Ubat batuk yang mujarab

Sekeliling korang ramai tak yang batuk sepanjang minggu lepas dan minggu ni? Musim batuk melanda agaknya. Sana sini kedengaran orang batuk. Saya pun kena juga batuk ni masa cuti tahun baharu cina hari tu. Berlarutan dan makin parah masa menjaga Naim di wad. Selepas Naim keluar dari wad dua hari baru baik batuk saya.Seksa sangat nak batuk dan menahan batuk masa tu.

Batuk berkahak, tekak terasa sakit perit, sekali batuk akan berlarutan beberapa minit. Kalau tidur malam, berkali-kali terjaga sebab batuk kuat sangat. Memang tak selesa sangat masa tu. Masuk apa-apa makanan pun akan terbatuk dengan teruk, sampaikan saya rela tak nak makan, pada satu masa tu. Sampaikan perut pula masuk angin masa menjaga Naim hari tu. Habis, kalau makan berkali-kali batuk melanda sampaikan air mata mengalir macam  kena marah teruk. Papa N pun berkali-kali juga marah saya pada masa tu. Abis, dah dilanda batuk teruk nak buat macam mana, kan? Bukan kita minta batuk ni.

Pokok yang saya tunjukkan kat atas tu korang pernah tengok tak? Daunnya sangat mujarab untuk mengubat batuk. Alhamdulillah dengan izin Allah, batuk saya yang teruk sangat masa di wad hari tu, dah hilang tak lama lepas saya minum air daun pokok di atas tu. Nama pokok ni saya tak pasti. Seorang kawan saya yang tahu saya batuk teruk, bawakan satu bekas kecil air berisi kisaran daun ni. Saya minum dua bekas yang dua kali diberikan oleh kawan saya ni, alhamdulillah hilang batuk saya. 

Mengikut kawan saya, cara nak sediakan ubat ni pun mudah sangat. Cuci bersih daun pokok ni, kemudian, kisar dengan air masak. Air berwarna hijau yang terhasil ni, boleh terus diminum je. Lagi sedap makannya bila disimpan di dalam peti sejuk. Rasanya kelat sikit tapi memang tak pahit, sampaikan Nazif pun nak minum air kisaran ni. 

Korang yang masih tak baik daripada batuk, cubalah cari pokok ni dan kisar daunnya untuk dibuat ubat batuk. Saya ada makan ubat klinik pada hari Naim mula demam, tapi sebab mengantuk, saya tak sedar Naim termuntah pada masa tu, jadi saya terus tak nak makan ubat klinik. Rela tahan sakit tekak dan batuk, takut mengantuk tu bakal buat saya tak sedar anak yang tengah sakit. Dengan ubat kisaran daun ni, langsung tak mengantuk dan cepat berkesan pulak. Insya Allah dengan izin Allah.

p/s: Terima kasih Kak Ma sebab bagi air kisaran ni.. siap bagi gambar ni lagi bila saya kata nak tulis dalam blog pasal pokok ni. Sayang Kak Ma....

Comments

  1. Apa nama pokok ni yer? Interesting, sekali tengok ingatkan pokok mint. Sanggup kan ibu ketepikan sakit sendiri asal anak dapat perhatian secukupnya, sebab tu jugak la Allah permudahkan segalanya, kan. Take care u guys, sekarnag mucim cuaca tak menentu, senang dapat sakit, kami kat sini pun sama.

    ReplyDelete
  2. Apa nama pokok ni yer? Interesting, sekali tengok ingatkan pokok mint. Sanggup kan ibu ketepikan sakit sendiri asal anak dapat perhatian secukupnya, sebab tu jugak la Allah permudahkan segalanya, kan. Take care u guys, sekarnag mucim cuaca tak menentu, senang dapat sakit, kami kat sini pun sama.

    ReplyDelete
  3. nama pokok ni bangun2 kalau tak silap..untuk pesakit asma pun boleh amal

    ReplyDelete
  4. pasal pokok ni sy agak buta sikit..mm tak tahu namanya..bagusnya ubat daun kisaran cmni dr ubat klinik..sbb batuk ni irus mana ada ubat kab..ubat tu melegakan je bukan boleh menyembuhkan..musim panas kang kena byk minum air kosong..mmg skang musim batuk kot..afia pun ada batuk sikit2..

    naim masuk wad ye..dh lama tak dtg sini smp tak tahu cerita

    ReplyDelete
  5. pnh tgk pokok ni, tp xtau namany..

    ReplyDelete
  6. Saya pun tak kenal apa nama pokok tu… Baru tahu pasal ni….
    Betul la, batuk mmg seksa, kan? Saya pun tak suka telan ubat batuk klinik….

    ReplyDelete
  7. Mmg batuk la ni...nti cri pokok ni

    ReplyDelete
  8. macam pernah tengok
    tapi di mana ya,
    kalau ada pokok ni kan best
    take care yea

    ReplyDelete
  9. Salam..cam kenal je daun tu!selalunya mak2 ni camtu la dahulukan anak2 lebih dari diri sendiri...moga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  10. macam pernah tengok kat kg..
    daun dia berlindir kan..

    btwn thx..kalau balik kg nanti bolhe cr..

    ReplyDelete
  11. Kalau jumpa pokok ni. ..elok tanam...xsusah pun jga n mudh pulak hidupnye...boleh lah gnti ubat spital...bwk blik dr shah alam ke kelate pun alhmdulillah hidup jugak pokok ni...apapun yg pasti kuasa penyembuhan adalah drpd Allah dn kt manusia hanya berusaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ustazah.. mana2 yang baik menyembuh, kita usahakanlah cari ya.. terima kasih ya..

      Delete
  12. pernah tgk pokok ni tp xtau namanya..

    ReplyDelete
  13. apa nama pokok ni?stevia ke?
    saya kena hari tu la. mmg perit. sy ada minum pati delima juga selain air barli, air asam, strepsils

    ReplyDelete
    Replies
    1. stivai tu herba ganti gula

      if not mistake

      Delete
  14. Apa nama pokok ni AN...
    Jangan ditanyalah okje pasal pokok ni mmg buta sungguh ....
    Kalau tau nama....senang gak nak tanya org yg jual tu....Mmg tengah kurang baik sikit ni batuk dan seme sejak mil ada lahi tapi syukur ....tak teruk.....

    ReplyDelete
  15. apa nama pokok ni,kalu boleh nak cari juga

    ReplyDelete
  16. pernha nampak pokok ni, tpi nama dah agak2 lupa lah !

    ReplyDelete
  17. Selalu tengok pokok ni..tapi tak tahu nama..kena cari jugak ni...Thnks atas prkongsian..

    ReplyDelete
  18. Alahai, saya pun tak tahu nama pokok ni. Ni lagi satu bab memang failed gegila (Banyak juga bab yang saya failed rupanya...baru sedar!) Being a mak, memang anak-anak kena didahulukan. Kalau mak dan anak sakit, memang kesihatan mak tu tolak tepi dululah. Batuk ni memang menyeksakan, ya tak AN? Kalau jenis batuk berterusan, minum batuk, bercakap sikit pun batuk, memanglah tension jiwa raga!

    ReplyDelete
  19. Bau dia Mcm berangin ubt je kan dulu Ada mak tanam

    Psst takde mood menulis sebab dkt skol kna taip cover n fail ppki yg berlambak bape thn tak update ntah uhuh

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1