Adat bersahabat

Hari ni saya kerja macam biasa. 
Ada sekolah ganti satu sesi, tapi kami tak belajar pun tadi, sebaliknya adakan program aerobikton. Sebenarnya ini sebagai penutup kepada kutipan derma yang dibuat oleh warga sekolah beberapa minggu sebelum ni.

Banyak juga pengisian aktiviti hari ni. Antaranya ada dipanggil pasukan jururawat dari KPJ Shah Alam, untuk sesi pemeriksaan kesihatan percuma. Saya dan rakan-rakan tak ketinggalan nak membuat pemeriksaan tahap glukos dan tekanan darah. Dah macam budak-budak pula, semasa sesi tu cikgu-cikgu ni kecoh pasal tekanan darah masing-masing dan juga tahap glukos.

Seorang kawan saya gelakkan saya, sebabnya pada masa saya menghulurkan jari untuk diambil sampel darah tu, saya pejam mata sambil pusing ke arah lain. Katanya, orang dah anak dua pun takut periksa ni. Sebaik dapat keputusan, seorang rakan pula tiba-tiba pengsan. Tak sempat saya nak bagitahu yang keputusan ujian tadi saya cuma 5.4. Berkalut pula angkut kawan yang pengsan tu ke bilik rawatan yang terdekat. 

Melihatkan kawan ni dalam kesakitan yang amat, ditambah pula dia memang ada masalah kesihatan, terus ada cadangan supaya dia terus dihantar ke wad kecemasan. Kereta saya pulak tu yang dipilih menghantar pesakit ni. Mujur juga jarak sekolah kami ke hospital tak jauh. Minyak dah nak habis sebenarnya. Saya lupa nak isi minyak semalam. Pagi ni pula kalut sebab jarang-jarang bekerja pagi, saya biar je berkelip-kelip meter minyak tu. Kira berani betul tadi, bawa orang sakit dengan kereta yang minyak nak habis. 

Apa pun, lega tadi kerana sempat sampai ke KPJ Shah Alam dengan selamat. Mujur kawan yang menemani jenis orang yangmahir jalan. Cepat je sampai ke sana.  


Kebetulan hari ni ialah hari jadi sahabat baik saya, rakan meja sebelah, iaitu ZILLA, jadi saya nak ucapkan selamat hari lahir buat Zilla...Semoga dimurahkan rezeki harta dan rezeki anak. Semoga semakin cemerlang dan semoga sihat sokmo ye...

Comments

  1. Bila dah kalut, semua jadi tak menentukan AN.. semoga kawan tu cepat sihat Di hospital tu.. serta selamat hari lahir buat zilla..

    ReplyDelete
  2. Huhu.. bahaya tul.. Moganya cepat sembuh ^^

    ReplyDelete
  3. aamiin..semoga semuanya baik2 saja

    ReplyDelete
  4. mujur gak buatnya kereta tu x hbis minyak msa pjlanan tu..
    alhamdulillah..selamat smpai..problem kat sana xde hosp gov kan..klo ada pon jauh..shah alam..pling dekat klang kan? sbb lya pnh sakit dulu.. hntar ke hosp swasta apa ntah kat shah alam..dh lupa nama..pastu bru ke klang.. kwn mcm mana? dh OK ke?

    happy birthday buat cikgu zilla.
    moga pnjg umur n murah rezeki..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kawasan USJ dan Shah Alam ni tak ada hospital kerajaan yg dekat. Kalau siap hosp Shah Alam nanti baru la dekat sikit...kawan akak ni ada darah beku dlm otak, hari ni dirujuk ke hukm katanya. Sakit macam semalam dah ok katanya.. harapnya lepas diperiksa pun oklah keputusannya..
      Itulah, mujur sempat sampai juga ke seksyen 20 tu, mulanya ke hosp Salam, tapi direject katanya kes otak diorang tak ada pakar... macam2..

