Meriahnya majlis ambang merdeka 2014

Nampak kemeriahan dan keceriaan yang terpapar di wajah murid-murid ni?
Alhamdulillah, tahun ni sekali lagi sekolah kami berjaya menganjurkan Majlis Ambang Merdeka. Rasanya majlis petang tadi paling meriah sejak empat tahun saya berkhidmat di sekolah ni, malah rasanya majlis sempena kemerdekaan yang paling meriah dalam sejarah perkhidmatan saya. Hihi..ayat macam dah kerja berpuluh-puluh tahun sebagai cikgu ni, padahal takla selama itu pun..takpe, itu tanda meriahnya majlis tadi pada pandangan saya.

Korang tengoklah semangatnya budak-budak ni. Pelbagai bangsa memakai baju tradisional kaum yang ada di Malaysia.. Rasa seronok sangat dan lain semangatnya bila datang ke sekolah tadi, lama sekolah dipenuhi oleh murid-murid yang nampak lawa dan hensem dengan baju raya masing-masing.

Pandai je diorang ni usahakan nak cari baju melayu. Hensem kan anak-anak murid saya ni pakai baju Melayu?


Yang perempuan pulak nampak lawa bila pakai baju kurung masing-masing..

Ha...dua murid ni, rasanya antara yang paling kacak dalam kalangan pelajar India tadi. Sebabnya diorang ni pakai baju yang lengkap, sebelum saya ambil gambar ni, yang pakai kain putih tu siap buat demo lagi cara berjalan dengan baju ni..

Akhir sekali, gambar cikgunya yang memang rasa 'merdeka' sangat hari ni..hihi..bila boss semua tak ada di sekolah, mulalah anak-anak kaki ni bermaharaja lela.. hihi.. sekali-sekala..


Sebelum terlupa, nak masukkan gambar Kar Wai ni. Secolor pulak dengan baju cikgu. Walaupun pakai tudung memang tak kemas masa tu, tak apalah sebab satu ni je ada gambar bersama murid ni. Kar Wai ni dengan mudah menawarkan diri untuk mendeklamasikan sajak bila saya tanya di kelas. Tadi, dia pinjam kain pelekat kawannya dan baju melayu tu demi nak mendeklamasikan sajak. Gaya ada, siap angkat tangan kiri kanan, intonasinya ada juga, bolehla kiranya, walaupun agak pelat sebutan di Kar Wai ni. 


Alhamdulillah.... moga semangat kemerdekaan dan patriotik akan dirasai oleh semua warganegara Malaysia..
SELAMAT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 57...

SAYA SAYANG MALAYSIA..

Comments

  1. Meriah sgt.. mcm2 pakaian ada. 1 malaysia kan...

    Salam hari kemerdekaan kak..

    ReplyDelete
  2. Tengok gambar pun dah rasa kemerihannya AN.warna warni.

    ReplyDelete
  3. Aisy.. Nampak mcm adik dgn kakak je.. Muda belia lg cikgunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. mana ada gitu Kina.. macam anak dengan mak adalah..

      Delete
  4. Wah meriah nya ;) , ber aidijuma lagi tu aisy ;)

    ReplyDelete
  5. salam merdeka! wah... best nya sambutan merdeka di sana, meriah sungguh..

    ReplyDelete
  6. Yelah AN....okje pun terasa kemeriahannya walaupun cuma dapat tengok gambar aje.....
    Masa zaman sekolah kalau ada event mcm ni mak mmg suka sangat....sebab tak belajar hehe... So mmg faham sangat kalau cikgu kata 'merdeka' tu . Kiranya ni double merdekalah yek hehe...

    Mesti depa sayang cikgu nan sorang ni kan.....sangat sporting....

    ReplyDelete
  7. Aisy nnt tgk bekas Penapis mknan tu dkt Bhgn dapur, dia dlm plastik , kita kena DIY jd bekas tu ;)

    ReplyDelete
  8. cikgu ke?/saya ingat yang bergambar 3 orang tu murid2..haha...awet muda gitewww...:)

    ReplyDelete
  9. Sporting2 semuanya ye..
    dan kacak2 belaka!.

    ReplyDelete
  10. Meriahnya :D Sekolah mana ni ^^

    ReplyDelete
  11. Ingatkan Melayu rupanya Kar Wai nama diberi. Seronok sangat tengok sambut ambang merdeka sekolah AN ni. Tetiba rasa macam nak jadi guru pulak. Guru sementara pun takpalah, lepas merdeka back to normal, jadi pekerja pejabat semula :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1