Keracunan makanan

Dah tiga hari saya menanggung sakit perut mencucuk sebab keracunan makanan. Pakej sekali dengan cirit-birit, sakit kepala dan batuk sikit. Memang tak banyak mana.. semestinya orang yang tak mengalami akan kata macam tu.. biar je mulut dan hati jahat manusia ni.

Jadi macam ni, saya sebenarnya memang jadi malas nak makan. Bimbang kalau masuk makanan, perut akan mula sakit nak membuang lagi. Tapi bila tak makan, perut masuk angin pulak. Badan pun rasa letih. Abis, budak-budak dalam kelas macam mana nak kawal pulak? Adoi.. ubat klinik macam tak jalan pulak. Jadi, semalam, saya telan dua paket pil chi kit teck aun sekali gus dengan panadol, barulah rasa kurang sakit dan boleh tidur.

Tengah fikir ni, hari ni nak makan apa yang sedap supaya boleh makan banyak sikit.

P/s : ada masa memang kita kena pekakkan je telinga.. pendapat orang lain tak semestinya sesuai dengan keadaan kita..

Comments

  1. aduh...kesiannya.mkn ape tu smpi keracunan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syak makanan dari kantin sekolah. Tapi entah betul ke x.. apa2 pun saya mmg takkan makan lagi dr kantin tu selagi saya ingat sakit saya kali ni.

      Delete
    2. aloh.. sian plk..
      try minum teh pahit2

      Delete
    3. minum teh pahit petua orang tua jugak tu nok hilang berona perut...
      Kalau saya, mmg terus telah pil kit chit teck aun tu.... sekung la ubat tu dgn kami satu keluarga...

      Apa-apa pun moga AN cepat sembuh...

      Betul tu AN.... pekakkan jer telinga dengar pendapat dari mereka yg ikut suka mulut jer cakap... mereka tak kena, boleh la cakap suka hati.... huhuhu

      Delete
  2. Laaa.... sakit rupanya patut pun senyap jer.....
    Betul betul....tak yah nak dengar cakap orang sangat.... Kita sendiri yang menanggung kesakitan itu, kita jer yang tahu kan AN....Rumah ni yg selalu ceri berri dah tentulah Pak Jilap tu..... mmg selalu ambik Pil Chi Ke Tek Aun pun dan selalunya mmg berkesan.....
    Yelah...takut jugak nak makan kalau macam tu, makan jer sakit perut .....
    Cuba makan buburlah AN....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Okje..memahami keadaan.. bubur ya? Nati nak try singgah kat kedai kalau ada jual. Buat sdiri, tak mampu la di saat ni..

      Delete
  3. keracunan makanan sama simptomnya dgn gastrik...cuma gastrik tak ulang alik ke toilet ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dasyat juga rupanya ya.. kali pertama saya kena macam ni.. mmg serik la jadinya..

      Delete
  4. msk nasi air la ore klate kata..lembut ckit xsakit la perut tu,inshaallah..

    ReplyDelete
  5. Kalau dah keracunan makanan memang serba tak kena Aisy. Mana yg sakit perutnya, siap kalau jenis yg dah letih sampai kepala pun jadi sakit. Tekak dahlah loya memang semuanya tak selesa. Kesian betullah... dahlah 'anak' ramai nak kena pantau ye. Kalau di Johor dah start cuti hari ini boleh relaks dah cikgu-cikgu. Sana hari ini sekolah kan...

    Moga cepat sembuhlah Aisy ye..

    ReplyDelete
  6. Alahai, sakit rupanya! Ingatkan terlalu sibuk di sekolah. Makan buburlah ajelah kalau takut nak makan lain-lain. Kalau datang siap dengan pakej ni memang merana badan. Tak larat nak berkejar-kejaran dan keletihan jadinya.

    Kalau puncanya kantin sekolah, orang lain tak kena ke, AN?

    Semoga cepat sihat dan hilang sakit perut dan pakej-pakejnya sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada seorang kawan lain dan anak-anak kawan yang kena.. entah nak kata kantin ke x.. tapi awal mgu ni saya mmg datang awal dan makan kat sek je. Kantin ni pun mmg ada masalah sblm ni..

      Delete
  7. Salam.. Moga cepat sembuh ye awk. Minum air byk sket. Teh pekat jgn lupa minum. Buat lah bubur dan mkn dgn sup sayur atau sup ayam. Tp klu suka ikan buatlah sup ikan( sbb isi lembut mudah nk hadam nnt)

    Siannya sakit.. Nk tgk ank pulak kat umah tu. letih kluar masuk tandas kan.

    ReplyDelete
  8. aduh seksanya klu pakej dengan cirit birit pening kepala.sabarlah AN,ujian Allah..apesal tak amik CM?teruk la klu badan tak sihat, nak mengajar pun tak foukus..

    get well soon ya!

    ReplyDelete
  9. Bunda kalu perut meragam ..bunda banyak minum air kosong...atau teh o pekat tampa gula...jangan minum yang bercoklat atau bersusu....

    Makan cereal atau roti wholemeal sementara nak sembuh betul....
    Makan sikit2 tapi kerap...InsyaAllah akan normal balik buangnya...

    ReplyDelete
  10. dah oramng skit,nak but cemana..kan?/kena kt diri sendiri baru tau..

    ReplyDelete
  11. Alaaaa tak sukanya sakit perut kan, memang risau nak makan tapi tu la... nak tak nak kena makan. make sure banyakkan minum air, cuba la cari sup panas2 kot berselera... perah limau bagi masam huuuuuhu sedap tu. Kot2 boleh bunuh virus bakteria dalam perut tu jugak hehehe. get well soon ok.

    ReplyDelete
  12. klo kena pakej mcm ni mmg lemah sgt la badan..
    moga akak dh sembuh skarang..doc pnh gtau , klo kena cirit+muntah..minum 100plus..sbb dia bekalkan tenaga dlm bdn..

    ReplyDelete
  13. betul tu kak
    saya kalau cirit selalu minum teh kelat je..
    alhamdulillah la

    ReplyDelete
  14. kalau cirit birit mmg takut nak makan,sbb takut bertambah sakit perut, akak pernah sakit sampai menggeletar kaki..hahaha asyik ke toilet je rasa mcm nak tido dlm toilet

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts