Anak beranak muntah

Assalamualaikum semua...

Diharapkan semua sihat ya.. nampaknya dugaan cuti kali ni, anak-anak sakit. Mulanya Nazif si comel mama yang demam panas sejak Jumaat hingga petang Ahad. Dia elok je cuma bila masa badan panas tu dia mengada merengek lebih. Makan pun lalu, macam biasa. Main pun apa lagi, tetap seronok macam biasa. Sampaikan kena perli masa di kampung hari tu..

Bila balik Ahad tu, abang pula sambung panas badan. Malam Isnin mula panas dan pagi Isnin dan ke hari ni tak lalu makan dan tak aktif pun. Memang merisaukan mama papa. Papa N balik awal tengah hari semalam terus bawa Naim ke klinik. Tapi masuk je ubat atau makanan, Naim muntah. Ai, kesian tengok..makin cengkung la jadinya walaupun baru dua hari demam. Baru je Opah memuji Naim nampak berisi sikit sejak bersekolah ni.

Akhirnya, kami masukkan ubat supp. Abis kalau melalui mulut asyik keluarkan balik je, macam mana nak turun suhu. Dua kali  dah suhu turun dengan ubat tu. Baru tadi kami ke klinik kali kedua. Ubat dah tukar tapi sama juga, memang dimuntahkan semua yang masuk mulut.

Nampaknya Naim tengah letih, dia lena sambil menonton rancangan Lightning McQueen. Badan pun sejuk sikit. Mama bolehla sambung marathon menanda buku karangan. Bila baca banyak-banyak mulalah berjangkit penyakit Ahmad Naim. Pening baca ayat ayat sedap ni, nak muntah....adeh..

Petang semalam...bawa Naim ke kedai potong rambut, dapat bojeng baru. Nampak kemas sikit dan mudah nak tuam kepala dia dengan tuala sejuk bila dah berambut pendek ni. Sembut cepat ya Bang...

Comments

  1. alaolaolao... mudah mudahan.. segera sembuh ya..

    ReplyDelete
  2. ololo..kesian abg naim..get well soon yea..zahin pun nak potong rambut hr ni..

    eh mama tu bakpo pulok nk muntah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekaligus tanda dah 30 buku karangan hari ni.. mulalah pening.. macam2 rasa ada.. haha.. penyakit malas ginilah

      Delete
  3. kalau makan ubat,then muntah...masih ok lagi...ni anak akak,tgk ubat pun dah muntah ...cukup2 susah nak makan ubat

    ReplyDelete
  4. musim demam la ni...muhammad pun gitu juga..kjap dmm,kejap baik....dh dua kali pg klinik..hari ni dn esok mc lgi..tapi dh baik, pergi sekolah juga..rasa sayang sgt tak pergi sek..harap anak2 kita baik saja lps ni..

    risau juga ni..takut dmm tu dtg balik

    ReplyDelete
  5. Moga cepat sembuh ye sayang.. siannya.. :)

    ReplyDelete
  6. Naim demam ke siannya.....Budak budak ni, tu yg malasnya.... kalau sorang demam, selalunya sorang lagi mesti demam...kalau senang bagi makan ubat tak pe lagi, ni yg macam naim tu,senang nak keluar balik..... batuk seme ke AN?
    Moga Naim cepat sembuhlah...biar hati mama pun senang hati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batul selsema pun ada. Tapi sikit je.. demam tinggi yg merisaukan ni ..39°..

      Delete
  7. Alahai, kesian kat Abang Naim. Cepat sembuh ya. Esok dah nak pergi sekolahkan... lama tak jumpa kengkawan kat sekolah tu.

    Nasib baik Mamanya muntah sebab membaca. Kalaulah muntah sebab lain, aha....kenalah awal-awal ucap tahniah pulak :)

    Teruk sangat ke karangan budak-budak tu? Pas sikit kat saya, nak tengok termuntah tak kalau saya yang membacanya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. mehla tolong.. tak la teruk semuanya tapi disebabkan banyak sekali gus buatnya.m mulalah macam2... haha.. nampak sangat dasar pemalas.

      Delete
  8. Mudah-mudahan naim cepat sembuh ya. Nanti bole pergy sekolah

    ReplyDelete
  9. kesiannya Naim... hopefully dah ok demam dia.. :(

    ReplyDelete
  10. Baru nak mengusik AN kenapa tiba2 rasa nak muntah…. ingatkan Nazif bakal jadi abang…. muntah baca "karya" pelajar rupanya…
    Sedih tgk muka Naim yg demam tu, apatah mama yg duk jaga depan mata… Aunty doa Naim cepat baik :)

    ReplyDelete
  11. kesiannya lagi2 kalau kena kat budak2 kan ! GWS

    ReplyDelete
  12. semoga cepat sembuh ye naim.. ciksu doakan dari jauh..amiin

    ReplyDelete
  13. kalau demam panas berhari2, mesti sbb rambut panjang juga jd nina akan gunting rmbut.. akak pun jg kesihatan

    ReplyDelete
  14. teserlah muka tk sihat naim..nmpk tak ceria..kesian dia y..teruk juga klu asyik muntah je mana nak turun panasnya tu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1