Bila masa sesuai nak kuruskan badan selepas bersalin?

Semua ibu yang melalui fasa bersalin tentu nak cepat-cepat kurus, kan? Angkat tangan siapa tak nak? Setahu saya, tak ramai yang macam Aisywarya Rai yang daripada badan model tak kisah gemuk selepas beranak. Kebanyakan kita ni tak kisah kalau membesar sikit, tapi kalau badan macam masih mengandung lagi tu tentu ramai yang dah mula risau, kan?

Semasa hari kelima saya ada timbang berat, aritu berat 50kg, turun 6kg lebih daripada sebelum bersalin. Alhamdulillah, walaupun ni bukan berat yang dikehendaki, rasanya saya boleh perlahan-lahan turunkan berat selepas ini. Lagipun anak menyusu, kalau mamanya terlalu jaga makan, nati tak cukup susu badan lak kan? Bukannya saya makan banyak pun dalam pantang ni.

Jadi, saya merancang nak tunggu badan lebih sihat sikit iaitu selepas habis pantang baru nak diet untuk turunkan berat badan seperti dulu, 45kg... Cubalah kalau dapat. Masa melahirkan Naim dapat turun hingga 45kg je, walaupun berat lama 41-43kg sahaja. Itu dah biasakan? Ramai yang cakap memang berat akan naik sikit selepas setiap kali bersalin..maklumlah dua kali bersalin secara pembedahan, tak boleh berbengkung awal sangat, lemak-lemak di perut ni manjalah kat situ...ai...ape nak buat lagi, pelan pelan lah ye turunkan berat ni..

Comments

  1. hehehe raya nnt susa la nak kawal makan :P

    ReplyDelete
  2. terbaiklah post ni... saya suka membacanya dan ia berguna kepada si pembaca..teruskan usaha anda ^.^

    Kuruskan Badan Sambil Makan McD

    ReplyDelete
  3. Bila start berbengkung? Share la tips. Saya tgh google cara nak kurus lepas bersalin =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. MA, boleh start awal.. Bli bengkung moden.. Seawal dlm pantang dh blh start

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?