Kisah ke jamuan makan

Assalamualaikum semua. Dah mula kerja hari ni, ramai yang sambung puasa sunat kot? Sabtu Ahad banyak pergi jamuan makan kat sana sini tu, pasti hari ni tak liat nak mula kerja kan?

Entah apa yang saya rasa malas sangat nak menulis. Macam-macam hal sebenarnya, sebab tu hari tu saya dah jangka yang mungkin payah nak menulis lagi 100 entry sebelum menjelang akhir tahun. Tengok sekarang ini pun jelah, tarikh dan 11hb, tapi entry untuk bulan ni baru je berapa? Jadi, marilah mari atasi kesibukan dunia yang ada, isi masa yang bernilai ni tulis sesuatu. Mana tahu di situ ada memberi ketenangan bagi sesiapa yang dikehendaki.. haha.. ayat tak boleh tahan betul, masuk bakul angkat sendiri! Haha, bukan apa tau, kalau saya pun, selalu dapat motivasi daripada penulisan blog lain, jadi harapnya yang membaca blog ni pun sama. Ya?

Kisahnya pagi Sabtu, bergegas kami ke Sunway Lagoon kerana ada hari keluarga syarikat Papa N bekerja. Dua Ahmad ni seronoklah main air. Mama yang penat nak melayan. Daripada budak takut air ni jadi hantu air, asyik tarik je mama ke dalam air. Siap tak nak bergerak lagi kalau diajak ke tempat lain. Dahla pada suatu masa tu diorang ni nak main air kat tempat yang betul-betul sebelah dengan pentas acara. Orang lain duk mencabut hadiah cabutan bertuah kat situ, budak-budak termasuklah kami duk main simbah-simbah air kat sebelah, adoi.. Ai..memang berbaloi betul bayar RM 40 je masuk kali ni. Papa N dan Nazif tak kena bayar pun.

Di hari keluarga ni kami makan ayam goreng KFC dan ais krim cornetto je. Makan apa yang disediakan oleh penganjur je. 

Ikutkan masa balik tu nak singgah ke Seksyen 13, ada jemputan rumah terbuka, tapi dah tak daya rasanya. Bila main air lama, rasa nak tidur je kan?

Malam pula, ada dua jemputan. Kami fikir kalau ke tempat dekat dulu lagi bagus. Jadi, lepas je magrib tu, terus angkut anak-anak pergi ke rumah kat depan sebelah kiri ni. Malu pula sebab orang pertama datang, jadi, sembang-sembanglah dulu sementara siap hidang semuanya. Sedap dan meriah jamuannya. Cukup ramai tetamu.
 
Apa yang saya kagum dengan rumah jiran ni, kemasnya susunan dan hiasan rumah dia. 
Jelesnya.. kalau kita rajin boleh tak rumah kita macam ni? Haaa...


Adik sporting, seronok main dan makan macam-macam kat rumah pertama ni. Naim pula yang buat hal. Dia lari balik ke rumah, jadi langsung tak makan apa-apa. 

Lepas tu, memecut pergi ke Sepang pula. Awal lagi sebenarnya, pukul 9.25 malam kami ada di Sepang. Kali ni rumah kawan Papa N. Kali ni, tenang makan sebab Naim pun makan elok, lepas tu dia main kereta mainannya dengan baik kat dalam rumah orang tu. Mungkin lepas kena amaran dengan guru disiplin semasa dalam perjalanan tadi..haha..memang bagus Naim masa di rumah kedua ni. Siap main elok-elok dengan adik lagi. Bolehla mama dan papa sembang dengan tuan rumah dengan aman. 

Ahad pula ada lagi undangan ke Seri Kembangan. Lewat keluar, masa sampai tu makanan dah nak habis. Beriya tuan rumah minta maaf sebab ke tak cukup makanan. Tak kisahla sebenarnya, memang dah tahu kena keluar lewat, jadi saya memang dah bagi budak berdua ni makan nasi awal. Masak nasi arab je. Kebetulan biras ada bagitahu nak singgah, jadi sekali nak bagi biras dari Muar makan nasi arab mudah saya ni. Tak ada meriah pun, panggang kambing je.. tak ada salsa. Ha, itu tetamu yang bagitahu, ada nasi arab mudah@bodo, kalau tetamu tanpa wayar pastinya air teh je dijamukan.. haha.. 

ok, dah malas nak menulis nampaknya..ok semua..

Comments

  1. byk jmputan open house kena hadir sempena raya kali ni kan ehee

    ReplyDelete
  2. Ha..tulah..mekap tebal sangat..tu yang sampai lewat tu..kehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan balik drp mandi...sunburn weh..kena mekap tebal

      Delete
  3. Malas malas nak menulis pun dah panjang dah entri ni hehe....
    Pagi tadi malas betul nak bangun pagi ngalahkan buat open house hehe....
    Okje pun suka tengok rumah orang yg kemas ........ cantik rasa damai jer.... ni tengok rumah sendiri serabut jer hehe lebih lagi hari sekolah penuh dengan beg sekolah hehe.... Hari tu masa jiran nak dtg kemaslah sikit, apa taknya semua sumbat dlm bilik haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. dah tahu rahsia kemas rumah dia... haha.. saya pun, masa biras datang tu, tgharinya macam lipas kudung sumbat baju2 ke dlm bilik...

      Delete
  4. Salam. Hee sungguh seronok jalan-jalan beraya.

    ReplyDelete
  5. Salam..

