Atuk datang melawat

Entry lagi untuk hari ni? Haha.. layankan jelah. Prinsip hidup saya memang buat sehabis baik selagi ada kesempatan. Jangan nak tunggu esok lusa. Belum tentu ada masa untuk kita, untuk saya dan untuk blog tau. Tak sibuk, mungkin sakit, tak pun anak ke suami sakit kan? Bukan nak minta jadi macam tu, tapi bersedia sebelum apa yang tak diingini berlaku. Lagipun, kalau dah mula bertangguh, mulalah rasa berat badan berat bontot nak menyambungnya semula..

Jadi sebelum datang sibuk, sebelum datang malasnya, meh nak kongsikan antara nasihat yang mak saya bagi kepada saya masa datang melawat tadi. Mak ayah dan adik saya datang ke KL tau. Bukan anak cucu yang duk KL ni balik ke kampung bila cuti? Haha, kebetulan, mak ayah saya nak datang melawat saudara yang sakit, jadi dapatla jumpa cuti kali ni. Kami memang tak boleh balik sebab Papa N tengah sibuk.

Nasihat mak saya yang kata mak, dia dapat daripada ceramah agama,
"Elakkan menipu atau menyembunyikan kebenaran, terutamanya kepada pasangan kita, ahli keluarga kita. Kebenaran yang disembunyikan akan membuatkan kita mendapat masalah atau bala di kemudian hari".

Sesungguhnya nasihat yang sangat baik bagi saya. Kebenarannya memang dapat dilihat tapi tak sesuai untuk saya kongsikan di sini. Apa pun semoga korang juga dapat menghayati maksud nasihat mak saya tu ya..
Tadi, tak sempat bergambar dengan atuknya, tempek gambar lama, awal tahun hari tu masa Tok Ayah singgah sini sebelum pergi umrah. Nazif ni main bukan dia tahu Atuk kurus, dia minta dukung aja.. Nanti kita balik raya haji nati bolehla Adik main dengan Tok Ayah dan Ayah Su lagi ya..

Comments

  1. Mesti seronok dua ahmad dapat bermanja dengan Atuk...
    Atuk pula rajin melayan cucu cucunya...
    Peringatan berguna tu... Dengan kata lain, kena jujur lah kan?

    ReplyDelete
  2. bestlah anak2 knor tak pernah seumur hidup tgok wajah atok..

    ReplyDelete
  3. seronok la cucu2 dpt jumpa atuknya!

    ReplyDelete
  4. kenpa tok2 lebih syg cucu dr anak sendiri?
    hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. sebab nampak cucu comel2 kot leh gomol2.. anak sdiri dah nk mula kerepot.

      Delete
  5. blhla lps kan rindu pada org tua..
    betullah apa y org tua nasihat tu..
    dia org lebh mkn garam drp kita..
    nasihat dia org jdkan panduan kita

    ReplyDelete
  6. betul tu...sekali kita menipu,kita akan terus menipu untuk menutup semua penipuan kita..

    ReplyDelete
  7. Okey, saya rasa betullah tu. Kalau kita sembunyikan something dari pasangan, rasa hidup memang tak tenteram sungguh. Nak tak nak kena beritahu tapi kena juga tengok, kalau kita beritahu jadi masalah pun susah juga nanti.

    Takpa Nazif, nanti bila Papa dah free boleh ajak balik Kelantan ke kena balik kampung Papa dulu? Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kg papa xpe, boleh balik selalu sebab tak jauh. Kampung mama yang wajib balik kaau cuti sekolah sebab tu je masa lapang yang lama sikit. Tapi bila ada kerja payah juga kan. Anak lak aktif, tak berani saya balik sdiri dgn budak berdua ni, walaupun naik flight..

      Delete
  8. comel gambar nazif denganh atuk tu..bila lagi nak membuli atuk ye nazif..

    sy ni nama je dok dekat tp kalau nak melawat mak abah kt kmpg pun susah..selalu mak abah yg dtg rumah..anak menantu sibuk kerja katakan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan, kekangan kita yang bekerja. Ada masanya memang kita nak balik tapi suami pulak sibuk. Kalau kita yang sibuk tu lagilah kan

      Delete
  9. Anak2 ni bila bermanja dgn atuk kita rasa mcm nk join sama je kan? Hihi

    ReplyDelete
  10. kekangan kerja kan.kalau sorng cuti sorng lagi sibuk.begitu jga sebaliknya..

    suka atok melayan cucu kan.
    alhamdulillah, setelah sekian lama menti cahaya mata Allah bagi peluang kepada saya.
    skrg sy kat kedah ni kak.hihi.
    nmpak kegembiraan mak ayah bila dpt main dgn cucu.itu baru sebulan lebih..
    dpt juga kembalikan keceriaan mak ayah slpas arwah adik meninggal thn 2012

    ReplyDelete
  11. Mak Okje pun dah sebok menanya OKje bila nak balik AN....tulah dengan SA nak balik Tronoh lagi lepas tu si AB nak pereksa lagi....mmg kalau ikutkan mcm tak sempat jer...
    Untunglah mereka masih boleh datang sini menjenguk cucu....

    Yelahkan..... dah katanya suami, kalau kita nak menipu memanglah tak diredhoi hehe..... so meh kita sematkan dalam diri kita ni, moga tidak diuji oleh Allah dengan benda yg boleh buatkan kita menyimpan rahsia dpd suami kita...
    Budak AN..... manalah depa fikir atuk kurus ke apa hehe....yg penting happy

    ReplyDelete
  12. owhhhh...
    saya pulak, kalo rasa ada byk idea, terus schedule utk esok lusa tulat. pernah gak la scheduled utk 2 minggu.

    alasan cliche... bz. huhuhu. padahal malas!

    berdukung tu seronok!

    ReplyDelete
  13. kebenaran perlu diberitahu walapon pahit... betul sgt pesanan mak aisy tu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts