Demi balik beraya di kampung kita

Kami bertolak balik pada jam 10 pagi tadi. Sampainya di rumah kat sini pada jam 11.30 malam. Kiralah sendiri berapa lama tempohnya. Rasanya bahagian yang sesak jalan tadi adalah bila nak merentas Machang dan Kuala Krai je. Lepas ambil jalan ke Lojing-Simpang Pulai, dah tak ada sesak mana pun. Berhenti sebab orang tu orang ni nak ke tandas tak payah cakap le, 6 kali rasanya. Eh, ke lebih?

Saja-saja naik ke Tringkap nak beli strawberi dan sayur pun bukan penyebab perjalanan kali ni jadi lama. Apa-apa pun, demi balik kampung beraya tak apalah, semuanya ok je. Alhamdulillah selamat sampai sini semula..

Perjalanan yang jauh tak terasa bosan dengan gelagat kedua anakanda ni. Macam-macam akal deme ni. Kalau nak dirakam memang tak larat nak gelakkan gelagat diorang ni. Apapun, pengalaman membesarkan korang ni pasti akan mama kenang selalu....

Terasa makin tua ya.. moga panjang umo dan sihat selalu. Tetiba lak bagi ucapan untuk diri sendiri.. hihi..

Comments

  1. Umur mmg meningkat setiap kali anak2 membesar hihi, slmt blk kg aisy ;)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah selamat balk kmpg Dan kembali.jalan jam perkara biasa LA musim raya ni

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah selamat sampai..tak puas cuti kan!

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah selamat pergi dan balik dengan selamat. Bunyi macam tak berapa seronok je beraya kali ni. Sedih tak hilang lagi ya kena beraya di rumah mentua dulu. Hehehe...

    Nasib baik perjalanan pulang beraya dan balik semula ke KL kami berjalan lancar dan macam biasa je. Yalah, orang sibuk balik kampung, kita meronda di KL lagi. Orang sibuk beraya di kampung halaman, kita dah balik ke KL semula :(

    ReplyDelete
  5. selamat hari akak.
    sya doakan smga akak dikurniakan kesihatan yg baik, dimpanjangkan umo dan sentiasa dimurhakan rezeki.aamiin :)

    eh..eh.sempat lagi naik beli stobeli erk..!

    ReplyDelete
  6. Anak sedara yg beraya di KB pun sampai Muo separuh hari AN. Biasalah time time perayaan ni. Hehe...budak budak ada aje ragamnya yg buat mak ayah tak jemu melayan kan AN.... gitulah.....
    Eh? tak jammed ke kat Tringkap tu....sampai sanggup cecah kaki CH hehe

    ReplyDelete
  7. bestnyer dpt rasai pgalaman lama2 dlm kete balik kampung

    ReplyDelete
  8. I rindu sangat dengan perjalanan balik kampung, dulu ngan tok laki hampir setiap bulan la merayap kat highway.

    ReplyDelete
  9. kwn akak smpai 21jam terperangkap dlm jem blk beraya kat kelate ritewww AN....bestnya nengk ank AN minum air tu!

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah selamat sampai.. balik kampung bkn selalu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1