    Raya ni LM belum g mana2 open hse lg. layan mood swing swing je la. ehehe

    Nnt meh la dtg sini beraya. Raya kan sebulan. Sms ye klu plan nk ke sini. Takut LM kluar beli barang ke apa. Lestarintu dah dkt sgt tau ngan umh LM. Napelah x dtg. Huhu

    ReplyDelete
  6. Untungnya dapat masuk Sunway Lagoon dengan bayaran RM40 aje. Haruslah makpak dan anak-anak main air sampai berkilat muka.

    Hah, rajin gak PapaN ni berjalan ke sana-sini memenuhi undangan. Kalau HD lagilah jangan diharap perkara-perkara cam ni, AN. Nak buat camna, dah sikap suami sendirikan. Kenalah terima dengan redha. Kita yang pilih dia, bukan kena paksa pun dulu-dulu. Hahaha.

    Kalau pergi rumah orang memang suka tengok susunan di rumah orang. Kalau menarik, mulalah bila balik tu mulut saya membebel-bebel komplen kat suami. Yalah, kita ada anak kecil memanglah rumah kemas macamana pun boleh jadi tongkang karam akhirnya. Tapi rumah sepupu yang saya ceritakan tu, dia jaga 7 orang budak - 3 bayi dan 4 budak dah masuk kindie/sekolah. Tapi rumahnya...oh mak datuk... memang terkedu saya melihat kekemasan dan kebersihannya. Segalanya teratur. Terus bila balik rumah sendiri bukan main start berkemas dan teruja nak berdeko itu-ini. Sekejap ajelah sampai hilang mood tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rm40 utk 2 orang sebenarnya.. 20 sorang saya dan naim. Bukan mudah nak dapat harga macam tu kan? Itu yang mmg makin berkilat geng tak berapa putih ni..

      Papa N ni kalau diajak ke mana-mana, selalunya ok je, tapi yang buat lain macam sikit dia jenis tak sembang.. adoi...

      7 orang budak dijaga...wah..mmg kagum kalau macam tu.. saya yang anak dua ni pun berpeluh ketiak nak mengemas...alahai..

      Delete
  7. kalau kat kampung ni raya sehari je pastu baut kerja macam biasa
    kalau zaman kerja opis dulu tiap-tiap hari gi open house :)

    ReplyDelete
  8. ish murah tiket masuk sunway lagoon tu aisy...lieya last pergi dah bertahun2 gak kot...sonok main air kat situkan...untung laa family day buat kat situ...mcm lieya ni dok gomen balik2 buat kat tempat sendiri jeee heeheheheh...redhooo jek laaaaaa...

    hahaha kelako tang pesanan guru displin...same laa mcm lieya dulu aisy sebelum sampai umah org tu pesan kat anak berbakul2 suruh behave...kalo tak nanti siap le balik umah balik kene kutil....org kata ugut sunat hahaahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. samalah. Malam tu saya ugut tak nak jaga Naim kalau dia sakit perut sb tak makan.. dia takutla sebab dia penah beberapa kali terjaga tengah malam sebab angin.. kalau ugut nak pukul ke kutil ke tak jalan dgn Naim ni, dia jenis melawan.. kalau ugut benda yg dia takut mcm lipas, kereta yg dia suka baru jalan..

      Delete
  9. kadang berdebar kan nak kuar bawak budak2 ke rumah orang sebab depa ni tak tentu kalau mood baik, ya Allah rasa nak bawak lagi dan lagi, tapi datang hasutan nakal dorang... heishh. apapun, enjoy the raya sementara masih ada, meriah lagi rumah terbuka sana sini kan.

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak menulis....sekali keluar macam2 cerita...Seronok lah budak2 tu dapat main air ye...sama naik dengan mama nya...

    Sempat lagi berjalan berziarah raya...
    yelah kan kalau nak fikirkan sibuk...bila lagi nak berziarah merapatkan silatufrahim ye tak...

    Salam Lebaran dari bunda...

    ReplyDelete
  11. jln2 mesti best..knor juga yg sibuk di rumah ,tk hbis2 dgn tempahan

    ReplyDelete
  12. Biasalah Aisy.. dgn anak-anak kecik memang kenalah sabar dan nasihat selalu. Tak boleh rasa bosan nak mengingatkan. Kesannya bila kita nasihat sebelum sampai rumah yg dikunjungi kan kita juga yg senang. Makin besar makin dia faham...

    ReplyDelete
  13. salam aisy...baru sempat akak nak menjenguk ni..

    wahhh...seronoknya ke sunway lagoon,seingat akak ke sunway lagoon selepas kawin dgn n.azmi,pastu smpai skrg tak pegi lagi dah..

    bulan syawal ni banyaklah jemputan beraya dihujung minggukan..seronok juga tak perlu memasak hehehe...nak rasa rendang akak> ai..malu pulak akak...hari tu ada lalu di bsp tp tak sempat singgah,kalu tak bole juga tanya aisy kot ada dirumah..bole la jumpa

    ReplyDelete
  14. Sama la dgn I ni Aisy.... mood blogging mcm ke laut je....

    ReplyDelete
  15. Lya pergi mna y sempat j kat.. ye la bgntung pd fain nk gerak kemana-mana.. bestnya dia dpt msuk sunway lagoon.. lya sekali pom x pnh msuk lg .. huhu

    ReplyDelete
  16. wah special price tu dapat masuk ke sunway lagoon.. masa kami pergi tempoh hari, beratus jugaklah melayang utk tiket masuk ke sana.. pejam mata aje lah masa membayarnya.... huhuhu

    Wah masih dalam mood raya lagi.. kami kat sini pun hari-hari ada jemputan open house.. Tiap2 hari simpan perut tak perlu masak kat rumah.... hihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?