Gambir

Korang pernah makan ni? Saya panggil ni gambir. Terjumpa benda ni di dalam beg taska Nazif, sekali dengan satu plastik kecil berisi gula-gula dan makanan kanak-kanak. Mesti ada hari jadi sesiapa semalam tu, jadi diberikan gula-gula macam tu.

Saya tengok ni, tak ada cop halal, cepat-cepat ambil sorokkan takut anak-anak nak makan. Padahal, masa kecil dulu, gula-gula ni antara gula-gula yang memang jadi kegemaran saya. Rasanya manis tapi taklah manis macam gula-gula jenis lain kan? Dah lama tak makan, macam tak berapa ingat rasanya. Dah pelbagai isu tentang halal ni kita kena lebih beringatlah kan? Satu lagi, kalau dulu bendanya besar, saiz gula-gula ni ini dah jadi lebih kecil bendanya.. nak untung lebihla tu!!

Comments

  1. sekarang ramai yg buat kek masam manis...letak benda ni...akak pun panggil gambir jugak masa kecik2 dulu...sbb rupanya mcm gambir yg dimakan bersama sireh

    ReplyDelete
  2. betul tu AN..org ckp gambir ni xhalal..mmg ada byk saiz benda ni,kaler pun ada yg merah n kaler coklat..harga pun lebih murah..

    ReplyDelete
  3. DULU2 PNH MAKAN JUGAK
    SIAP MAK BUAT BUH DLM KEK LAGI
    HUHU

    ReplyDelete
  4. Eh, saya rasa macam sama je saiznya sejak saya minat zaman budak-budak dulu sampai sekarang! Cuma sekarang ada saiz bonus gitu kan. Ke memang dari dulu dah ada yang besar. Saya ingat tadi gambir apalah. Yang ni lupalah apa kami panggil dulu-dulu. Minat sangat ni dulunya. Ini kategori gula-gula ke asam? Rasanya masam-masam maniskan. Kalau masa sekolah rendah dulu, saya dan kawan semeja termasuk dua kawan lelaki di meja sebelah selalu je rotate makanan ni masa cikgu sedang sibuk menulis kat papan hitam. Konon berlakon makpak bagi makan anak-anak dua orang makan ubat gitu. Sekali kena tegur cikgu, seminggu tak buat lagi. Lepas tu kita balik berlakon makpak dengan anak-anak semula!

    ReplyDelete
  5. akak pun suka dulu,siap buat kek masam manis guna mende nih..tp skrg tak makan lagi dah

    ReplyDelete
  6. of cos la kak..
    feberet ni zaman kanak2..
    sekarang kalo beli rasanya x sama mcm dulu..warna pon lain sikit

    ReplyDelete
  7. oo..gambir eh?IbuNoey n adik beradik dulu panggil asam duit jer.. dulu memang suka makan.tapi tu la kan, tak de cop halal pun..

    ReplyDelete
  8. Ni bukan bentuk dia mcm syiling nipis nipis tu ke AN...... Rasa macam masam masam maniskan ....Ohhhh mmg jajan OKje masa kecik ni tau ....Lama dah tak jumpa benda ni

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1