Assignment mak tiri

credit to google image


Korang biasa tak gunakan istilah mak tiri bila nak labelkan orang sikapnya menyakitkan hati?
Kalau yang agak beza umur banyak, memang jadi mak tirilah dia tu.
Lagi satu kalau lebih kurang sebaya akan digelar kakak angkat atau adik/kakak tiri..
Haha.. dah lama saya tak gunakan istilah mak tiri ni sebenarnya.
Kebetulan pula, masalah saya dan beberapa rakan yang terlibat dalam beberapa hari ni adalah berkenaan dengan orang yang sama.
Bermula dengan seorang kawan bagi saya mesej whatapp yang berbunyi
" Kak, ko dah buat ke assignment yang mak tiri suruh tu?"

Gelak besar saya masa tu. Bukan apa, assignment yang disuruh tu memang menakutkan, semput nak siapkannya, tapi gelaran mak tiri tu menceriakan saya. Memang kenalah dengan keadaan ni. 

Apa pun, perlu bersikap profesional.
Hidup tetap kena diteruskan. Tak baik melabel orang macam itu kan? Haha, tapi keadaan sebenar taklah teruk pun. 

Entry ini pun terhasil setelah saya berjaya siapkan assigment yang mak tiri suruh tu. Berpeluh juga tau nak siapkan. Beberapa kali buat kajian tau, bimbang kena komplen lagi.
Kerja tetap siap, kalau jumpa di depan tetap tunjukkan hormat. Bukan maknanya kami ni talam bermuka dua, tapi kami pun manusia biasa. Mungkin dia sebagai pentadbir, kena buat macam itu. Namun, Allah yang Maha Mengetahui segalanya. Pasti ada sebab kenapa jadi perasaan tak puas hati. Namun, takkan disimpan dalam hati. Dah siap ni, lega. Alhamdulilah sangat.. Terima kasih Allah.

# masa saya cari gambar mak tiri di google image tadi terpampang antaranya header Petak Bunga... haha, masuk kategori mak tiri juga ka?



Comments

  1. hihihi..xpe kak asal siap kjenye.mk tiri pn mk tiri lh ekeke

    ReplyDelete
  2. Oh, masalah cikgu cikgi rupanya! Itu yang sampai makan maggi bersendirian ya?

    Kami kat pejabat ni rajin juga guna istilah mak tiri, kakak angkat tiri, abang angkat bagai. Biasanya orang yang tak berapa kita suka sikapnyalah. Jahatkan kita orang ni....Tak pasal-pasal kena minta maaf dan mengaku kesalahan nanti, dok bagi orang nickname canggih gini.

    Tapi saya ingat masa di pra-u dulu. Ada satu warden perempuan yang kami geng berenam ni memang tak suka. So hujung minggu kena pergi mencabut rumput di sekitar kawasan sekolah. Sambil mencabut rumput, kami anggap cam cabut rambut di kepalanya. Ppunyalah excitednya mencabut sambil mulut tak berhenti dok panggil nama nicknamenya yang kami beri. Rambutnya pulak bukan main curly lagi dah macam Adik angkat Obamalah kalau sekarang ni. Tapi zaman tu kami panggil warden ni 'Adik Bush'!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. ada yang ingat pasal maggi tu ya.. kes yang samalah tu. Dari siang tu susah hati sampai malam makan maggi sorang2.. tak leh tdo.. haha. Lepas tu lena juga

      Sesama kita je kan? Tak secara terang2an, standartla tu kan. Apa pun mmg tahu tak baik buat gtu..

      Adik Bush ni nama gelaran paling canggih saya dengar ni. Pasti orangnya pun 'hebat' tu.

      Delete
  3. Salam jumaat yer ! seb baik kat tmpta KA ni xde mak tiri huhuhu... maaf lama x singgah KA terlajak busy lah !

    ReplyDelete
  4. kalau diopis acik dah tak guna mak tiri AN..ditukar ke "kawan baik" atau pun kakak/mak cik kesyanagan" hi hi..paham la tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. itu pun ada juga antara saya dan zilla.. kami ada la juga panggil orang gitu..

      Delete
  5. pic tu mak tiri cinderella.. hahaha

    aalhamdulillah.. akak dah berjaya settlekan assignment y diberikan oelh mak tiri akak tu.. maybe dilabelkan mak tiri sebab dia tegas n straight.. biasalah ketua harus tegas n kita nak2 buah kena ikut arahannya

    ReplyDelete
  6. akak selalu guna kakak atau adik tersayang haha

    ReplyDelete
  7. tak pernah plok label mak tiri..just kakak angkat or kakak kesayangan..

    ish ok dah tu!semoga berjaya...

    ReplyDelete
  8. hahaahaa tak pasal PB pun jadi mak tiri. kami pun selalu guna istilah ni... sajer suka2, bukan maksudkannya pun heheeeh.

    ReplyDelete
  9. mak kandung ni dh mcm mak tiri ni...

    ReplyDelete
  10. Ya ....ya.... mmg biasa guna jugak hehe....Masa kerja dululah.....Kadang tu tak de maksud pun nak mengutuk org berkenaan, org berkenaan pun taklah jugak teruk sangat cuma saja nak suka suka.Sekarang ni dah kurang le geng nak berseronok cenggitu, ada tak de koranglah geng okje sekarang ni...

    ReplyDelete
  11. Mak tiri dah pencen mmg kami semua lega ... Skrg dpt bos laki .. Blom nmpk tanda pak tiri hihi

    ReplyDelete
  12. ha ah..kalau dah menyinga je kerja nya harus la dapat gelaran mak tiri..heheh

    ReplyDelete
  13. Haha...
    Selawat je byk2 biar "Mak Tiri" tu bertukar jadi "Mak Kandung"
    yg penyayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga kan.. menyebut pasal dia kan betambah dosa saya dan dia btambah pahala. Baik banyak2 selawat utk dia..

      Delete
  14. mak tiri skrg xsama cam dlu2 AN...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. btl juga kak.. mak tiri sekarang kebanyakannya baik je.. mak tiri luar rumah je yang tak berapa baik..

      Delete
  15. Hehe.. Ada Mak Tiri ye.. Nasiblah Aisy ye...

    ReplyDelete
  16. Hehe.. Kdg2 gelaran tu keluar secara x sengaja kan.. Apa2 pun tahniah AN dh berjaya siapkn assignment tu :)

    ReplyDelete
  17. kat opis org yg kami tak suka kami panggil kak long..haha

    ReplyDelete
  18. Hahahah. Kami gelar kakak aje kat opis. Takut la org x berkenaan tau. Hihihi.

    ReplyDelete
  19. hihihihi..mak tiri..tapi sepatutnya tak boleh dah guna istilah mak tiri sebab mak tiri zaman sekarang ramai yang baik..

    yup,betul tu..walaupun kita kata dia 'mak tiri', kena hormat gak kan. macam kami kat ofis pun macam-macam gelaran bagi kalau dah rasa semacam jer.tapi tu lah, kalau jumpa,hormat tetap nombor satu..

    ReplyDelete
  20. mcm biasa juga guna gelaran2 nih supaya org yg berkenaan xtau kita bercakap pasal dia..hahaha akak la orgnye tu

    ReplyDelete
  21. Ha hana pun biasa juga guna istilah tu.. tapi jadi macam doa plak. akhirnya aku mmg dapat mak tiri uwaaaa

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1