Berlinangan air mata

Pagi ni anak-anak dihantar macam biasa. Padahal mamanya tak ada aktiviti yang kena ke sekolah lebih awal pun. Tapi bila di rumah ni, banyak kerja siap, alhamdulillah. Lega juga dapat kemaskan rumah, lipat baju dan jemur baju yang dibasuh. Esok bolehla jalan-jalan lepaskan perasaan je. Hii.

Padahal, bukan niat saya nak merajinkan diri kemas rumah pun sebenarnya tadi. Mulanya saya buka laptop untuk mencari maklumat dan lagu sesuai untuk sesi bicara berirama. Tapi, tiba-tiba sambil tu saya tertengok rakaman cerita Korea yang terbaru di channel 393. UGLY ALERT tajuknya. Menarik dan menyentuh hati kisah ni tau. Saya ni semua cerita korea saya nak rakam. Kalau tak best, lepas tu akan padamkan. Kebetulan dah jatuh hati dengan kisah ni, apa lagi, terus duduk depan tv je. Masa makan pun, masih menghayati kisah,  terasa tak tertelan nasi sebab sedih dengan kisahnya.. haha.. sampai gitu ya..

Cukup terharulah saya tadi, sampaikan ada baju yang tengah dilipat tu terkena air mata saya. Sedih tau, bukan emosional tak bertempat. Bukan sekali sedihnya, banyak kali, pandai betul penulis skrip dan pelakonnya melakonkan watak. Abislah, lepas ni mesti masukkan rancangan ni dalam senarai wajib tengok. Padahal, disebabkan sibuk, dah lama saya tak tengok sangat apa yang saya rakam ni. Sekadar tengok sekali sekala saja masa lapang sangat. Tapi pagi ni,  rela saya ,  3 jam duduk depan tv sambil buat kerja. Tak jadi nak pergi ke sekolah awal sikit, terpaksalah pergi pukul 12 juga. Tu pun mujur sedar diri dan cerita ni baru je mula, jadi oklah masa 3 jam yang terlibat tu.

Ok dah masa nak bersiap ke sekolah... esok cuti.. bestnya..korang pergi mana esok?

P/s : Nati nak tengok linangan air mata di sekolah pula. Ada majlis perpisahan nanti..

Comments

  1. tak berlinang pun air mata saya tadi..tak de bonding yg kuat kot..hehe..

    esok in shaa allah ke melaka.melawat adik ipar..tapi blk hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ituah orang kata, perbuatan kita ni esok2 akan ada balasan. Jadi boleh tgk macam mana.. kan?

      Seronoknya.. jeles ni.. nak juga ikut

      Delete
  2. lupa nak cakap..lagu oo la la tropika pun sesuai juga tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Problem juga cari lagu minus one.. pening i

      Delete
  3. tengok sorang2.. leh layan perasaan.

    btwn cita korea memang cam tu.. suka lucu2..pastu sedih2.
    tak suka..tak suka..tak suka sedih. kesian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tgk sorang2 agaknya yg buat terfeeling lebih. Tapi mmg kisah ni sedih dan menarikla. Pagi ni sambung tgk, dan basah baju lagi.. adoi... tak leh elak namoaknya

      Delete
  4. eh kalau citer sedih kena pulak dengan mood diri time tu, boleh banjir tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg ya.. padahal saya ni bukan jenis mudah nangis juga. Kisah ni mmg sedih la.

      Delete
  5. sampai menangis tu,mesti menyentuh hati betul cerita tu,

    akak ni dah lama tak tengok citer korea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tgk la.. pasti akak pun rasa nak nangis.. eh menangis terus

      Delete
  6. wahhh...tengok certa sampai nangis2x yae hehe.. tapi saya pun pernah gak feeling camni pastu segan nak pusing belakang segan takut orang tengok hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada suami, pasti dia dah gelak je.. dia suka usik..

      Delete
  7. teringin jugak nak tengok citer ni nanti
    citer korea banyak yang best2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang direkemen tgk... best best sangat citer ni....

      Delete
  8. Nah tisu lap air mata.. Hehe..
    Ira da lama x tgk citer korea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Se tak cukup.. kena banyak.. mmg meleleh air mata bila tgk kisah ni.

      Delete
  9. jarang tgk citer korea la kak..hihi.
    esok? lpak kat rumh j kot. rehatkan minda.. tenangkan jiwa haaa giteww :D

    slamat berhujung minggu.. ke mana tu?

    ReplyDelete
  10. sy ni dulu peminat cerita korea, skrg dah tak minat..tp MIL sy suka tgk, husband sy pun mngikut mak dia..haha..dah dgn sy skli kena paksa tgk..sabo aje la.kihkihkih

    ReplyDelete
  11. jarang dah tgk cite Korea.TV tu da di conquer dek anak..slagi die x tido kite pon kna la melayan astro ceria jugak.huhi

    ReplyDelete
  12. chak.. akak.. hihi..
    sedey ye.. in shaa Allah lepas lpaa ni nti sy cri citer yg gumbira k.

    doakan saya smga baik baik dan dipermudahkan semuanya ye kak.
    tima kasih :D

    ReplyDelete
  13. standart la org pmpuan..klu tgok citer sedih msti cengeng punya..berlinanganlah airmata.hehe

    ReplyDelete
  14. I kalau nak tengok tv, mmg kena tunggu diorang tido, midnight la jawabnya... itu pun sudahnya tv yg tengok I sbb dah mengantuk sgt.

    ReplyDelete
  15. jarang nk sedih sbb drama.. mungkin hati xlembut sgt kot.

    ReplyDelete
  16. Belum berkesempatan tengok Ugly Alertlah, AN. Jadual malam belum back to normal. Dah 2 bulan tidur awal, ni nak mengtunekan balik time tidur so dapatlah berehat-rehat depan TV pulak bila anak-anak dah settled segala keperluan. Saya rasa saya nak tengok onlinelah. Kalau macam tu senang sikit, saya sanggup berjaga sampai pagi takda sapa kacau, takda benda nak dibuat dan tak mengganggu kerja rumah :) Saya ni tengok cerita sedih apa yang tak menangis. Baru ni tertengok VeerZara kat Astro (tak minat Bollywood entah camna boleh melekat depan TV tengok cerita nih...) sampai merah hidung meleleh-leleh air mata saya bantai menangis sedih tau!

    ReplyDelete
  17. Tak pernah tengok cerita Korea.....
    Kalau sampai air mata jatuh kat baju tu...OKje percaya mmg sungguh sedihnya tu hehe....
    OKje pun suka gak menangis kalau layan drama ni hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts