Gaji wajib dizakat

Semasa mengemaskan beg sekolah tadi, tetiba terjumpa surat ni....

Tahu tak yang kewajipan berzakat bukan hanya dikenakan ke atas petani serta pemilik ternakan lembu dan kambing tetapi juga kepada mereka yang berpendapatan tetap. Jadi maknanya semua yang bekerjaya perlu membayar zakat sekiranya setelah dikira dia didapati layak. Jadi, adik-adik pun kalau baca ni boleh tambah pengetahuan.

Sekarang ni mudah, macam-macam cara boleh bayar. Ini termasuk melalui potongan gaji, pembayaran secara dalam talian atau melalui kaunter Pusat Pungutan Zakat (PPZ). Surat kat atas tu, maknanya saya dah buat pembayaran zakat melalui pemotongan gaji..korang dah ke belum?

Perkara utama yang harus dilakukan adalah membuat pengiraan untuk menentukan sama ada pendapatan dimiliki itu layak atau tidak perlu dikenakan zakat. Kalau anda dapat surat macam ni, pihak PPZ dah tolong kita kira ikut gaji bulanan kita.. Jadi boleh pilih  sama ada setuju dengan amaun yang diberi. Ataupun nak mintak kurangkan amaunnya juga boleh. Mungkin ada individu berpendapatan kecil dan banyak tanggungan berpendapat mereka tidak perlu membayar zakat pendapatan.Ataupun kalau ada alasan yang betul-betul kukuh, boleh minta pelepasan.. Tapi takkan kot, gaji kat Malaysia ni dah naik, bayar sikit pun ok la kan?  kalau sebulan RM 10 - 30 ke boleh kan?.. tak banyak pun kalau bayar amaun tu..yang pentingnya gaji yang kita dapat lebih berkat, lagipun untuk kebajikan umat Islam juga..

Comments

  1. akak tak kerja..
    tak payah bayar kot..
    hehe

    ReplyDelete
  2. kak d: ni yang jeles ni..suami akak gaji byk tu yg akak tak pyh kerja..

    ReplyDelete
  3. sama2 cikgu ke ni..hehe..slmt berkenalan...:):)

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan dari blog Ben..
    happy blogging!

    memang betul, gaji perlu dizakatkan!

    ReplyDelete
  5. wah, info yang berguna. terima kasih. :)

    salam perkenalan dari blog abg ben. :)

    ReplyDelete
  6. wah...2 hr tk singgah...blog dah berwajah baru n biru....nice n simple :)

    ReplyDelete
  7. salam perkenalan buat lia dan mas. thanks sb menjengah blog ni.

    ReplyDelete
  8. salam kenal dr blog abg ben :)

    ReplyDelete
  9. tq for the info..ramai yg x tahu ttg hal ni..bagus utk dikongsi bersama

    ReplyDelete
  10. Salam perkenalan ,,, Nita singgah dan follow dari segmen ben ashaari,,jom kenali blogger,,, kalau sudi , singgah site sye blik yer ? LUKISAN HATI

    ReplyDelete
  11. terima ksih kepada kwn2 baru..blog anda akan sy jenguk k..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?