiada satu pun yang namanya bermula dengan Muhammad atau Ahmad, seolah-olah ayah gagal dalam melaksanakan tugasan itu(beri nama)".

Saya pilih Naim sebab nama ni ada makna baik,tambah lagi ringkas sebutannya. Korang pun tahu kan, nama baik pun kalau panggil tak penuh, tetap tak ada maksud. Sedangkan kita akan dipanggil pada hari kebangkitan di akhirat kelak berdasarkan nama panggilan kita. Kalau baik, tentulah kita akan dipanggil dengan baik di hari tersebut. Jadi saya pilih nama yang pendek.

Lagi satu sebab ialah supaya tak susah nak isi ape-ape borang nanti..Mamanya cikgu kan, dah biasa key in nama budak yang panjang berjela-jela. Ada nama sampai tak muat ruangan pun bila nak tulis atau taip. Dah ada pengalaman gitu, jadi terwujudlah nama Ahmad Naim.

Jadi, terpulangla nak pikir ape.. Hak masing-masing kan..Bagi yang tak tahu, makna nama

                           Ahmad - yang terpuji
                                Naim - kesenangan hidup

Comments

  1. ...kampung? Apa yang kampungnya? Bukan nama Pak Pandir pun. Hahahaha. Kelakar juga pemikiran 'mereka' nie ya?

    =p

    ReplyDelete
  2. Fara: entahla komen dr mulut org ni...agknya tak macam nama-nama sekarang yang canggih manggih sebutan dan panjang ejaannya...

    ReplyDelete
  3. tkde lah nama mcm org kg..nama anak akak yg bungsu Abdullah Zaki pulak tu...

    ReplyDelete
  4. @nyanyisunyi: tulah, bg saya tu nama yg cukup baik..nama anak akak pun baik juga. ada pelajar saya nama Abdullah Haziq, pggl Abdullah. Nama Ismail pun ada.. Semua ni murid cemerlang, mungkin sebab nama pun dh maksud baik..

    ReplyDelete
  5. m..plik sungguh!!nma ank org pun nk komen..dah xder kje lain la tu..xksh la nma ape pun,asalkan ade mksud..tu yg pntg..nma pjg2 pun, klo pggl nma pndek xder mkne gak..xpe la k.ain,bbanggalah ngan nma "ahmad naim" yg sntiasa wat org sklilingnye bhgia..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1