Cuti jaga anak

Minggu ni giliran saya bertugas. Maknanya minggu ni saja jadi guru bertugas. Haha. Jangan pening dengan kenyataan tu, bukan maksudnya hari biasa saya tak bertugas. Maksud guru bertugas mingguan ni ialah guru yang mengendalikan perhimpunan, tunggu dam sambut kehadiran murid di pagar, kendalikan masalah kecemasan, periksa kebersihan, mencatat pengumuman dan tutup pintu bilik guru pada waktu petang.

Semalam giliran saya jaga pagar. Dalam cuaca panas ni, pukul 12.30 saya terpacak di pagar depan sekolah. Ada teman, seorang guru disiplin dan dua orang pengawas. Menyambut kedatangan anak-anak murid ni, mulalah saya terharu tengok, ada yang mak atau ayah angkat beg sampai ke pintu. Ada yang dari jauh semasa nak turun kereta tu, cium mak ayah, ada yang mak pantau anak sampai 10 minit baru berdar dari kawasan sekolah, macam-macamlah reaksinya.

Tapi, yang paling best bila dalam situasi macam ni, muka murid-murid ni semua nampak comel. Lain riak wajah tu dengan riak wajah semasa di dalam kelas. Nampak yang diorang rasa gembira dihantar oleh ibu bapa. Bukan maksud saya murid tak gembira di kelas, tapi adalah bezanya yang saya dapat perhatikan tapi tak pandai nak huraikan bezanya. Mungkin juga itulah ekspresi muka murid yang rasa selamat dan seronok dengan komitmen yang ditunjukkan oleh ibu bapa. Maklumlah, usia remaja ni memang mahukan lebih perhatian daripada ibu bapa.

Mulalah rasa kesian dengan Naim dan Nazif. Ada ke masa mama diorang nak buat macam tu. Pagi dah keluar awal untuk kokurikulum, baliknya pula lewat petang. Tak apalah, sekadar yang mampulah nanti. Papanya ada, mungkin bila tiba masanya, papanya dapat luangkan masa untuk hantar dan amik anak dari sekolah. Semoga Naim dan Nazif juga ada ekspresi muka yang gembira macam diorang.

Dua buah hati kesayangan saya...

Pernah saya melawak nak cuti untuk menjaga anak. Tau Papa N jawab apa? Tunggu lagi beberapa tahun, kalau abang naik pangkat, bolehlah berhenti ya.  Haha.. walaupun sekadar cakap-cakap kosong, saya iyakan saja. Tuntutan hidup sekarang, dan juga sebagai cara berbakti kepada masyarakat, saya teruskanlah selagi daya dan cuba imbangkan antara kerja dan keluarga. 


Kalau kerja dengan tenang, orang di sekeliling pun tenang. Apa guna kerja terlalu efisen sampai orang lain di sekeliling tertekan disebabkan kita? Atau pun terlalu main-main sampaikan ada tanggungjawab yang terabai? Jawapannya, seimbangkanlah...


sila baca entry seterusnya untuk kesinambungan daripada kisah ini.....jangan tak baca!

Comments

  1. curi curilah masa nnt.. agar mereka berdua pun ber reaksi sama mcm yg di lihat itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga tu. Sekali sekala nanti saya kena juga buat ya..

      Delete
  2. Saya kalau boleh nak berhenti kerja..Dah banyak kali saya cakap pasal ni pada suami, saya harap saya dapat berhenti kerja sebelum saya pencen..Buat masa ni saya ikut flow walaupun sebenarnya saya takde hati nak kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.. pikir baik2 ya. Kalau merasakan itu yang terbaik, teruskan.. setiao yang kita rancangkan dengan baik pasti ada kesudahan yg baik

      Delete
  3. Betul2..tapi serius boring kalau tak kerja.Kalau kita kerja at least kita release bila jumpa kawan2,dapat gaji bulan2,boleh shoping barang yang kita nak dan banyak lagi.kesimpulannya kita kerja dan in shaa allah Allah akan memudahkan kita nanti:)Anak2 pun akan faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. bab ni cik wan tahu n memang mahir ya... shopping ....

