Ilham semasa beropen house

Biasa kalau pergi ke rumah orang lain, saya perhatikan hiasan dan susun atur rumah orang. Yang nampak tersusun tu mulalah buat saya kagum dan bercita-cita nak menghias rumah sendiri macam itu juga. Tapi, memandangkan memang saya tak berbakat dalam hal ni dan anak-anak pun jenis tak sokong minat mama, maka lepas ni tak payahla pantau bab hiasan dan susun atur lagi. Tunggu diorang ni besar sikit kot kalau nak tambah hiasan rumah, kan? Takdelah nak kena kemas selalu atau sedih sebab ada juru touch-up dalaman yang kacau nanti.

Yang cuti hari tu, saya perhatikan susun atur kabinet dapur. Nak cari ilham sikit macam mana orang lain guna pakai kabinet dapur. Memang kabinet saya sekarang, muat macam tu je benda-bendanya.  Ikut suka hati. Terutamanya masa ke rumah Mak Su Rok di Melaka, alang-alang duduk kat sana dari tengah hari ke malam, saya pantau dan sempat ambil gambar. Oo.. gini kaedahnya, patutla nampak kemas je dapur diorang..hihi, ini pun kena belajar. Bukan semua orang ada seni menghias, sayalah tu. Seni menyepah ada..hihu...


Nampak simple dan mudah diambil untuk kegunaan semasa kan?  Ini tak, korang tengok rak dalam kabinet saya, yang nak guna yang jarang guna, semua longgok sekali, pengsan! Takpe, nanti kita ubahsuai...bagi lain macam sikit...

Comments

  1. Tak pe esok2 bt kabinet bru ye...
    tu mcm dlm peti ais jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah K nor, memang kabinet ni.. kat bahagian bawah dapur.. saya pun sekarang bahagian bawah dapur memasak simpan pinggan mangkuk juga, tapi campur semua yang guna dan jarang guna.. nampak selerak je.. lepas tu kalau orang lain cari barang memang tak jumpa, kena tqnya saya juga kebanyakan masa.

      Delete
  2. nampaknye kite same laa aisy...lieya pun kalo ke rumah org mmg susun atur die lieya tgk dulu...mane yg cantik2 leh tiru ideanye kan ehehehehe...jadi penaik semangat gak sbb tgk umah org cantik terus rase nak tiru gak kan heheheehehe....

    lepas ni aisy kene luang sikit mase laa kemas mane yg selalu pakai ngan tka slalu pakai..senang nanti mase nak guna kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah Lieya dah lawa tu, memang berbaloi perhatikan.. orang yang masuk rumah Lieya pun kagum tu. Kalau rumah saya, hihi tidak pastinya.. ahmad bedua ni memang jenis suka 'kemas'..

      Delete
  3. xpe AN,bleh tengok camner org susun tp kena ikut citarasa kita sendiri la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. citarasa sdiri tu moodnya sekali setahun je kak.. bila dah kemas elok2 orang lain sepahkan, mulalah malas nak kemas kembali macam tu..

      Delete
  4. Kalau yg perempuan di rumah cuma ada dua tangan aje. Lain-lain semuanya tangan lelaki belaka. Tukang susun keluar dari kabinet aje yg ramai memanglah tak menyempat Aisy. Tunggulah hero-hero besar sikit. Biasa masuk 7-8 tahun dah pandai dah... sabar dik sabar hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak zakie memang faham saya..kan, patut tunggu hero2 ni besar sikit ya.. hihi..

      Delete
  5. seronok kan bila tengok pinggan mangkuk kemas macam ni :)

    ReplyDelete
  6. sama macam saya juga..mulalah berangan2..angan tinggal angan..buatnya tidak..tapi tak pe tak salah mencuba

    ReplyDelete
  7. Betul tu, AN. Kalau pergi rumah orang yang macam dalam majalah tu, memang bundar biji mata. Dan-dan nak balik rumah cepat, nak revamp segala apa yang ada. Malangnya mood sampai kat tengah jalan je. Sampai rumah, lebih baik melingkar atas katil. Penat berjalankan. Rumah saya jarang bersepah tapi saya rasa tak cukup kemas macam dalam majalah. Itu yang saya tak tahan. Kita potpet pun, mereka bertiga buat derk je. Kalau terlebih potpet, kita pulak yang kena marah. Siapa suruh kemas kalau penat? Eh, boleh kata gitu ek orang lelaki ni... Tension babe, memang tension. Hahaha!

    ReplyDelete
  8. saya pun yang guna je bawak keluar..yang tak guna semua masuk kotak,simpan dalam stor..hehehe..cawan pun bawak keluar 4 je.pinggan makan 3.malas nak bawak keluar banyak2 ..kang ada yang tinggal2 je dalam sink.

    ReplyDelete
  9. Umah sy kecik. Lglah berterabur susu atur. Kena amek ms utk sbagi nampak teratur. Huhuhu!

    ReplyDelete
  10. bila anak dah besar nanti kuranglah sepahnya. minimumkan pengunaan perkakas dapur. banyak gunakan laci sebagai tempat simpan barang kecik..seperti sudu garpu, pisau dan lain2..

    ReplyDelete
  11. hihi..biasalah tu kak..
    lya ni kalo hari kemas..mmg kemas kemain la..tp smpai msa bila sibuk memasak..terkejar..last2 habis tunggang langgang... main longgok je..

    lya pon suka tgk deko22 ruumah org..ambik ilham sikit

    ReplyDelete
  12. dela kalau mood rajin mengemas berhari2... kalau mood ke laut.. tunggu hari minggu cuti baru mengemas..hhuu.. :

    ReplyDelete
  13. selalu ambil idea..
    pelaksanaan ke laut...
    oh

    ReplyDelete
  14. hahaha..kita sama,ada seni menyepah jer.nak-nak ada anak kecik ni..IbuNoey dulu suka gak nak letak perhiasan kat kabinet tv..tapi sekarang ni,tak boleh dah..letak seminit jer,lepas tu dah dok kat lantai..hihi..

    ReplyDelete
  15. Okje pun suka tengok deko rumah orang.....suka macamana rumah depa boleh kemas......pelik macamana rumah sendiri tak boleh nak cantik mcm depa....
    Rasa nak buang aje benda dalam rumah ni nak susun balik hehe....

    Nak pindah rumah baru mmg taklahkan hehe.... syukur apa yg ada hehe
    OKje suka tengok rumah Lieya Latif

    ReplyDelete
  16. sama la saya kak suka benu nengok deko rumh org.rumah sndiri lambat lagi nak bolrh mendekonya.
    skrg dduk kuarters guna je apa yg ada.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1