Telan pahit dan pedasnya

Baru tadi saya lepas makan semangkuk mee segera. Peliknya maggi ni pada mulanya taklah pedas tapi bila dah habis, bibir dan lidah mula rasa macam pedas. 

Tadi nak sangat makan maggi tu sebab nak segarkan diri untuk buat kerja yang ada. Ai, macam-macam pulak..

Banyak pula yang saya fikirkan sambil makan tadi tu. Apa taknya, makan sorang-sorang pada pukul 11.20malam ni. Rasa aman bila rumah dah sunyi. Hari ni hero-hero semua dah tidur awal.

Pahit dan pedas. Begitulah kehidupan kan? Pahit ke pedas ke kita kena telan kalau dah tiba masanya. Pahit atau pedas tu mungkin sebagai bantuan untuk kita. Kita mungkin lebih mengenal diri bila mengalami keadaan macam tu kan?

#Entry yang mungkin saya je faham erti sebenarnya..
Gambar penyeri entry kali ni disumbangkan oleh hero hensem saya yang bergigi lawa tu, Encik Ahmad Naim. Hasil kerja mewarna dia hari ni. Bila perhatikan kertas ni, saya nampak perkembangan Naim ni. Awal tahun hari tu, hampir setiap hari papanya pegang tangan Naim untuk asuh dia menulis dan mewarna. Masa tu, kalau dia buat sendiri, pasti lukisannya comot sebab Naim tak pandai warnakan ikut bentuk. Yang hasil kerja Naim hari ni nampaknya tak ada lagi warna keliar dari bentuknya.

Mama belajar daripada kamu hari ni, bang. Kita memang bermula dari tahap lemah kepada tahap yang lebih bagus... alhamdulillah nak, melalui kamu, mqma dapat hidayah hari ni, penyejuk hati yang lara ini..semoga hari demi hari ada perubahan ke arah lebih baik hendaknya.

Comments

  1. betul tu AN pahit dan pedas hanya kita yang rasa
    yang mendengar belum tentu dapat rasa apa yang kita lalui

    ReplyDelete
  2. pahit dan pedas asam garam..KAITKAN DGN KEHIDUPAN...

    selamat mewarna si comel..
    ada kalanya anak2 tak suka mewarna..

    ReplyDelete
  3. selain dr asam garam,pahit pedas pun berkait dgn kehidupan kita AN.Bertabahlah menghadapinya..

    ReplyDelete
  4. Hai, makan maggi malam-malam seorang diri, apalah yang diresahkan sangat tu, AN. Adalah sangat menguntungkan lidah kita masih boleh merasa pahit, manis, masam, pedas bagai. Kalau tidak, lagi haru rasanya nak makan tapi tak boleh rasa apa-apa. Begitulah dengan kehidupan. Disebabkan pahit manis kehidupan yang kita lalui inilah yang menjadikan hidup kita lebih bermakna. Tak gitu, cikgu?

    ReplyDelete
  5. dapat 3 bintang lagi...kemas dia mewarna..

    ReplyDelete
  6. semuanya rencah kehidupan..adakalanya ia bermula pahit namun akan rasa manis akhirnya..

    pandai naim kaler..good job

    ReplyDelete
  7. Begitulah kehidupan ini..
    Pahit, manis, pedas... kelat semua ada.
    Semua itu tanda Allah sayangkan kita.

    ReplyDelete
  8. camtulah kehidupan kita kan AN.
    ada masa sedih, pahit, pedas.
    ada masa manisssss je :)

    ReplyDelete
  9. beginilah kehidupan AN..klu takde rencah manakan nak sedap kehidupan kita ni kan..dengan pelbagai rencah kita belajar enrti bersyukur,redha,sabar,tawakal,memberi dan menerima n so on

    bagusnya anak hensem AN mewarna..byk plak tu bintang..:)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..
    setuiap org di dunia pasti akan merasai bahagian masing2 didunia.. ada saat sisi khidupan melalui pgalaman y amat pahit utk ditelan.. y amat manis utk dikenangkan.. tp drp kepahitan hidup biasanya seseorg akn terus bangkit.. yang penting HATI.. kuat...

    alhamdulillah buat naim.. setiap peningkatan dalam diri anak2 kita amat membaggakan kita & membuatkan kita rsa sungguh teruja...

    ReplyDelete
  11. Okje pun sebenarnya teringin nak makan maggi AN.Maggi kari laksa brand Chef dah dibeli cuma buatnya jer belum lagi.....
    Itulah warna warni kehidupan namanya....ada pahit, ada manis ada masam . Dan bila diadun sekali maka jadilah secukup rasa ....
    Eh berfalsafah pulak okje ptg ptg gini hehe.....
    Walaupun kadang tu kita cuba menyembunyikan tp kadang tu tulisan kita secara tak langsung menceritakan kegalauan kita....pergh!!! Hihi

    Syukur punya anak yg jadi penyejuk hati ibukan AN....

    ReplyDelete
  12. mcm2 rasa dalam kehidupan ni.
    pandai dah naim mewarna.

    ReplyDelete
  13. Mcm2 rasa! Semua kena telan.... Dah namanya kehidupan kan....

    Hasil naim tu.... Lagi kemas dari adam. Adam nampaknya macam kurang sikit mewarna. Dia x berapa minat atau x kreatif, tak tahu la. Tapi, membaca mengira... Dia mmg suka!

    ReplyDelete
  14. teringat pasal maggi,IbuNoey baru-baru ni pun terpaksa telah maggi yang pedas sepedas-pedasnya sebab tersalah beli.dah lah tengah sakit tekak..adoyai..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1