      Delete
  4. Insyallah nanti suami akak dapat rezeki lebih. Boleh berhenti nanti untuk jaga anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. tengokla dulu. Kot nati rasa sayang, lagi2 anak dah besar akan rasa relax sikit..

      Delete
  5. Dah baca terbalik!

    'Ada emak yang tolong angkat beg anak hingga ke pintu, hulur tangan suruh anak cium lepas tu cium dahi anak lepas tu dok tercegat tunggu anak dah confirmed laluannya terus ke dewan sekolah barulah beredar ...' Yang itu sayalah :)

    Guru baik macam AN janganlah berhenti kerja cepat sangat. Anak-anak murid memerlukan cikgu seperti ini. Tapi betullah tu, apa-apa pun mestilah seimbang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish2... inilah ciri2 mama yang buat saya jeles. Terfikir , mak diornag ni tak kerja ke? Rupanya kerja ya.. patutla datang dengan kereta mewah, baju pun macam orang bekrja ya? Untung di Abang tu....

      Delete
    2. Hahaha...bab kereta mewah memang salah tu! Motor kapcai ajek! Eh, nak menipu pun biarlah bertempat walau orang tak tahu yek. Saya ni mananya pandai bawa motor. Naik motor pun takut. Bab kereta tu sebenarnya kereta buruk aje :) Bukannya Merc ke apa...

      Saya bab anak-anak ni memang terlebih prihatin. Walaupun tahu saya akan terlambat nak ke tempat kerja ke apa, saya tetap tak peduli. Walaupun saya tahu kerja saya tu penting juga, anak-anak saya lagilah penting. Macamana nak buat nih :)

      Delete
  6. Insya Allah, U akan ada peluang untuk buat semua tu.

    ReplyDelete
  7. Owh, baru tahu yg cikgu bertugas kena jaga depan pintu pagar sambut student :)
    Kalau kat sini, cikgu yg sama jer hari-hari sambut student depan pintu pagar sambil ucap "Good morning"… Kalau cikgu yg kenal anak2 tu, dia akan kata, "Good morning Irfan"….

    Anak2 bila kita peluk cium dia pun mereka dah rasa happy…. Mcm Irfan skrang pun, masih lagi nak peluk2 dan cium2 even dah besar panjang… tapi saya suka buat mcm tu bila tgk muka dia yg happy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak besar ni Nur.. segan nak peluk. Tapi ada juga budak2 yang baik dgn saya, cuba nak peluk dan salam cikgu masa jaga oagar tu. Taoi sekarangkan musim panas.. berpeluh tu.. malu pulak cikgu ni.

      Delete
  8. AN.....yes...yes....okje pernah terbaca entri awak dulu dulu pasal nak berhenti Manalah ada kerja yg tak stresskan AN.. .. Sabar ajelah....
    Patut pun okje selalu tgk cikgu tunggu kat gate...kadang kadang guru besar pun ada tunggu...bagus jugak pendekatan tu kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha itulah pasal mengajak Okje kongsi bisnes roti.. haha.. tapi Okje tak nak oulak..

      Delete
    2. Bila nak berhentinya? hehe..... Kita menguli roti sesamalah baru best hehe

      Delete
  9. Insyaallah,doa2 ada masa untuk dua buah hati kesayangan AN..

    Sy sekali sekala hantar juga Aiman kesekolah..ambil alih tugas abahnya waktu pagi kalau kebetulan sy tak kerja..klusekolah KAFA mmg sy yg jadi supirnya..

    klu AN suka tgok pelajar dihantar oleh parents,sy plak suka tgok wajah cikgu bertugas di depan pintu gate.hehe

    ReplyDelete
  10. nak benti.....nak benti.....nak benti.....stressnyer kerja!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  11. Saya pun teringin sangat nak cuti tanpa gaji. Semoga Allah permudahkan

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?