Menikmati pagi Ahad dengan biskut raya


Bukan biskut raya lebihan untuk raya tau.. ini biskut raya yang ditempah selepas raya. Dapatnya pada hari Khamis. Sebenarnya Kak Ja dan Kak Bi saya yang menempah biskut ni sebab kata diorang biskut ni sedap sangat. Akak saya ni kan? Padahal tahun lepas pun saya ada beli juga biskut hasil tangan kawan sekolah, Kak Nurul ni. Diorang tak perasan pun. Tahun ni diorang minta saya tempah lagi 3 botol, jadi saya pun tumpang sekali jadikan 4 semuanya.

Saya dengan Nazif je yang makan ni. Tapi dah hampir separuh botol tak ada isinya.. hihi. Tak sedar masa telan tu. Nazif ni lagilah, habis satu dia mintak lagi. Lepas tu lagi dimintaknya. 

Bercakap pasal tauke rempah hitam dan biskut ni, saya sebenarnya kagum dengan Kak Nurul, kawan sekolah ni. Akak ni, katanya masa anak kecil dia memang tak memasak. Sama ada suaminya belikan yang dah siap atau makan di kedai, itulah cara dia makan seisi keluarga. Masak di rumah boleh dikira, memang jarang sangat. Tapi, bila anak-anak dah makin membesar, masuk sekolah, akak ni mula masak. Walaupun kebanyakan makanan yang akak ni belajar memasak ialah makanan kegemaran anak-anaknya, tapi semuanya sedap-sedap. 

Oklah, nak pergi sorokkan biskut ni. Si Adik ni kalau dah bosan nanti dia pecah-pecahkan biskut sedap ni..rugi tu

Comments

  1. sedapnya kunyah biskut raya yea :)

    ReplyDelete
  2. Semasa membaca n3 ni bunda pun sedang mengunyah...mengunyah rempeyek baki raya...hehe...:)

    ReplyDelete
  3. Cer cite biskut apa yg sedap sangat tu sampai nak menyorokkan ni.....Gitulah ...jgn sangka org yg tak memasak dahulu akan terus tak memasak sampai bila bila......sekali mau memasak .....terus hasilnya mabeles.



    ReplyDelete
  4. nampak gambar pun mcm sedap... mcm crunchy jer....
    Saya ada lagi tiga keping tart nenas... sayang pula nak makan takut habis... hihihi, boleh pulak gitu...

    ReplyDelete
  5. nak last2 syawal ni baru nak merasa sekut ya AN!hehe...

    ReplyDelete
  6. lepas raya pun masih menempah biskut..meti sedap sangat..

    ReplyDelete
  7. nampak macam sedap tu...biskut raya kat rumah akak pun dah habis dibedal anak2 dan en.azmi,semuanya suka makan kuih raya

    ReplyDelete
  8. Cornflakes ke apa tu? Saya memang mengunyah je kuih raya sekarang ni tapi takdalah biskut raya moden-moden. Dah namanya tak beli. Rempeyek kacang tanah hampir separuh saya yang kerjakan. Sambil tengok dan geramkan si Hee Soo sambil makan. Last-last tak sedar dah habis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan conflakes spenuhnya..ada sikit..ada chocolate chip dan ceri..

      Delete
  9. Memasak ni.. walau x pndai xpe.. asal ada minat.. mmg jd sedap.. lg2 msk pnuh ikhlas n ksh syg ..

    ReplyDelete
  10. Haii.. biskut apa ayang sedap sampai nak kena sorok ni Aisy?? Saya tgh kontrol diri ni, lps bersalin badan macam tak kempis² lagi je...

    ReplyDelete
  11. sedapnya nampak biskut ni... biskut apa ni? kalau makan kuih raya mmg tak perasan, boleh tinggal botol je... hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts