Selamat Hari Malaysia

Pada pagi yang mendung, Nazif memulakan langkah... "Mama, jom pegi taman. Taman jom. Mama"

Dah sampai di taman, dengan susah payahnya, mama nak melabuhkan punggung. Naim mula panggil-panggil. "Mama, sini. Ambil gamba Naim".

Si kecil ni pun sama. Nak mama ambil gambar dia jugak. Tak menyempat nak bagi mama rehat pun. Padahal tadi perjalanan ke taman, dia pun mama angkut, motor dia pun mama gendong, korang bayang kan? Dahla sambil berlari tu, sebab nak kejar Naim yang dah jauh laju ke depan dengan basikalnya. Adeh..

Taman permainan terdekat dengan rumah kami ni bukan banyak benda pun boleh nak main. Tapi Nazif ni seronok je. Panjat sana, panjat sini. Panjat benda ni pun dah pandai tau. Kagum mama kamu ni. Bagi mesej dengan Papa N, dia jawab, " Dah lama adik pandai panjat benda tu"...
Eh.. yeke?

Pastila kena pantau je masa budak-budak ni main. Kalau Mama cuba nak relax sikit, Nazif mulalah panggil-panggil " Mama, tengok ni. Adik.sini". Yelah nak.. mama tahu..

Eh..dah makin mendung ni. Jom kita balik anak-anak.... kononnya nak pujuk diorang ni balik. Tapi Naim bagi isyarat tangan, " Belum balik, tunggu dulu mama". Yang pakai seluar lubang-lubang tu pun menambah juga , "belum balik mama". Macam upin ipin betullah korang ni...

"Naim nak main cars dulu". Ok..ok.. baiklah.
Bagilah peluang dia nak main kereta dan robotnya pulak.

"Mama, adik pun". Ha, dudukla juga dik..asal korang happy je..

Tiba-tiba Naim berlari ke tepi padang. Dia datang balik dengan sekuntum bunga raya merah ni. Siap cakap "untuk mama". So sweet anak mama ni tau.. Nazif je tak tahu lagi, dia buat reaksi tak suka bila diberikan bunga tu.. apalah dik ni..

Lepas 15 minit kami pun baliklah ke rumah. Dalam perjalanan balik Naim mengamuk tak nak basikalnya dan lari balik macam tu je. Nak tak nak akhirnya, saya letakkan Nazif kat atas basikal abangnya, motor Nazif tu diletakkan kat tempat duduk belakang. Selesai masalah pengangkutan balik. Itulah aktiviti pagi hari Malaysia kami..

SELAMAT HARI MALAYSIA.. 
KAMI SAYANG MALAYSIA
MOGA KEKAL AMAN SELAMANYA.

Comments

  1. hehe..suka la byk pic naim n nazif.simbolik tu hari malaysia ngan bunga raya..so sweet la naim ni!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun naim ni bab2 bagi hadiah pada mama dia ni, setakat ni nampak ada tokoh. Sekali sebab cikgu tadika ajar kot. Hari ibu, hari guru, dan hari raya dia bawa balik kad, semua bagi kat mama...

      Delete
  2. Bagus naim.. berjiwa patriotik.. dpt mama bunga raya yg cantik ;)

    ReplyDelete
  3. hahah..dia suka tiru abang dia cakap ye?/comel je tiru2 gitu.

    ReplyDelete
  4. Good2.
    Cantik bga raya..petikmkt mna tu..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petik kat tepi taman ni. Ada banyak juga pokok bunga ni yg ditanam di tepi2 taman ni..

      Delete
  5. hehe..comel keletah anak2..zaim pun sekarang dah pandai ajuk cakap abang dan kakaknya..kadang2 kakak pula ajar yang tak senonoh.dia pun tiru juga..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah la rumah dengan 3 beradik tu bersembang ya

      Delete
  6. Sebenarnya hero-hero nak bagi mama dia exercise di Hari Malaysia. Abang lagilah bijak bagi lebih sikit beban kat mama jadi lebihlah sikit kalori mama terbakar. Itu baru anak cerdik.

