Tanda ego atau kaedah psikologi yang berkesan?

Kalau disuruh tolong kerja rumah, si suami selalunya bagi banyak alasan. Bukan semua suami yang begitu tapi rata-rata macam tu lah. Kalau suami orang lain saya tak tahu, tapi kalau suami saya, kaedah suruh dan perintah ni memang tak jalan. Alih-alih saya jugak yang kena buat.

Tapi kalau kena cara psiko dia, semua dia boleh buat. hehe, tak jahat kan? tak juga salah ikut hukum. Tak salah berkongsi kerja rumah kan? Saya pun bekerja, masa yang ada nak uruskan rumah tak banyak.

Contoh cara yang pernah berjaya, sengaja ceritakan kisah kawan yang suaminya suka tolong isteri kemas rumah. Secara tak langsung, suami pun lebih rajin sikit tolong, walaupun beberapa hari je berkesan teknik ni. Kalau nak buat ni, cara cerita tu kena bersahaja, buat macam tak sengaja tercerita. Kalau beriya-iya nati suami perasan lak tujuan kita.. ni yang katakan ego lelaki. Bukan diorang tak leh buat sebenarnya. Dapat tahu suami orang buat dia nak pulak buat.

Lagi, masak sedap-sedap. Bila suami puji sedap, amik la kesempatan cakap kalau abang rajin tolong, ayang dapatlah masak sedap-sedap selalu. Ini sebabnya saya memang tahu masak beberapa masakan je, sekali sekala berguru dengan mak atau internet, dapat la masak yang gempak sikit. Lepas tu, mitak suami kemas dapur pun dia tak kisah.

Cukuplah, tulis banyak-banyak nanti kalau suami saya terbaca entry ni, aiii..tak menjadilah helah saya lagi...

Comments

  1. erm....klu ditakdirkan izan bersuami sekali lagi...nak seorang suami yg rajin tangan nak tolong wat keje kt umah.....

    ReplyDelete
  2. Salam Aisy Nasihah

    Terimakasih sudi singgah dan komen..

    Arwah suami akak dulu sgt rajin tolong bila bab pindah memindah perabut rumah..lebih2 lagi kalau dipuji..tambah rajin dia..

    ReplyDelete
  3. @nyanyisunyi: bertuahla akak dpt suami yg rajin.. sama2 kak, sy tgh cuti ni, rajin berblogwalking isi masa lapang...mana yg ada entry bagus sy mmg akan komen..

    ReplyDelete
  4. @izza : kena byk2 doa k..Allah akan berikan yg terbaik utk izzan nati..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts