macam mana nk balik kg ni??

KOTA BAHARU: Keadaan banjir di Kelantan terus bertambah buruk dengan mangsa yang dipindahkan sehingga pukul 8 pagi ini dilaporkan bertambah kepada 785 orang berbanding 416 orang malam tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata mereka terdiri daripada 189 keluarga yang dipindahkan ke 18 buah pusat pemindahan.
Mereka yang baru dipindahkan ialah seramai 35 orang di daerah Kuala Krai, 306 (Kota Baharu), 101 (Machang), 197 (Pasir Mas), 21 (Pasir Puteh), dan 125 (Tanah Merah).

Sehingga pukul 8 pagi ini, paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard melebihi paras bahaya iaitu 9.99 meter (paras bahaya 9 meter) di Rantau Panjang dan 16.12 meter (16 meter) di Jambatan Guillemard dengan paras air dilaporkan semakin meningkat.


sumber: http://www.hmetro.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?