    Bila lagi nak luang masa kalau bukan masa cuti kan Aisy.. Hari ini dah dgn anak didik pula. Laaagi ramai 'anak' boleh pening kepala kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni xmengajar lagi kak zakie.. cuti...

      Delete
  7. Bestlah takda orang kat taman. Boleh buat macam taman tu kat belakang rumah kita, kita aje yang punya. Haruslah nak berlama-lama kat situ. Salutelah kat AN. Walaupun kecil molek orangnya sanggup tu mengangkut 'race car' anak dan kendong anak sekali. Oh, tidaklah saya buat! Mahu patah riuk tulang seminggu MC pulak jadinya....

    Sesekali dapat enjoy pergi taman dengan Mama haruslah nak feeling ohsem gitu. Camna ni Mama tak tahu anak dah pandai memanjat? Ni mesti kes tugas-tugas bawa anak ke taman ni serah kat Papa N. Hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama-lama kat sini kang abis bunga raya merah ni kena petik dengan Naim nanti...xboleh lama nampaknya.
      Nak wat camna MD, si kecil ni masa tu nak mama angkat. Pada masa lain saya pula yang bimbang Naim pergi jauh kena juga angkat nazif dengan segala barangan demi nak cepat..

      Haha..mmg pun. Biasanya diorang pergi taman waktu petang dengan papa.. mama kan balik lewat, mmg xtahula pasal alat2 taman ni.

      Delete
  8. Okey la tu dpt bunga raya. Masa syafiq br nk masuk dua tahun dia petik bunga kat rumput yg meliar kat rumah jiran selit kat telinga ummi. Sweet tapi, sobsss bunga rumput tu.,

    ReplyDelete
  9. amboi so patriotik..hari malaysia bagi mama bunga raya..sweet betul..anak2 asal dpt keluar,dpt main dah cukup happy bukan kepalang dah kan AN..sama je dengan yg kt rumah ni..asyik tunjuk luar je..ibunya je malas nk bawak ke taman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. btl2.. mama asyik bagi alasan je kalau nak bawa anak keluar ke taman. Sayang lemak sendiri agaknya..

      Delete
  10. kami berkurung sehari suntuk, malas nak keluar, cuaca kat luar tu, kemain lagi..

    ReplyDelete
  11. selamat hari MALAYSIA an
    seronok juga bawa anak bersiar2 macam ni
    release tension :)

    ReplyDelete
  12. Selamat hari Malaysia aisy , kami sekeluarga tak g mana pun , sbb kami semua tlg mcik bt persiapan ank sulung nye kawin ;)

    ReplyDelete
  13. hehehe...pandai...bg mama bunga ~

    ReplyDelete
  14. aamiin
    assalam
    morning akak.. sihat?
    lama dah tak nyinggah ni..hihi
    xlist ada xtvt yg dibuat dgn anak2 walaupon skjap kan.
    alahai so sweet la naim ni.. kecik2 dh pandai ambik hati mama.. lama2 nti adik pon akan paham juga.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ciksu... dah makin sihat ke...
      Harapnya gitulah diorang ni. Kecil sweet mcm ni, dah besar oun sama...

      Delete
  15. Hehe...budak budak tu sure suka mama ada seminggu ni .Tu yang tak mau lepaskan peluang ajak mama gi taman. Seronoklah mereka dapat bebas main tu....
    Dah namanya pun cikgu BM......pandai jer gayakan bunga Raya dengan Hari Malaysia hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Okje tak tahu, setakat ni hari Malaysia je saya jaga anak2.. hari lain saya hantar ke taska, saya pun tak ada kat rumah, pergi sekolab juga siapkan kerja2 yabg banyak lagi tu..

      Delete
  16. alaaa lomantiknya sambut hari malaysia.

    ReplyDelete
  17. comel plok pic bunga raya tu..
    hehe

    seronoklah 2 beradik ni leh release tension kat syurga kanak2 ni

    ReplyDelete
  18. seronok anak2 main kat taman. kesian pulak kat adam. dah lama tak bawa dia ke taman!

    ReplyDelete
  19. suwit sgt naim nih...

    seronok dorg ye dapat main2 kat taman

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1