mula bosan

Cuti baru je start. Tambahan pula ada bertugas mengawas peperiksaan Spm. Tapi dah mula rasa bosan, tak tahu nak buat apa waktu petang. Dah terbiasa bekerja waktu petang agaknya. Tak faham betul, masa kerja terasa nak cuti, tapi bila cuti dah lebih 3 hari mula rasa bosan lak...ai, manusia ni memang tak pernah cukup apa yang ada kan?

Mula lah buat rancangan nak isi masa lapang. Nak ajar tuisyen, tak ada kenal orang sangat pun di tempat baru ni.. kalau tak, boleh juga tambah duit sikit di samping isi masa lapang.

Lagi, nak balik kampung pun kena tunggu bulan Disember, sebab suami dapat cuti masa tu..sabar la dulu.

Jadi, sementara ni menulis dan berblog la yang dapat mengisi masa lapang....

Comments

  1. bosan kan time cuti....hari2 ngadap 3wan blh meninggikan lagi tune nada tinggi izan...seb baik minggu dpn dah start kelas tmbahn thn 5 yg nak naek thn 6 thn dpn....

    ReplyDelete
  2. haha...3wan tu nak bermanja dgn mama dia lah tu... ooo kls tambahan...ramai tak yg dtg kalau ct sekolah ni?

    ReplyDelete
  3. entah lah erk...ini tahun pertama sy kt sklh tu...tgk laa nnti...tak ramai pun kene laksanakan jg sbb jadual dah dibuat.....

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?