Semua perkara semua orang ada tempatnya

Assalamualaikum semua..

Dah di bulan ke sembilan nampaknya kita di tahun 2014 ni. Mulalah terasa nyawa-nyawa ikan. Kerja pastinya makin bertimbun nak disiapkan menjelang tutupnya sekolah. Mood nak menulis pun kejap ada kejap tak de bila dah penat badan dan minda dengan persekitaran ni.

Apa pun, kena yakin..korang setuju tak? Semua orang, semua benda memang ada tempatnya.. apa yang berlaku ni pasti ada sebab dan musabab.. kena pastikan kita bersedia dan hadapinya dengan penuh redha.. barulah kerja semua berjalan lancar kan?

Bercakap pasal masa dan orang ni, dengan beg yang penuh kertas dan buku nak ditanda, hari ni saya akan bawa ke sekolah sama macam yang dibawa balik hari Jumaat hari tu. Haha.. malas campur suntuk masa. Hari Sabtu je dah berapa kali mengkayakan PLUS, empat rumah pergi makan.. mulanya ke Salak Tinggi, dari situ meluncur ke Sungai Buloh. Itu cerita siangnya. Meleleh air liur tido dalam kereta masa dari Salak ke Sungai Buloh tu tak melemahkan semangat nak keluar lagi pada waktu malam pulak. Malamnya pergi ke Kelana Jaya, rumah pak cik Papa N. Lepas tu takkan kecil hati Kak Nurul, singgah lagi makan di rumah Kak Nurul di Putra Height walaupun dah pukul 10 malam. Mampu nak makan je pada spagetti masa tu. Adoi..penuh sudah..

Ahad pula pergi ke Melaka.. balik hari tau. Lepas kenduri doa selamat di rumah Mak Su Rok ni, kami bertolak balik semula dan sampai ke rumah pada hampir pukul 1 pagi.

Akhirnya, kerja sekolah tak buat. Sebab penat sudah, dan semalam pula seharian uruskan rumah. Kemas, basuh, lipat apa yang patut. Kononnya nak bakar lemak yang terhasil daripada proses makan selama dua hari tu..tapi entah berbaloi ke tidak...Dua hari jalan sehari kemas, agak-agak penat tak?

Buat Okje, nak tahu pasal hari Jumaat tu ya? Hihi.. bukan saya ambil tempahan ala-ala katering pun, saja mengusik Okje. Saya masak sikit untuk MiL dan keluarga Papa N.. MIL pergi buat haji sekarang, jadi masa dia nak bertolak hari tu saya buat nasi dan lauk-lauk sikit untuk santapan diorang.. melawak je pasal katering tu. Masak sikit tu pu  dah penat, kalau nak buat katering entahla..

Ok..saya nak siap-siap ke sekolah dululah ya..

Comments

  1. Ekeleh....baru nak order kalau buat katering hehe....
    Dah namanya cuti mmg banyak betul aktivitikan AN..... Walaupun berjalan ke sana ke mari tapi for sure puas sebab dapat berjalan betul tak?....Yang bestnya dapat makan free tak payah masak haha...... Sekurang kurang satu hal di dapur dah pun selamat, alah setakat hal buku dan kertas dalam beg tu apalah sangat ....dah katanya Guru yg berdedikasi hehe.....kejam mata je dah siap separuh bag tu hehe

    ReplyDelete
  2. kena mark juga le cikgu...
    nti kena berjawab dgn mak budak2 tu..heheheh

    ReplyDelete
  3. ok lagi bawa balik buku..ni kertas soalan bawa balik bawa g sekolah..pun macam tu juga..hehe..tlg tanda plss..tolong..hari ni dah dapat 7 bundle dah..ada 2 lagi..huhu..

    ReplyDelete
  4. Gitu lah mood menulis ni... kejap ada, kejap takde... Saya pun lagu tu...
    Tak sabar nak tunggu budak2 masuk sekolah Rabu ni... Baru rutin harian teratur sikit....
    Selamat kembali ke sekolah dan selamat menanda buku2 yg ada... caiyok caiyok!

    ReplyDelete
  5. Biasa gitu la..pantang cuti memang berjalan je la..lepas tu letih..heheh...

    ReplyDelete
  6. akak pun mood lagu tu gak AN...kiki

    ReplyDelete
  7. Oh, samalah kita. Kalau ada kerja memang suka postpone je. Bawalah barang tu ke hulu ke hilir, lepas tu letak balik sama macam asalnya. Dua hari makan, sehari bakar lemak okey lagi tu AN walaupun lemak tak sempat terbakar habis :) Kalau langsung tak bakar, lagi parah, jadi lemak tepu terus :D

    ReplyDelete
  8. hihi..
    rutin wanita bekerjaya+suri rumah mmg penat kak..
    sbb tu byk tangguh mde..kdg nk rehat pon x cukup

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?