Dataran Putrajaya

Assalamualaikum semua..
Hari cuti buat apa korang? Mesti seronok, kan? Ada yang pergi berkelah, ada yang pergi membeli-belah, eh macam-macamlah. Naim dan Nazif je seharian duduk di rumah semalam. Mamanya ada sekolah ganti, sesi petang pulak tu. Jadi, diorang ni 'mengemas rumah' jelah.

Mengemaslah sangat. Saya sampai kat rumah pukul 7.05 pm semalam. Memang awal betul sampainya, maklumlah jalan tak sesak. Tak payah merempit pun sampai cepat. Aunty depan rumah, macam biasa, senyum je, sambil tanya, "Hari ini pun kerja?" Saya senyum je sambil jawab "Ya, hai aunty". Sebelum masuk ke rumah, dah dengar suara Papa N cakap, " jangan terkejut tengok rumah ya".

Kalau gitu pesanannya, memang 'kemas' la.. saya syak dengan papanya sekali mengemas tu. Haha.. dengan alasan asalkan anak-anak tak menangis. Ai, orang lelaki ni! Ingat apa?

Tak nak stress, sambil tunggu Papa N solat dan beli makanan, saya kemaskan ruang tamu. Dah selesai, kami cepat-cepat keluar ke Putrajaya. Dataran Putrajaya ni best tempatnya ya. Kali pertama kami bawa anak-anak main di sana pada waktu malam. Sampai kat sana pukul 9 malam, dah penuh, sampaikan kami letakkan kereta jauh sangat.
Abang Naimlah yang paling gembira, siap buat bunyi macam bersiul lagi masa main. Masa kayuh basikal dia dari tempat kami parking ke tengah dataran ni pun kemain dia merempit. Teruja sangat nak tuju ke arah tempat orang ramai. 

Dah jumpa tempat orang sewa kereta ni, basikalnya dicampak terus. Naim naik kereta jelah. Dah beberapa kali sambung bayar, dapatlah dia berseronok. 

Adik lak, main ni saja. Tukang jaga basikal abang. Masa kami main belon sabun besar, dia jadi tukang sorak. Kebanyakan masa, Nazif cuma lari sana sini. Dah besar sikit baru adik boleh main sabun ya. Basikal pun. Kereta pun. Ai...ramai sangat orang kat dataran semalam. rasa kurang selamat nak biarkan Nazif bebas bermain. Bimbang takut tak semena-mena kena culik kan? Siapa yang susah.

Hampir dua jam, kami bergerak balik. Ikutkan Naim memang dia tak nak balik lagi, paksalah.Mama dan papanya yang dah letih. Dengan janji nak datang lagi, Naim merempit sekali lagi ke tempat parking kereta. Seronok dia jerit. Haha.. kelakar juga tengok gaya Ahmad Naim ni. Mulalah mama rasa nak belikan basikal baru yang lebih sesuai dengan Naim. Nantilah ya, mama fikirkan ....anak-anak dah seronok, ini pun jadilah ya..

Comments

  1. tak pernah lagi ke dataran..
    samalah..macam rasa nak beli basikal baru utk anak2..

    ReplyDelete
  2. alamak, member duduk putrajaya, hujung minggu mesti post gambar gini.. terujanya... meriah betul..

    ReplyDelete
  3. dulu2 pernah le g dataran ni malam2,siap bwk bekal lgi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun semalam bawa bekal.. roti john dan air.. haha.. tp budak2 ni tak nak makan, nak main je

      Delete
  4. Assalam Aisy.... hanya mampu say "hai" je ni, td dah post comment
    tetiba line disconnected plak, tros lupa apa yg dah ditulis.. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai.. tak pelah.. nk buat macam mana

      Delete
  5. huk alooooh comeyynya adik jadi pengiring jer yer. nazif ni gayanya sampai ke besar la kot takkan kisah buat semua ni, biasa la anak nombor dua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. xpe, besar sikit baru dpt layanan sama ya.. nak balik semalam dua2 dah pau papa belikan mainan sorang satu... ok la juga tu..

      Delete
    2. jangan besar nnt adik buli abang yer. hehe

      Delete
  6. wah meriah betul..teruja sangat!best kan anak2 dapat main kat tempat lapang gitu

    ReplyDelete
  7. memang best lepak waktu mlm kt sini.. siap ada yg berkelah. nina smpai skrg xdpt naik basikal. huuu

    ReplyDelete
  8. best kan.
    skrg panas. bila kluar mlm sejuk sikit.
    saya pernah ke stadium kajang. sebelah sate hj samuri. best jugak tgk dorng dfn mcm mcm xtvt.meriah.

    ada games bola, main basikal, main belon, skrg kan femes basikal yg duduk kayuh. tu. apa nama ntah. hihi

    ReplyDelete
  9. amboii...seronoknya dia main...bila dah ramai2 mcm ni mmg risau keselamatan anak kan?? mak mertua sy pun selalu pesan mcm tu...risau2kan keselamatan anak kat tempat awam..

    ReplyDelete

  10. Fahamnya kalau lelaki yg duk rumah jaga anak....
    Memang mcm tongkang pecah le gamaknya ...hehe...
    Lama dah tak gi sini AN....dulu masa anak anak kecik mmg selalu le jugak lepak sini main basikal....kejap je masa berlalu kan....
    Seronoklah Naim ....dapat naik kereta....upah baik demam yeh Naim sampai extend masa hehe...

    ReplyDelete
  11. Jani gembira dah hati senang Aisy... sepah sikit tak kisahlah dah nama anak-anak masih kecik lagi..

    Anak-anak usia Naim dpt basikal dan kereta mainan begitu memanglah suka. Kalau boleh selagi tak tutup selagi itu nak main...

    ReplyDelete
  12. seronoklah naim dapat bermain ye..moga naim terus sihat ye,seronok tgk anak2 ceria mcm tu kan

    ReplyDelete
  13. budak2 mmg sukalah kat sini, KA sesekali ada juga dtg bila visiting my sister2 kat putrajaya ni !

    ReplyDelete
  14. Pernah jugak dtg ke Sini waktu Mlm mmg meriah kan

    ReplyDelete
  15. terbaik betul alasan si papa... hahaha... saya xsepat lagi nak explore putrajaya.

    ReplyDelete
  16. singgah malam. melawat jiran yang jauh dimata dekat dihati ..
    masak apa malam ni kak? hihi

    ReplyDelete
  17. Tak pernah lagi saya ke Dataran Putrajaya sebelah malam. Katanya happening, ya? Saya ni memang jarang keluar malam dengan keluarga. Hari bekerja lagilah jarang nak keluar lewat. Weekend pun biasanya pepagi dah keluar rumah dan baliknya haruslah paling lewat pun sebelum Maghrib.

    Wah, seronok ya Naim dapat main basikal, kereta sewa lagi kat sana! Apalagi AN, kenalah pecahkan tabung pergi beli basikal baru - sebab musabab untuk keluar shopping juga nih!

    ReplyDelete
  18. seronok sgt smp tak nak balik,nak kereta campak terus basikalnya adik tolong kutip.hehe ke dataran waktu malam pun best jugak ye..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts