Ugut dengan Rindu Awak 200%

Ramai rupanya yang mengikuti dan meminati drama Rindu Awak 200% . Termasuklah budak-budak remaja yang saya ajar ni. Siap boleh merayu dengan cikgu untuk balik pada masanya kerana tak nak terlepas menonton drama ni.

Padahal, bukan saya nak tahan diorang balik sebenarnya pun. Tak kose ambe. Lagi-lagi ambe ni antara cikgu yang memang cabut awal dari sekolah. Bila bebudak ni bising sangat masa saya mengajar tu, saya mula pakai speaker. Mulanya nak kuatkan suara supaya diorang akan bagi lebih tumpuan. Maklumlah waktu akhir, budak-budak dah hilang tumpuan sebenarnya. Tapi, semalam, cikgu pakai speaker pun, suara diorang lagi kuat. Amboi-amboi, tak boleh jadi ni!.

Mulalah rasa berasap kepala saya ni. Dah lebih macam pasar malam ni. Sambil saya terfikir apa nak buat untuk ambil perhatian diorang, tiba-tiba saya sebutkan pasal balik lambat sekiranya terus bising. Tau apa yang berlaku? Budak Melayu, mula menjerit, " tak nak cikgu, cepat teruskan ajar, kami tak nak miss cerita Rindu Awak 200%".

Apa lagi, saya pun senyumlah. Yang tadi elok berdiri, saya mula duduk kat kerusi. Kononnya nak mogok. Murid kaum lain pun mula beransur diam juga, berkat ditegur oleh kawan-kawan yang Melayu ni dan mungkin juga sebahagiannya perasan yang cikgu mula mogok. Nampak saya duduk tu, diorang mula berjanji nak diam dan minta saya sambung ajar semula. Cikgunya pun, apa lagi, mulalah gunakan ayat takkan sambung mengajar kalau diorang tak senyap.

Nampak tu, kesan positif bila murid suka tengok drama Melayu? Haha.. bolehla saya sambung mengajar petang semalam dengan suasana sedikit tenang. Tapi, bukan budak perempuan je yang minat rupanya, yang lelaki pun sama. Jadi, tak hairanlah Papa N pun selalu menanti drama ni.. tak kisahla, asalkan tenang sikit suasana, bolehlah kan? minggu depan saya
boleh lagi gunakan ayat ni agaknya..



Comments

  1. Pandai cikgu dia ye? Mujur cikgu dia tau tajuk drama tu. kalau x.. Susah nak ugut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah.. itulah, mujur juga tahu walaupun pernah kadang2 je tengoknya..

      Delete
  2. skrg rasa x lart dah nk ikut drama bersiri ni..
    tmbah plk time ni nk masak, mandi anak semualah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada anak kecil mcm kita ni kan mmg payahla kan..

      Delete
  3. Cikgu, kalau dengan anak murid ni jangan guna drama Melayu ya! Dia memang tak hairan pun. Kalau cikgu nak ugut saya, gunalah drama Korea. Meh saya senaraikan drama Korea yang telah menarik-narik minat saya untuk tidak berkemas rumah sekarang - Temptation dan Angel's Eyes. Nasib baik The Women's Room dan habis pun semalam. Selamat time table pukul 10 malam saya, ada kekosongan buat masa nih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kan, mujur Kyung Chae dah abis kisahnya, saya boleh la lapangkan masa malam saya. Yang Angle's Eyes macam best juga kan, saya baru tgk tadi ulangannya. Harapnya cerita baru Hanna tu tak best ya, makin menjelang hujung tahun ni sebenarny makin sibuk..

      haha... cerita Korea mana ada pukul 7 petang MD.. takleh nak ugut murid yang macam MD lah.. Takkan kena buat kelas malam pulak, hihi kang tak pasal glamer saya pula...

      Delete
  4. Itu dia nak tahu kreatif tak kreatifnya cikgu mereka. Jadi cikgu ni banyak hal nak kena tahu tackle cara nak mengajar kan Aisy. Mana boleh lawan anak murid dgn cikgu punya idea. Baru kena gertak dah senyap semua...

    Kakak tak mengikuti pun drama tu Aisy sebab waktunya waktu maghrib bagi daerah JB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. saya pun tgk gitu2 je. Masa masak tu saya pasang tv. Lepas siap, mmg tak tengok dh tv.. tapi bila budak2 sebut tu, terus saya dpt idea nk ugut diorang sb tahu time dia pukul 7 ptg

      Delete
  5. punye la penangan cite tu kan aisy...tapi best ke...lieya tak tgk plak...aritu layan yg ktar jek....kalo best nanti nak layan laa online heheeheh bukannye ape tgk pelakon mcm sendu2 jek tu yg tak layan cite tu .....nampak nye ramai kate best ni leh le mule tgk haahahaah marathon le layan online...tapi syok gak sbb tade iklan2 ni hehehehe

    kelako plak bace aisy mogok...haaa jgn memain, cikgu pun pandai mogok kan...ugut secara halus gituuuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. ramai yg kata best.. budak lelaki pun suka tengok..

      Bab budak2 ni, kadang2 saja diorang nak perhatian sbnarnya. Ada masa mmg kena guna cara macam ni nak tackle diorang

      Delete
  6. ira pun tgk tp ada jgk la yg tertinggal. husband ira pun suka tgk citer ni.. hihi..

    ReplyDelete
  7. haishh kemain ramai suka citer ni..sy memula xlyn jgk kak..akhir2 ni je bru lyn..nmpk sedap laa pulak..hihi

    ReplyDelete
  8. pening juga jadi cikgu ni ye..nak layan kerenah yg mcm2..kita pandai diorg lagi pandai..
    bab bising tu..yg sakit..sabar ye cikgu

    pun tak sempat nak tgok..mmg tak berkesempatan langsunglah..

    ReplyDelete
  9. sekarang ni akak jarang dpt tengok drama. orang kat rumah ni taksub dgn citer korea..hehe

    ReplyDelete
  10. Hehe.. kemain lg ank2 murid akak.. smua pminat drama ni.. lya xpnh tk cite ni.. mmg best ke?

    ReplyDelete
  11. hehe..pandai cikgu..Teringat saya dulu nak tengok cerita cina yg pukul 7 tu kan masa remaja.masa tu br 15 tahun.kan dulu ada cerita cina dn pukul 8.00pm ada kelas tambahan..tiap2 hari kena marah kat mak..setakat ni budak2 saya tak de plak cakap yg diorang minat.kalau dulu masa KTAR ramai tanya cikgu tengok tak cerita ni?siap cakap yg muka wati mcm muka budak kelas dia.kesian budak tu.

    ReplyDelete
  12. bijak..bijak..cikgu dia!!!bukan budak je suka citer ni AN tp wargamas cam akak pun suke sesangat...!!!hiiii..

    ReplyDelete
  13. wah..ramai peminat drama ni ye..

    ReplyDelete
  14. Dua minggu lepas baru khatam cerita Kerana terpaksa aku relakan... Nampaknya kena tgk cerita ni jugak... tapi kena tunggu episod habis dulu baru layan sekali harung... itu leh jenis orang tak sabar ni... hihihi

    ReplyDelete
  15. Oops, sy pn firstime tgok Zul Ariffin blakon.
    Mcm syok je tgok dia blakon.
    Ayda jebat pn cantik mcm wawa zainal kn?
    Watak hero baik sgt dlm novel.

    Lyn kt tenet je, sbb kt umh xda TV, hukhuk..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts