Menghadiri kenduri 3 dalam 1

Sabtu lepas kami menghadiri kenduri, tiga orang sepupu Papa N berkahwin dalam tempoh setahun ni dan ibu bapa diorang mengadakan satu majlis resepsi pada Sabtu malam tu.

Mak pak diberikan kain untuk buat baju kenduri. Tema warna hijau lembut, jadi anak-anak bolehla pakai baju raya hari tu. Jimat kat situ. Walaupun lain warna hijaunya, tapi kira bolehla, kan? Mama dan papa cuma bayar upah jahit baju je.


Sejak tengah hari kami berkampung di rumah Uncle Chu, meriah bila ada ramai-ramai. Si kecil tak minta nak menetek sangat.. dah Naim pulak seronok main macam-macam dengan saudara mara yang ada. Dah siap berbaju pun masih lagi main macam-macam diorang ni.



Sampai je kat tempat kenduri tu, budak-budak satu geng duduk di satu meja. Makanan belum dihidang lagi tapi diorang duduk elok-elok, buka doorgift dan sedang elok jumpa telur puyuh, diorang riuh makan telur puyuh ni. Naizf terutamanya, rasanya malam tu Nazif makan sampai 6 biji telur puyuh. Air sirap tu dua tiga gelas diorang minum. 

Pengantin datang lewat sebenarnya. Bila kenduri tiga dalam satu ni, banyak pulak risikonya. Dah lama menunggu tapi pengantin tak juga sampai. Rupanya baju pengantin perempuan yang kedua lewat sampai, jadi kenalah tunggu lewat sikit. Pengerusi majlis lepas tu buat pengumuman suruh makan dulu sambil menunggu pengantin tiba. 



Bab makan nasi pula, saya terkejut betul bila Naim makan nasi banyak sangat. Tiga pinggan habis dimakan oleh Naim. Dengan ada sepupu-sepupunya, makan pula berebut-rebut sampai kecoh jadinya, agaknya Naim rasa makin bersemangat nak makan. Takkan mama nak kena beranak ramai untuk buat Naim suka makan kot? Aaa tidak!!!

Gambar mama pakai baju princess cut? Haha.. tak ada ya, tak ada orang nak ambil gamba saya. Bukan lawa mana pun. Gambar pengantin pulak? Juga tak ada. Tak sempat nak bergambar, sebab bila dah ada peluang nak bergambar kami dah nak balik pula. Apa pun selesai satu hal ya. Saya tengok muka mak pengantin lelaki nampak letih sangat, agaknya nak menguruskan majlis macam ni pasti pelbagai perkara yang kena difikirkan..

Comments

  1. Naziff sama macam acik la AN..kalau jumpa telur puyuh tak sedo dah banyak makan he he..suka sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. itu siap ambil telur dlm doorgift orang lain lagi. 1 paperbag ada 3 biji je..

      Delete
  2. meriah gitu majlis kawin ni!tp akak nak nengok pic AN...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kena lain kali lah ya kak. Mmg saya tak bergambar pu malam tu.

      Delete
  3. budak-budak memang macam tu
    kalau ramai-ramai meriah diorang makan,
    kalau dia sorang je, kita nak suap pun payah
    ni pengalaman dengan anak buah, hehe :)

    ReplyDelete
  4. ala mana pic aisy..letak la akak nak tengok,mesti ada satu terselit tu..

    naim semangat makan sebab ramai2 dgn sepupu dia tu..hmm kena tambah adik la utk naim

    ReplyDelete
  5. Adui, statement! Kalau betul pun beranak ramai, apa salahnya. Kata muda belia remaja lagi mama si NaimNazif ni :) Boleh, boleh...lagi 2,3 dan 4 pun boleh lagi nih....

    Bagus pulak budak-budak ni duduk semeja ramai-ramai tak buat hal. Saya ingatkan mesti mereka kalut dan tak tentu arah lari sana-sini. Senang macam ni. Memang kena fikirlah usul sendiri ni, AN. Manalah tahu kalau dapat anak-anak duduk semeja tanpa makpaknya, dunia kita lagi aman. Eh, awaklah bukan saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo nehi.. blm lagi nak beranak lagi. Dua ni pun kelam kabut, kalau ditambah lagi dlm masa terdekat entahla.. pening saya..

      Mula2 mmg bagus, lepas tu ada juga diorang lari sana sini.. tapi malam ti diorang ni agak terkawallah. Buat hal sendiri kebanyakannya.. tak kacau tetamu lain.

      Delete
  6. memang pun..budak2 kalau time ramai memang makan banyak.cer kalau makan dengan kita je kat rumah.jenuh ceramah..heheh

    ReplyDelete
  7. Dasyattt.... siap ada yg sponsor kain ye. Klu setiap org yg buat majlis kawin buat mcm tu... sure ai rajin pegi majlis kawin... hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. rezeki sam.. orang bagi kita ambik jelah kan.

      Delete
  8. mana gambarnya?kata dress 3 tingkat?gambar plss..

    ReplyDelete
  9. Asya pom suka mkn telur puyuh. Biasaklo beli tu.. mmg kna sorokkan. Kalo x dan2 time tu dia perabiskan.. hehe


    Kira besar la majlis ni sbb diraikan serentak.. msti ramai jmputan.. hehe..

    Akak selfie la kak.. heheh

    ReplyDelete
  10. Wah bagus naim... biasanya budak2 akan jadi lebih seronok mkn dgn kawan2 lain... feel dia lain skit... meriah!!

    ReplyDelete
  11. Namanya pun kenduri AN manalah tak penat ....esok esok gitulah nak mengahwinkan 2 hero tu hehe...
    Napelah tak ambik gambo....nak tengok le queen Papa N berprincess cutkan... sure lawo. Tu yg cepat je Papa N ajak balik tu hehe.....
    Yelah..... okje rasa queen of Papa N kena beranak ramai bagilah biar abg long Naim selera makan bila ada adik ramai hehe...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1