Reaksi abang kecil mendapat adik

Kali ni saya nak ceritakan pengalaman menemukan Naim dengan adiknya buat kali pertama. Naim mula jumpa dengan adiknya pada petang hari ketiga. Naim kelihatan malu-malu pada waktu tu. Kami cuba mengajar dia menerima kehadiran adiknya..kami panggil dia datang dekat dengan adik kemudian suruh dia tengok adik..kemudian kami perkenalkan Nazif sebagai adik dan minta Naim cium adiknya.

Kali pertama dan kedua Naim tak nak, tapi selepas itu Naim mula nak mencium adiknya.. Melihat Naim menjadi abang pada usia dua tahun lebih ni buat saya terharu. Rasanya Naim kecil lagi. Dia macam biasa dengan sikap murah hatinya, cuba nak kongsi macam-macam dengan Nazif. Diambilnya telefon papa dan mamanya, berkali-kali ingin tunjukkan video Upin Ipin, 1 Malaysia dan lain-lain video kegemarannya di youtube kepada adiknya.. Akibatnya adik yang sedang tidur tentulah terjaga.

Jadi, kami melaranglah Naim daripada menayangkan video tersebut..Naim mengamuk, marahkan papanya bila dia ditegur. Siap dia pukul lagi papanya sebab larang dia. Terpaksa kami jelaskan kepada dia, adik ni kecil lagi, adik tak tahu 1 Malaysia, tak tahu Upin Ipin lagi..tapi, Naim tetap meronta-ronta nak juga berkongsi dengan adiknya.

Naim juga mungkin merasa terpinggir mamanya banyak meluangkan masa dengan adik. Pada malam tersebut, Naim berkeras nak tidur dengan saya dan adik terpaksa diletakkan di tempat lain sehingga Naim betul-betul lena. Harapnya selepas beberapa minggu Naim akan mula menerima kehadiran adik dengan baik. Sehingga sekarang, memang saya risau nak membiarkan Naim main di dalam bilik adiknya..takut diapa apakan Nazif.

Comments

  1. penyanyang...dah nak share tgk dgn adiknya. takpelah, kena kawal sikit sebab dia blm fhm lg. tp bila dia nak berkongsi dgn adiknya tanda dia sayang dan blh terima. dulu anak first beradik umur setahun 11 bulan

    ReplyDelete
  2. anak akak si adam tu pun sama,mula2 x dpt nak terima adik,tp skrg dah ok sikit,cumanya dia tak bole sgt nak share mainan dgn adik,sampai skrg kalu dukung adik,dia pun nak didukung adoi penat akak dibuatnya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo adam mcm tu..mcm2 prangai anak2 kita ye..kalau nk berkongsi sgt mcm naim pun pyh juga...apapun kita doakan diorg ni jg anak yg baik n mesra dgn adik bdik bila besar ye..

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?