Brunch awal

Ai semua...seronok cuti? Ada yang dah mula kerja hari ni kan? Selamat bertugas, jangan sedih atau jeles kepada orang yang masih bercuti. Haha.. saya lah tu, kan?

Memandangkan anak-anak tak berapa sihat, Papa N pula dah pergi kerja, jadi pagi ni saya masak awal. Pukul 9.15 dah siap masak dan terus makan pun. Tak kuasa nak makan beberapa kali. Sementara dua Ahmad masih lagi tidur, saya masak nasi, kailan ikan masin, ikan bilis kicap dan sambal belacan. Kira makan sekali je. Kalau nak makan lagi kali kedua pun, itu je menunya.

Anak-anak pun biasanya cukup suka makan kailan dan ikan bilis kicap ni. Jadi, memang rasa dah cukup bijak memasak kesemua tu. Dah makan siap, baru terfikir....alahai... baru semalam berniat  nak kurangkan makan nasi, hari ni dah makan nasi sejak pagi lagi.. haha.. cemana nak kurangkan berat kononnya.

Nampaknya lain harilah boleh mula diet sihat. Bukan saya nak kurus pun sebenarnya, saya cuma mengharapkan kembali ke berat asal dan kempiskan perut..lemak di perut ni nak dinyahkan... dah masuk 30an ni lemak mudah berkumpul kan? Berat naik sekilo dua je tapi lemak di perut makin menebal, apa kes? Muka pula nampak makin bulat, oh tidak..kena buat sesuatu...

Comments

  1. haah makin meningkat umur ni
    metabolisme pun makin kurang kn :)

    ReplyDelete
  2. berat sgt ke awk tu kalau nak bandingkan dgn i ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.... takla berat mana tapi perut macam 3 bln ni... budak2 tegur kan ada yg merajuk...hihi

      Delete
  3. KA kalau cuti2 pun biasanya brunch aje... sekali jalan senang sikit hehehe

    ReplyDelete
  4. bila berjoging dgn anak2..akak asyik kena tinggal kat belakang....depa berlari..akak jalan mcm kura2...

    ReplyDelete
  5. Kalau kakak ni Aisy tak boleh tinggal nasi - macam tak kenyang aje rasa itulah susah kalau suruh diet style Diet Atkin. Karbohidrat tak boleh tinggal kakak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama ..cita2 je lebih kak zakie... tapi kalau tak makan nasi mulalah rasa lemah badan..

      Delete
  6. Btl tu kita dh 3 series ni perut tu buncit ckit walaupun bdn tak gemuk ;)

    ReplyDelete
  7. Ingatkan saya jer jenis ada lemak kat perut… kecik ati bila anak tanya, "ummi ada baby ke dalam perut?"… kalau makan banyak, lagi la mudah nampak perut yg ke depan tu…. huhuhu
    Jadi skrang mmg makan nasi dua kali jer… breakfast mmmg wajib nasi… lagi sekali nasi makan masa dinner (pukul 5 petang)… hihihi, sbb tu waktu balik sekolah.. masa kat sekolah, mmg alas perut dgn apa yg patut kalau lapar sgt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..ada yg geng.. tulah pasal.. nak kata gemuk tidak tapi tang perut yg geram... tgk ada org berjaya kurangkan lemak dgn kurangkan makan nasi, itu yg nak juga usahakan...sblm lemak2 jafi makin tebal..

      Delete
  8. nasi adalah ketagihan hehehe. I kalau dapat nasi, mmg tak pedulik la lemak di perut tu, especially sekarang gunakan masa membuyong ni untuk menasik sepuasnya. Cuba u cari jalan lain untuk kurangkan lemak di perut, nnt share sini tau untuk kegunaan I pasni hehehe.

    ReplyDelete
  9. ala..akak pon sama... tang lain kurus je.. tang perut menebal... geram tull.. hihi..wah lama cuti...

    ReplyDelete
  10. Sama la MJ, mulut sebut nak berdiet bagai.. tapi tak sedar nasi makan jugak..heheee

    ReplyDelete
  11. Ehem, ehem...kita pun cuti sampai Isnin ya :D

    Kalau naik berat tu asyik menyalahkan baby fats yang tak abis-abis walaupun anak dah setahun lebih :) Tak mahu nak salahkan diri sendiri yang suka 'makanan' tinggi lemak!

    Saya pun kalau masak, sekali aje. Masalahnya bila dihidangkan terus licin. Itu yang malas rasanya nak masak kali kedua untuk dinner. Makanya kalau cuti tu lebih afdal kita mengukur jalan pastu makan kat luar. Dasar pemalas kan saya nih!

    ReplyDelete
  12. Bagusnya ada perasaan macam tu.....awak bukan gemuk pun AN...baru 30an....
    Okje ni lainlah, lemak perut bukan tebal lagi, dah jadi otot gamaknya haha....
    Rasanya dah susah nak mencapai berat 50kg...dalam mimpi je kot! Malas betul nak exercise!
    Teringin pulak nak tgk bilis kicap tu macam mana...Bilis dia rangup ke AN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rangup... goreng je bilis tu dan bila dah masak tuangkan je kicap manis. Haha..mudah sangat respi ni

      Delete
  13. akak cuba makan beras perang..
    in shaa Allah boleh kurangkan pengambilan nasi & cepat kenyang..

    ReplyDelete
  14. akak makan popcorn dgn sereal boleh tahan perut dr nk makan nasi je.. perut nina pun kalau mkn byk buncit gak. hehe

    ReplyDelete
  15. nik kurus tapi still lagi ada lemak kat perut..haha
    susah nau nak kempis..hihi

    ReplyDelete
  16. AN nmpk kurus je..terasa plak kite bila sebut pasal lemak kt perut.haha..

    yg penting amalkan diet sihat utk kesihatan,kurus n cantik tu dtg sendiri selepas itu..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1