Kesian Naim

Pagi-pagi lagi Naim dah benjol sikit di dahi dia.. Ni sebab masa kami bersahur tadi, tiba-tiba terdengar bunyi kuat dari tingkat atas. Dah agak ni ada kena mengena dengan Naim. Cepat-cepat saya terhegeh-hegeh panjat tangga ke tingkat atas. Apa lah ayat tu.. Faham-faham la pergerakan orang yang lagi tiga hari nak sampai tarikh bersalin ni.

Agaknya sebab tengah nyenyak tidur, kedengaran Naim mula menangis bila saya dah nak masuk bilik. Matanya masih tutup, tapi mulut dia merengek sakit. Alahai, sian anak mama sorang ni.. Sorry ye sayang, hari ni lupa nak letak bantal kat tepi Naim. Naim ni kadang-kadang memang lasak tidurnya. Tapi sejak dah besar ni tak pernah dia jatuh katil. Masa mula belajar merangkak dan berjalan dulu pernahlah dua tiga kali dia jatuh katil. Tu sebab tengah nak meneroka kira biasalah, ramai bayi lain yang gitu. Entah kenapa tadi. Nak kata aircond sejuk sangat yang menyebabkan dia bergerak nak cari orang, nak himpit, taklah juga. Macam biasa je. Kebetulan dengan mamanya lupa nak letak bantal di tepi dia kot. Lain kali kena beringat..Mujur dia tak nangis lama, lepas tu elok je Naim tidur semula. Cuma bila tengok ada sikit kesan kat dahi.. Gosok-gosok sikit dia terus diam dan tidur...


Lepas tu sempat lagi habiskan bihun goreng dengan kerepok yang dimasak untuk sahur. Malas nak makan nasi, jadi masak bihun goreng je, tambah kerepok terasa sedap.. Alhamdulillah Naim tak ada apa-apa, kalau tak tentu tak habis makan tadi..

Comments

  1. mujur takde pape kan,anak akak ni pun dah bape kali terjun katil risau juga dibuatnya kan

    ReplyDelete
  2. alahai kesian naim..

    dah nak due ke?.. semoga dipermudahkan..

    ReplyDelete
  3. samalah.. alisha ketika kecik2 dulu pun ada jugak jatuh katil.. 1st time jatuh, rs nak tercabut jantung sbb alisha nangis kuat sgt... jd risau..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts