Nazif pulak deh

Malam masih muda, baru pukul 10 tapi rumah kami dah sunyi. Nazif tidur seawal pukul 9.30 malam tadi. Naim pulak diam je, khusyuk tengok video Mc Queen di tab.

Awal tadi rumah ni cukup kecoh, Naim buka gril depan tanpa kami tengok. Entah apa yang Naim nak tengok di luar. Adiknya mengikut je. Saya tengah sapu tumpahan nasi, tak perasan Nazif pun ikut ke depan pintu. Bila terdengar Nazif meraung mulalah saya berlari tengok diorang. Rupanya jari Nazif tersepit masa Naim nak tutup gril pintu. Allah Hu Akhbar, mengucap panjang saya masa tu. Walaupun tak ada niat nak marahkan Naim tapi terluah juga kata, " Kenapa main kat luar ni? Kan dah buat Adik sakit?". Naim dia je, tahu dia salah agaknya. Diam dia lepas tu.

Mujur tak ada apa-apa. Agaknya sakit sikit bercampur terkejut sebenarnya Nazif tu. Lepas tu Nazif berhenti menangis dan kembali main. Tidur pun awal pula, terus mamanya kena buat kerja. Haha..malas dah kalau malam ni nak menanda buku, selalu gunakan alasan anak-anak minta perhatian.

Memadangkan saya sebut pasal Nazif ni, teringat soalan Zilla, dah berapa banyak perkataan yang Nazif tahu sebut di usia setahun setengah ni?

Setakat ni, Nazif sebut mama, papa, aban(Naim), adik, nak, tumpah, tek, yaya(mama) , aish(ais), miao dan andi(mandi).. Rasanya setakat ni itu je perkataan yang paling jelas keluar dari mulut Nazif. Cakap bahasa bayi banyaklah, lagi-lagi masa Nazif tengah seronok, macam-macamlah yang dia sebut.

Gambar petang semalam. Dua beradik ni tengah seronok makan ais krim masa saya balik tu. Nampak kurus sikit Nazif sekarang kan? Ke saya je yang rasa macam tu?

Comments

  1. Kesiannya adik tersepit pintu!!. Memang nk kena cubit si abg ni..... kekeke.

    ReplyDelete
  2. alolo.sian nazif..
    nasib x teruk kan..

    nampak mcm bam bam je. sbb x tgk slalu kan.

    ReplyDelete
  3. banyak dah tu..stiap anak lain perkembangan dop?
    comellah nazif..kesian dia..sapu minyak gamat sket..okla tu

    ReplyDelete
  4. kesian kat Nazif… nasib baik nothing serius :)
    Saya nampak Nazif mcm biasa jer… tak nampak kurus pun… tapi mak dia yg lebih tahu sbb tgk hari-hari :)
    wah, dah banyak perkataan yg Nazif dpt sebut… rasa kejap jer dia besar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. mama dia je yg tgk mcm nazif kurus sikit.

      Delete
  5. sian nazif ye... banyak dah bulih ckp tu, adrien ni dah 2thn 2bln tp bercakap pun msh guna bahasa bayi juga...lambat sikit perkembangannya berbanding abg adam,tp xpe setiap anak tu kan berbeza2,seronok je melayan dia bercakap walapon x berapa nak faham...

    stress dgn kerja,pastu dgn kesihatan adam 2,3 hari lps..skrg nampak dah ok,tp skrg lain pulak peel nya,malas nak ke skool pulak,nak ke taska dgn adik2 je...dia kata nak pegi skool,adrien kena pegi jugak..adoiii pening mama dibuatnya,adrien tu bercakap pun tak bole lg,mcm mana nak hantar ke skool...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Anak lain2 perkembangannya pun lain.

      Semoga perkara yang buat akak stress ni akan selesai dengan baik ya.. anak2 ni macamlah.. dugaan biat kita sebagai ibu bapa..

      Delete
  6. uii.. gebunya putih anak nya... mesti ikut mak dia nie...
    sabar.. bdk lelaki sll lbt sikit nak petah.. tapi bl dah dapat ...mesti lg riuh rumah tu nanti..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gebu? Ha, ni mesti nak kata Nazif memang chubby ya.. saya je ke yang rasa si comel saya ni makin kurus ? hihi.. takpelah asalkan sihat...

      belum lagi nak dapat adik, yang ni pun baru setahun setengah...

      Delete
  7. Kesiannya Nazif..mjur Nazif x apa2..teringat pla ank sulung sy pn prnh tersepit pintu..

    comelnya sebutan..hehe..mcm Maryam jg tu dah ada yg pdi dsebutnya..plg suka bla dgr dia nyanyi..hehe

    ReplyDelete
  8. alahi comeynya nazif... sian tersepit jari..Aniq pun selalu juga tersepit jari, tp dia buat sendiri..hehe

    ReplyDelete
  9. Alahai, kesiannya Nazif tersepit jari kat pintu ya! Ni memang salah Mamanya ler tu tak alert :) Hehehe... jangan ambil hati AN. Biasalah kita kalau kat rumah semua anggota badan pun bergerak. Kadang-kadang memang alert selalunya tapi bila benda nak terjadi, terjadi jugakan... Si Nazif tu selsema ke apa, meleleh-leleh nampanya tu... Makan aiskrim memang sedap ya Naim, Nazif. Kalau banyak sangat makan, Mama juga yang susah hati dan perasaan nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Leleh ais krim mama buat tu. Snap gamba masa diorang makan ais krim...

      Delete
  10. saye pn slalu mcm tu..kalau adik nangis, msti termarah kakak die sikit..
    xpe kurus asalkan sihat kan..:)

    ReplyDelete
  11. nanti dier leh cakap abis non stop tanya itu ini .. pening mak nanti hehehe

    ReplyDelete
  12. Takut jugak kalau mereka main kat luar tu AN....takut keta lalu lalang...
    Papa N mana? Belum balik ke?
    Nampak susut Nazif tu sebab pipi dia cengkung sikit yeh...

    ReplyDelete
  13. tak nmpk kurus pun nazif..cpt dia dh pandai sebut macam2..klu bahasa baby tu msti lg bising mulutnya tu ekk..

    kesian nazif tersepit pintu,nasiblah takde pape..herokan..mana boleh nangis lama2..hero kena kuat..:)

    ReplyDelete
  14. alahhh ciannya nazif... sib baik tak jadi xda pape.

    ReplyDelete
  15. Alaaa...cian adik...biasa nangis tu sebb sakit terkejut kn...
    lau sakit betoi melarat da tuu...abg xsengaja...
    fotogenik nehh

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1