      Delete
  5. moga semua urusan di permudahkan

    ReplyDelete
  6. Bab minyak tu ngeri je LM dengar. Bila kecemasan kita nak sampai cepat. Hati resah duk pk minyak nk abis

    ReplyDelete
  7. Ingatkan kwn Aisy tu pengsan sbb nmpk darah.. rupanya masalah kesihatan.

    *dah mlm baru sempat blogwalking.. Mokcik diserang gestrik lg... aduhh..

    ReplyDelete
  8. So kawan tu kenapa tiba2 pengsan?! Moga dia segera sembuh... buat zilla juga... selamat hari lahir... moga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki... amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kebetulan dia penat kot yg mnyebabkan tetiba jatuh pengsan...itulah , kita doakan sama2

      Delete
  9. apa khabar kawan yang pengsan tu?
    selamat hari lahir buat zilla :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ada di wad ukm lagi... kena pantau lagi tu..

      Delete
  10. Hehe....jangan disangka mak 2 anak ke 3 anak ke malah 6 anak ke berani kena ambik darah hehe....
    Mesti comel jer muka tukan.... siap kejam kejam mata sambil tengok tepi ala ala tengok cicak. OKje rajin gak biarkan minyak sampai ke E AN....kadang tu nak pusing ke Petrostation tu maleh betul huhu....
    Moga Cikgu yang pengsan tu dah sembuhlah yeh....

    Happy Bezday buat Zilla jugak moga makbul doa kawan semeja awak tu Zilla

    ReplyDelete
  11. Kesian pulak dgn cikgu tu Aisy.
    Sabtu lepas anak kakak pun sekolah ganti tapi mereka buat makan-makan sempena raya. Cikgu yg belanja. Bebudak bawa kuih-kuih sikit..

    ReplyDelete
  12. salam kak..singgah sini..

    mcm serius jgk kalo drh beku dlm otak..
    hrp baik2 je lps ni

    ReplyDelete
  13. uih panik tu aisy bawak kete bawak org sakit plak tu dgn lampu minyak kelip2 heheeheh...alhamdulillah Allah permudahkan urusan...selamat sampai utk rawatan kan....

    alaaa jgn kate aisy, lieya pun kalo kene cocok mau panik.... dasar penakot jarum kan heheheehe...

    ReplyDelete
  14. memang berani, kalau habis jugak minyak kat tengah jalan tu, call ambulans la gayanya. eh saya pun tiap kali cucuk jari ambik darah saya toleh ke tempat lain, seriau eh nak belek tengok.

    ReplyDelete
  15. Harapnya kawan AN tu cepat2 sihat...
    Saya yg baca pun suspen... AN mmg berani lah... Minyak kereta blink2 tu tolak tepi dulu, yg penting kawan kita dapat rawatan secepat mungkin, kan?
    Btw, aerobikton pun ape dia? Mcm2 aktiviti kat sekolah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. aerobikton ni program kutip dana + ada sesi aerobik ... yg ada budak bawa kad kutip derma. Cikgu pun sama hari tu.. kawan tu masih lagi dirawat di hukm.

      Delete
  16. adat bersahabat begitu la,susah dan senang bersama2..moga kawan aisy tu dah sihat ye

    ReplyDelete
  17. Oh, kawan tadi tu bukannya pengsan sebab takut tengok darah tapi memang ada masalah kesihatan ya! Takutnya bila dengar darah beku dalam otak ke apa ni. Sekarang ni macam-macam penyakit boleh timbul, tak terduga dek akal kadang-kadang. Alah, AN, takut gak eh ambil darah. Nasib baik cucuk kat jari je. Kalau cucuk kat lengan, lepas tu disedutnya satu picagari penuh, entah macamanalah yek :)

    Saya pun takut hospital tapi bab ambil darah ni okey lagi. Jangan jadi kawan saya. Nampak muka memang brutal. Minah berani gila dalam apa jua tapi bila kena ambil darah nak cucuk jari, terus pitam. Adui, nak gelakkan rasa kesian pulak!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts