Apa yang perempuan cari pada lelaki

Tetiba nak kupas isu hubungan. Pada yang belum kahwin boleh amik perhatian tentang ni ye.


1. Lelaki yang penyayang
 Mula-mula, untuk memilih pasangan perempuan akan cari calon yang penyayang. Perempuan ni kan lembut sifatnya, yang selalu nakkan perhatian daripada pasangannya. Jadi, tunjukkan sifat penyayang dalam diri anda supaya perempuan pilihan anda tertarik.


2. Lelaki yang matang
Perempuan juga suka sekiranya lelaki pilihan mereka itu matang. Ini dapat dilihat dalam proses membuat keputusan. Sekiranya lelaki tu dapat membuat keputusan yang baik dengan tenang tanpa bantuan sesiapa, itu lagi baik.


3. Lelaki yang kukuh kewangan
Konsep kukuh kewangan ni maksudnya ada pendapatan yang tetap. Mungkin gaji suami lebih rendah daripada isteri tapi si suami tu kenalah pandai menguruskan perbelanjaan supaya tidak terlalu mengharapkan bantuan daripada isteri. Ini kena ada perbincangan daripada peringkat sebelum kahwin lagi supaya tiada masalah selepas perkahwinan.


4. Lelaki yang ada penampilan menarik
Ini ciri yang subjektif. Ada perempuan yang suka lelaki kemas, tetapi ada juga perempuan yang suka lelaki yang sedikit selekeh. Ada perempuan suka lelaki berkulit cerah, dan ada juga yang suka lelaki hitam manis yang dikatakan lebih menawan. Ada juga perempuan tak suka lelaki yang terlalu kacak sebagai pasangan kerana takut digoda orang lain.


5. Lelaki yang setia
Ini ciri yang paling penting sekali. Tanya la pada 100 perempuan, rasanya tak sampai 10 orang yang secara suka rela suka berkongsi kasih atau boleh terima pasangan yang tak setia. Kesetiaan akan menjamin keharmonian perhubungan. Kesetiaan juga cermin jaminan dalam perhubungan.


Ada banyak ciri lagi sebenarnya.. bergantung kepada individu yang membuat keputusan. Apa sahaja pilihan yang dibuat, seharusnya pilihan yang terbaik untuk diri kita dan keluarga kita..

Comments

  1. semua nak yg terbaik kan kak...tapi bukan semua org sempurna kan..ade kurangnye jugak...maybe kita xsedar kekurangan tu yg akan sempurnakan diri kita nt...

    ReplyDelete
  2. pandai fatiema, ni cara cakap mcm dh ada calon? bila lagi?

    ReplyDelete
  3. Semua ciri-ciri atas tu ptt ada. Klu salah satu takde, tak guna gak kan?

    ReplyDelete
  4. kalo laki suka kucing atau binatang, dia memang penyayang giler..hehe

    ReplyDelete
  5. hehehe...menarik...dulu takut ndak ada perempuan suka kat kancil...tapi bila kena motivasi...akhirnya yakin pada diri sendiri...ndak sangka makin ramai peminat...tapi pening sebab takut tersalah pilih...akhirnya orang yang ndak pernah jumpa menjadi pilihan hati...hehehe

    ReplyDelete
  6. @kancil: amboi, 'makin ramai peminat'... mesti sebab diorang suka kancil pndai bg ucapan kan?

    ReplyDelete
  7. hehe...sy suka kata2 Tiramisu tu..kekurangan kita akan dilengkapi kelebihan pasangan, dan insyaALLAH kelebihan kita akan menyempurnakan kekurangan pasangan..ngee~

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?