Harga kekayaan dengan segelas air

Suatu hari, Khalifah Harun Al-Rasyid duduk bermenung dengan hati yang penuh kegelisahan. Hari itu, beliau telah mengundang ulama terkenal, Abu As-Sammak untuk meringankan bebaan yang bersarang di fikirannya.

"Nasihatilah aku," pinta khalifah ketika ulama itu duduk bersamanya. Pada masa yang sama, seorang pelayan membawa segelas air untuk khalifah. Sebelum minum, Abu As-Sammak berkata, " Tunggu sebentar, wahai khalifah."

Seketika Abu As-Sammak menyambung kata-katanya, " Seandainya dalam keadaan sangat dahaga, sedangkan segelas air itu tidak kau perolehi, berapakah harga yang sanggup kau bayar, wahai khalifah?"

"Setengah daripada kekayaanku," jawab khalifah ringkas.
Lalu Abu As-Sammak mempersilakan khalifah minum. Selesai minum, Abu As-Sammak bertanya lagi, " Seandainya air tadi terpaksa untuk dikeluarka , tetapi engkau tidak mampu mengeluarkannya, berapakah yang engkau bayar agar ia keluar?"

"Setengah daripada kekayaanku," jawab khalifah.

"Kalau demikian, sedarilah bahawa seluruh kekayaan dan kekuasaan yang ada di sisimu, nilainya hanya segelas air. Tidak wajar direbut dan dipertahankan tanpa hak. Ketahuilah, betapa banyak nikmat Allah s.w.t selain segelas air itu yabg telah engkau nikmati sehingga tidak wajar engkau tidak mensyukurinya," nasihat Abu As-Sammak kepada khalifah.

Petikan: majalah Al -Islam edisi Februari

P/s: Buat renungan bersama...

Comments

  1. Ha ah ye jugakan..nikmat mana nak kamu nafikan..ar Rahman

    ReplyDelete
  2. betapa besar nikmat Allah beri,nikmat kesihatan,
    nikmat kasih sayang..Alhamdulillah, nice sharing

    ReplyDelete
  3. Insafi diri , la ya ke , tak tahu pulak , nnt saya check blk , tq gtau ;)

    ReplyDelete
  4. Sesungguhnya AN.....
    Nikmat dapat melandingkan diri didalam bilik di saat ini....ohhhh nikmatnya...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas prkongsian ..

    ReplyDelete
  6. seluruh harta kekayaan nilainya cuma segelas air.. Insaf rasa.. tq share cerita ni kak..mengingatkan diri yg terleka..

    ReplyDelete
  7. nikmat yg manakah yg hendak didustakan...perkongsian yg sgt baik

    ReplyDelete
  8. Terima kasih berkongsi cerita. Betul tu, AN. Banyak nikmat Tuhan yang kita dah perolehi dan kadangkala lupa untuk mensyukuri. Bila ditarik balik salah satu daripadanya, barulah kita tersedar dan insaf.

    ReplyDelete
  9. cerita penuh iktibar..tiada guna harta benda atau kekayaan klu tak tahu bersyukur..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1