Padah mengantuk ketika memasak

Nak jadi wartawan kejab.. . Nak tulis kisah benar ni tau. Nak berkongsi kejadian yang berlaku kepada rumah kawan yang sama-sama mengawas peperiksaan SPM. Menurut kawan kejadian ni terjadi hari Sabtu yang lalu.

Apa yang berlaku ialah salah seorang rakan serumahnya yang pada mulanya merebus 4 ketul ayam telah meninggalkan periuk rebusan itu di atas dapur kerana terlalu mengantuk. Dia yang memasak pada sekitar pukul 8 malam mula menyedari kejadian yang berlaku setelah terjaga pada pukul 5 pagi. Bayangkan 4 ketul ayam yang direbus selama 9 jam? Hasilnya bau busuk  terbakar yang tak dapat nak huraikan macam mana baunya menyelubungi kawasan rumah.

Ayam tu? Nasibnya hangus rentung la jawabnya.. daripada 4 ketul dah tinggal dua je. Itu pun dua yang hampir mereput juga. (Tah betul tak guna istilah tu nak terangkan situasinya. )

Kawan saya yang sama-sama menjaga SPM ni sebenarnya tak ada di rumah. Dia cuma balik pada petang semalam. Masih lagi terbau busuk tersebut sehingga ke pagi tadi. Yang menjadi mangsanya ialah baju-bajunya yang diletakkan di ruang tamu. Habis semua berbau busuk. Sudah dibasuh masih tak hilang bau busuk di baju tersebut serta bau di dalam kawasan rumah walaupun kejadian telah berlaku lebih 2 hari.

korang ada pgalaman yang sama tak? boleh berkongsi tips macam mana hilangkan bau busuk terbakar tersebut? Sian kawan tu, arini pakai baju kurung yang dipakai minggu lepas, kerana tu je baju yang tak bau busuk. Kebetulan baju tu dia bawa balik untuk dicuci di rumah keluarganya..

Comments

  1. ada. baru berlaku. mak punya kerja. haha habis rentung semua. Alhamdulillah tak berlaku kejadia yang tak DIINGINI.

    ada penekanan disitu kerana kehangusan juga tidak diingini. dengan penekanan tersebut, merujuk kepada kebakaran yang lebih serius. haha

    ReplyDelete
  2. Hypee!!Assalamualaikum..Ana follow molo blog ini..sudikanlah sekirannya ada masa berkunjung ke blog Ana yerp..hihi..taaaa..=)

    ReplyDelete
  3. hehe.. kena pasang alarm ni kalau nak etrtidur.. hehe.

    ReplyDelete
  4. @razik: kalau tahu nk tido, jgn masak lg bagus kan?

    @ ana: thanks

    @diaz : kena selalu berhati2, dh jd tak leh nak saling menyalah lagi

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?