Boleh ke mendidik sambil mengugut anak?

Dalam entry ini saya ada bagi tahu situasi semasa dua putera comel kesayangan saya.  
Saya sebenarnya rasa seronok dan sedikit kerisauan saya berkurang setelah
ramai rakan yang memberikan komen positif tentang situasi yang dialami tu.
Dalam hati tentulah sentiasa saya berdoa semoga kedua dua adik beradik ni akan ada hubungan yang mesra. Bukan apa, yang korang nyatakan dalam komen tu memang saya sendiri pernah alami..
Demo ni menurun mok dia kot...


Korang nak tahu, masa kecil dulu, saya dengan adik saya memang macam anjing dan kucing..
Boleh kata 12 jam sehari bergaduh, kalau hari cuti boleh jadi 18 jam sehari kalau sesuai memang akan bergaduh...
Malah, masa saya berumur 5-6 tahun pernah saya dibawa ke klinik pada waktu maghrib kerana luka di kepala disebabkan kena pukul dengan arieal tv oleh adik saya..
Sikit aje lukanya, cuma darahnya banyak, doktor pun gelakkan kami masa tu, ikut cerita ayah sayalah.. jadi korang tahulah situasinya macam mana kan?

Kembali kepada tajuk hari ni, dalam hati saya ni kalau boleh tak nak anak anak saya pula membesar macam tu. Saya kalau boleh nak diorang manja ataupun kalau gaduh pun gaduh sikit je...tak normal pulak kalau terlalu bersopan santun, kan? Dunia luar terlalu kejam kalau tak kena gaya menghadapinya, saya sedar tu...

Jadi saya cuba pupuk kasih sayang antara dua beradik ni dengan cara yang saya tahu..
Pertama cuba bacakan ayat ayat yang saya tahu kepada diorang
 ni terutamanya masa keduanya tengah tidur..
Saya juga ajar Naim dan Nazif bersalam selalu, walaupun Nazif masih kecil lagi, semoga jadi amalan hingga ke dewasa nanti.
Seterusnya saya, ha ini yang saya pun kadang kala rasa betul tak cara saya....
Korang nak tahu, saya akan ugut Naim yang saya akan bagi Atuknya bawa Nazif ke kampung kalau Naim buli adik...
haha... menjadi juga teknik ni... Naim ni sayang adiknya sebenarnya. Bila dia dengar je macam tu, terus dia kurangkan buli adik.....


Selain itu, saya juga cuba imbangkan perhatian yang diberikan kepada Naim dan Nazif ni.
Memang payah nak lakukan, tapi kenalah cuba, kan?
Korang rasa ugut manja macam yang saya lakukan ni ok tak? Bukan ugut pasal Nazif saja, tapi ugutan secara amnya?  korang ada tips lain tak?

Comments

  1. masa anak kecik2 boleh le tp bila dah masuk usia remaja, ugut mengugut tak jalan daa...

    psstt: akak ngan abgpn cam kucing ngn anjing masa kecik2, masing2 xmo mengalah tp bila masing2 punyai keluarga & berjauhan, tanpa disangka kami menjadi sahabat yang PALING baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..mmg mcm tu agaknya, nk bg dewasa seseorang ank ni mmg kena lalui fasa ni.. Cuma kita xnk sampai benci n dendam je,kan?

      Delete
  2. Owh menuron mok dio hihihi.

    Boleh kot.. ugut2 manja tu macam perlu. Kami kalau JJ buat hal time keluar, I akan bisik kat dia "keep acting like this, its gonna be your last day out". Hahaha selalu dia akan baik untuk 2 minit.
    Tapi kalau selalu sangat, takut dia kalih pulak dengna ugutan ni kan. hmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, dh biasa nati dia pun tak takut...Saya try guna ugutan secara kreatif kalau ianya masih berkesan utk naim..

      Delete
  3. Untuk umur Naim, mmg ugutan tu masih jalan... kalau baya Irfan dan Aisyah mmg dah tak boleh apply... mereka dah bijak guna common sense... nanti banyak pula soalan susulan lepas tu sbb tak puas hati dgn ugutan kita.. hehhee
    Kalau saya, suka buat2 merajuk, then danish pun akan pujuk dan behaved skit lepas tu.... tapi danish dia banyak belajar dari abang dan kakak.... utk kes naim pula, dia takde model.... so model yg dekat adalah mak dan ayah ajelah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau main lak, tak layan mamanya merajuk.. Ke entah dia tak faham keadaan tu lagi..

      Delete
  4. Rasanya boleh tapi dgn cara yg betul la kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah akan guna cara yg betul...harap harapnya.

      Delete
  5. Boleh kot... tapi, kalo saya, saya xkan guna nama org yg kita kenal atau rapat. Kesian pula nnati. Takut naim membenci atuk sbb sanggup nk ambil adiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo betul juga tu.. saya tak terfikir pulak dari segi tu...
      ada buruknya ni...

      Delete
  6. jangan bimbang aisy... saya rasa standard la budak2 mana pun suka gaduh. janji jangan sampai keterlaluan... kita masa kecik-kecik dulu gaduh gak, takde la berdendam sampai besar kan, memori itula yang buat kita rindu kan adik beradik ... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya macam itulah kan? kalau tak ada adik beardik, tak boleh nak gaduh pula, boleh bosan hidup macam tu...

      Delete
  7. akak pun mcm tu..kdg2 ugut juga caranya.. akak akan kata : oklah klu abg taknak kawan dgn adik,usik adik,pukul adik,biar mama je kawan dgn adik..tak jalan juga sbb dia kata,dia kawan dgn papa,tp bila en.azmi masuk campur ckp,dia pun tak nak kawan dgn adam barulah adam meraung...barulah dia nak share barang dia dgn adik,susah juga sebenarnya sbb adrien pun dah pandai melawan sekarang ni..kdg2 pening kepala juga dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Adrien pun taknak asyik dia je kena buli ye? Dah tau nk protect diri? Ai..nak membesarkan anak kan kak? Memang tak abis rasanya pening kita.. Share pengalaman kita macam ni seronok juga...

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?