geram tul berurusan dengan kakitangan pejabat kerajaan

Situasi 1:

Penjaga: Assalamualaikum cikgu. (dengan nada marah)
Cikgu    : Waalaikumussalam.
Penjaga: Cikgu, ni saya penjaga ___________. Saya dah datang nak amik duit RM100 tu, tapi kerani tak layan. Katanya waktu rehat sekarang. Macam mana ni cikgu? Saya bekerja, bukan mudah nak datang beberapa kali. Ini pun mintak excuse dari bos daripada meeting yang sepatutnya belum habis lagi.
Cikgu    : Memang tengah waktu rehat pun sekarang ni. Cik tak boleh tunggu sebentar ke? Dah tak lama nak habis ni.
Penjaga: They all should know, we all bukan senang-senang datang ke sekolah. Saya makan gaji.

Situasi 2:

Cikgu   : Allo, ni ___________. Ada parents kat luar yang marah-marah ke?
Kerani : Ada, saya dah bagitau sekarang waktu rehat tapi dia still marah. Nak cepat aje. Tak tahu kitaorang pun nak juga rehat, time ni lah nak makan, nak solat dan macam-macam.

# jadi, mana pihak yang nak kena kita salahkan? Penjaga ke? kerani ke? ataupun cikgu? Pastinya lah penjaga tu akan pikir dan cakap " geram tul berurusan dengan kakitangan pejabat kerajaan ni". Manakala kerani lak akan fikir yang penjaga suka buat sesuatu ikut sesedap hati diorang...pasal duit bantuan RM 100 ni semua layak dapat, tak kira kaya atau miskin..takkan nak tolak rezeki, kan? tapi semua orang ada situasi masing-masing, kalau saling bertolak ansur, ape salahnya kan? masing-masing akan senang hatii...

Comments

  1. Betul! Sokong 100%

    Org mcm nie, semuanya jenis pentingkan diri sendiri dan tak mahu bertolak ansur! Maka...

    ..(merujuk entri di atas)...mcm itulah situasinya!

    ReplyDelete
  2. psl rm100 tu sy dah 2 hari g menjelajah 2,3 tman cari rumah bdk yg parents die liat nk g sklh sbb malu ank dah 3 minggu ponteng sklh,cuti awal.....GB nak jg sume murid dpt wet tu....

    ReplyDelete
  3. izzan: tul kan, kerajaan bg duit pun ada gak mak ayah yg liat nk amk..yg buat2 bz pun satu hal, mcm la dia sorang je kerja, mak ayh budak lain tak kerja ke... pening sy dapat beberapa cal daripada mak budak pasal hal duit ni..

    ReplyDelete
  4. fara@ ; orang yg mengalaminya akan faham lah ye...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1