Merasa capati di Capati Corner

Dah lama saya teringin nak merasa capati di Restoran Capati Corner di Temoh ni, akhirnya dapat juga singgah semasa balik kali ni.
Seperti yang ditulis dalam blog lain, memang rotinya lembut. Ada pilihan, sama ada capati gula atau capati telur. Kami ambil dua capati telur, makan tiga beranak. Naim bersungguh berkongsi makan dengan papanya. Selamat bahagian mama, dapat makan sorang diri. Haha.. bukan jahat atau kedekut. Orang tu, biasalah kalau balik ke rumah mak dia, memang makan berkali-kali tambah. Jadinya tak hairan nak makan di luar ni. Walaupun makan dengan Naim, Papa N memuji sedap rasa kari kambing dan kelembutan capati ni. 

Kuah kari kambingnya memang pekat dan sedap. Kalau korang nak singgah makan capati, bolehlah cari kedai Capati Corner ni di simpang jalan nak ke Lata Kinjang.


Comments

  1. lama xmakan capati kt kedai.. nina selalu beli yg frozen punya. selamat menjamu selera akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun jarang makan di kedai.. sebab penah tgk kedai ni dlm rancangan tv dan dlm blog, rasa teringin nak singgah pulak

      Delete
  2. jenis tak byk makan mmg cukup 3 capati share sekeluarga,klu kami yg kuat makan ni,en suami sorg je dh 3 keping.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... saiz agak besar juga capati ni.. lagi satu keluar dah lewat.. papa N ni nak makan mak dia masak pula lepas tu... ikutkan jelah..

      Delete
  3. Kalau nak makan capati...kuah kari mesti yang pekat barulah sedap kan....:D

    ReplyDelete
  4. Balik kg yeh AN.... kasi chance le org tu rasa air tangan mak dia pulakkan...hehe....lama tak makan capati....selalu makan tosei je kat kedai mamak tu... Rasanya ada capati segera dlm fridge tu, cuma kena buat kuah dia jer...itu pun entah bila nak menguah ni hehe

    ReplyDelete
  5. Wah sedap tu , kedai dia otw nk ke Cameron dah la ek ;) belum pernah sampai restoran ni

    ReplyDelete
  6. alemak..nak kena menuntut ilmu bercapati ni.

    ReplyDelete
  7. Aritu cuti sekolah panjang 'orang ni' dah balik kampung dia so kali ni bagilah 'orang tu' rasa keseronokan balik ke kampungnya. Hahaha...nasihatkan orang nombor satu padahal tahap kejealousan saya lebih tinggi lagi gitu :)

    Saya ni nak tebar roti canai ke apa memang tak tertebarlah, makanya kalau teringin memang makan kat kedai aje. Nak pi ke Temoh tu cam jauh pulak, nanti saya singgah kat kedai mamak berdekatan rumah ni ajelah :)

    Dua capati tiga beranak ya? Terserlah sifat kebapaannya... Kalau yang di sini, dua capati Daddynya aje yang kaut sorang. Kalau anak-anak tak habis pun Daddy sedia membantu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kali ni je orang tu balik kg dia tau.. dah banyak kali. Kampung dekat, jadi berganda3 la bilangan balik sana..

      tak da sifat kebapannya kat situ. Sifat kekenyangan dengan makan masakan mak sampai tak ingat bini je ada. Haha..keluar makan capati pun sebab saya merajuk makan tengah hari sikit.. teruk perangai bininya ni..

      Delete
    2. Takpalah AN sesekali kita merasa jealous kat suami sendiri. Nanti kalau tak jealous langsung apa dia buat, lagi susah masa depan...hehehe... Eh, eh....baru tau ada juga kawan seperasaan jealous bagai gitu :)

      Delete
  8. A'ah sedapkan aisy... Cuma masa try tu kari sardinnya ada rasa hangit. Tapi capatinya lembut betul.. Best!

    ReplyDelete
  9. rasa macam dah lama xmkn capaptti yg lembut camgini..

    ReplyDelete
  10. capati dh lama x makan.
    saya pling suka tosei.
    jauh nya nk kesana

    ReplyDelete
  11. lamanya tak mkn capati.selalu order roti canai jea

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts