Sekali sekala: petang

Sekali sekala merasa waktu petang berada di rumah sambil mendengar kisah dalam cerita Korea. Bukan tengok tv betul-betul pun. Entah apa saya buat sampai makaroni bakar yang dibuat rentung jadinya...

Kononnya penat lepas balik dari sekolah tengah hari tadi. Memang hari ni tak mengajar pun, sekolah buat larian. Bukan juga saya berlari pun. Cuma susun medal je kerja saya. Itu pun taklah banyak, 40 keping je. Masa balik tadi , rasa penat sangat. Tapi terasa nak makan. Itu yang masak makaroni sambil berbaring sampaikan hangus jadinya. 

Mujur bahagian yang hangus tu kat tepi sahaja. Boleh lagi saya makan yang lain. Makan juga, sayang nak buang gitu je. Rasanya pun ok lagi kalau bukan sebab hangus tepi. Tapi nampaknya, cita-cita nak hulur sikit makaroni ni kepada jiran depan rumah, terpaksalah dibatalkan. Malu weh nak bagi benda hangus ni kepada orang. Saja nak mengharukan aunty depan rumah yang selalu sambut kepulangan saya. Saya sampai je ke rumah setiap petang, aunty ni memang akan tegur saya. Kalau dia tegur dalam BI, ok je, tak pula saya rasa pelik. Tapi, kalau dia cakap BM, saya selalu rasa pelik. " Aku ingat kau sudah pindah tempat lerja. Sekarang engkau selalu balik siang". Ayat Aunty ni petang semalam. Rasa macam kata ganti nama diri yang dia gunakan tu tak sesuai. 

Tak pula boleh tidur siang ya.. kalau masa bekerja, selalu rasa nak tidur petang. Tapi bila hari yang ada peluang, tak pula boleh lelapkan mata. 


Comments

  1. sedapnya makaroni bakar makan petang2 hari kan,
    ramah aunty tu kan walau bunyinya pelik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ramah aunty ni. Tiap2 hari dia tegur syaa masa nak tutup pagar..

      Delete
  2. Aunty ckp bahasa baku ler tu
    sampai rentung ye..still ok lgi tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... agaknya bagi orang cina, dapat cakap macam tu dah bagus la kot...

      makan sampai habis juga walaupun hangus kat tepi

      Delete
  3. hujung minggu nak tdo puas2..
    tp bila dah kat rumah tak dpt tdo. bnyk benda nk buat..hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu kalau banyak kerja, tadi saya lepak2 je..entah la.. macam mana tak boleh tidur pula walaupun memang hasray hati nak tidur

      Delete
  4. sedapnya...teringin jugak nak buat sendiri

    ReplyDelete
  5. hahahaha bakunya bahasa Aunt tu, kalau I pun mmg takkan bagi orang kalau hangus or tak lawa, tapi takkan buang jugak, telan semahunya hehehe.

    ReplyDelete
  6. rajin..hamboih!aunty..okla..dia cuba beramah..tapi kita ni jenis jiwa lembut rasa macam kasar kan!hehe..lembutlah sangat:)

    ReplyDelete
  7. ayat anty tu nmpk sedikit kasar..dia mmg tak maksudkannya kan..mmg tu cara dia bercakap agaknya..

    ReplyDelete
  8. lupa nk komen pasal rentung tu.sy dh berapa kali masak bubur afia jadi rentung..kadang smp kena masak sekali lagi..mana taknya,masak didapur tapi empunya chef merata2 lokasinya..kadang smp tertido.sedar2 dh hangit..masak nak menggosok periuknya.haha

    ReplyDelete
  9. mmg kbnyakn org cina mmg mcm tu..bg dorang mcm tu lbh mesra.. :)

    ReplyDelete
  10. sedapnya makaroni akak.. share resepi boleh. hihi. kawasan rumah akak tu ada chinese ke? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada semua.. satu malaysia kat sini. Resepi amik kat google je.. tgk mana yg rasa berkenan fi hari dan ada cukup bahannya di rumah kami

      Delete
  11. sendiri masak kalau rentung, mmg sayang kan kak nak buang. makan juga.pujuk hati.hihi
    penat sgt la tu gamaknya..

    ReplyDelete
  12. Apa yg rentungnya tu....nampak ok jer....Rajinnya dlm penat badan pun masih rajin lagi buat makaroni bakar....
    Kalau okje mmg terus beli jer hehe

    ReplyDelete
  13. hangus pun takpe yg penting sedap dimakan...

    ReplyDelete
  14. Nampak sedap mkroni bakar tu...

    ReplyDelete
  15. Hahaha...ni geng chef Muo nih.... bila masak aje rentung, bila rentung aje memang masakannyalah... Nasib baik dia dah komen kalau dia datang balik, memang kena soundlah pulak MD nanti...meroyan katanya....

    Kelakarlah aunty si neighbour AN ni. Kenapa tak jawab balik AN, 'Aku ingat engkau tidak akan tunggu aku hari ini kerana aku balik awal!" Apa-apapun aunty ni memanglah friendly.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts