Dah abis lalok

Assalamualaikum semua.

Dah abis lalok mula rasa bosan duduk kat rumah. Sebenarnya saya tak berapa sihat hari ni, pagi tadi dah ke klinik dan diberikan cuti sakit. Balik tu saya makan ubat sambil tengok tv, tapi penangan ubatnya saya tertidur hampir tiga jam. Rasa macam dengar je kisah drama Angle Eyes tu tapi tak larat nak buka mata. Ini gaya mesti antibiotik ni saya takkan abiskan lagi. Hihi. Patutnya kena habis ya. Takpe kita cuba lagi malam ni dan esok pagi, kalau kesan laloknya macam ni juga cukupla ya.. tak jadi kerja macam ni.

Nak cepat baik kena berpeluh badan kan? Saya nak pergi kemas bilik bawahla... sabtu ahad ni kot ada rezeki boleh pergi open house dengan senang hati takla risau rumah selerak lagi. Petang sikit baru saya pergi ambil dua anakanda tu. Diorang pasti teruja kalau sekali sekala mamanya yang jemput dari sekolah. Bab dapat jemput dan hantar anak ke sekolah ni memang seronok kan? Boleh tengok muka teruja diorang bila diambil tu... jadi meh cepat kemas dan boleh pergi ambil kedua-dua Ahmad balik ke rumah...Ok semua..

Xoxo...

Comments

  1. rasa nk selesema plk ni..huh minta jauhlah..

    ReplyDelete
  2. dah ambik diaorang tu singgah pulak restoran pi makan2 ..lagi diaorang suka..hahahah

    ReplyDelete
  3. moga cepat sembuh..
    mmg kena bersenam sikit..:)
    sebab senaman akan release hormon endorphin..hormon ni ialah happy hormone/anti stress hormone

    ReplyDelete
  4. ooh demam yea..moga baik2 saja

    ReplyDelete
  5. Syafakillah AN... Moga segera sembuh... jaga diri baik2 tau... :D

    ReplyDelete
  6. Moga AN cepat baik... Eh, orang sakit kena rehat... tapi rajin pula nak mengemas rumah... mcm mana tu?
    Danish pun selalu pancing saya supaya jemput dia kat sekolah... Selalu cakap abah dah jemput dia byk kali, tapi saya sikit jer.... Bukan main pandai lagi nak psiko ummi dia... Tapi saya suka bonding time dgn anak masa jalan dari sekolah hingga ke rumah... mcm2 cerita boleh dengar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ok ptg semalam tu. Tu yg buat keje.. lagipun bosan kalau asyik baring je...haha.. naim pun, kalau ssya pergi ambik je dia beberapa hari lepas tu boleh dgr la dia minta saya ambil lagi. Suka dia..

      Delete
  7. erk..antibiotik..haha..IbuNoey pun memang susah nak habiskan antibiotik walaupun kena habiskan.sudahnya,penyakit datang berulang-ulang..hehe..

    ReplyDelete
  8. Kalau dapat ambil anak lepas tu bawa jalan-jalan dan makan-makan, mesti lagi meriah. Sakit pun tak terasa. Janji anak-anak depan mata.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1