Alahai...adoi

Tak elokkan mengeluh di pagi hari macam ni? nanti rezeki lari kan? Sebenarnya bukan saya nak mengeluh betul pun.. Perasaan bercampur sebenarnya pagi ni. Mulanya memanglah terasa sedikit keciwa sebab masih lagi sihat pagi ni, maknanya masih lagi kena pergi ke sekolah hari ni. Selain tu, syukur pun ada sebab ada kesempatan lagi nak berpuasa di hari ke 12 ni..

Apa yang buat saya terasa ralat nak pergi ke sekolah hari ni, sebenarnya sebab semalam di ketiga-tiga kelas yang diajar saya memang naik angin. Budak-budak ni, sejak sistem PBS ni macam dah kurang motivasi. Tu yang buat saya geram tu. Ada kalanya apa yang diajar diorang ambil mudah je, sebab tahu dalam PBS diorang akan diberi peluang buat sesuatu tugasan beberapa kali. Ai, bab ni nak cakap banyak pun tak boleh, saya ni bukan sesiapa. (Tapi geram betullah, menyusahkan orang je).

Kelas pertama, sementara saya panggil budak-budak yang ada kesalahan buat pembetulan kali pertama, saya bagi kerja untuk murid lain. Sebelum tu, saya dah ambil 20 minit ajar dan adakan sesi perbincangan. Bila ditanya kat mana tak faham tak ada seorang murid pun yang angkat tangan, jadi saya suruhla buat kerja sambil saya kendalikan PBS. Tau tak apa yang buat saya geramnya, selepas 20 minit kemudian, saya ronda, berapa kerat je makhluk Allah yang buat kerja betul-betul. Apa lagi, mulalah saya berceramah. Barulah ramai yang nak terhegeh-hegeh capai pen.

Kelas kedua lak, lagi kelam kabut sebab yang ni  kelas hujung. Memang dah tabiat diorang tak berapa minat belajar dan suka main-main. Dua masa di kelas diorang memang saya kena jerit-jerit, kalau tak suara diorang yang lagi kuat macam tak ada cikgu pun di dalam kelas tu. Tipis lagi pahala puasa saya. Apa taknya, beberapa kali jerit bagi amaran minta budak nakal tukar sekolah kalau tak minat belajar lagi..( hehe, ade ke patut cikgu ni).

Kelas terakhir lak, saya dah habis daya nak marah. Bila ditegur beberapa kali, sekumpulan murid yang tak puasa ni masih  tak reti juga nak diam dan memang mengacau aje, sedangkan kerja yang dibuat pun cincai-cincai je. Bila dah terasa macam tu, apa yang saya buat, 20 minit terakhir saya diam je, tak bercakap langsung... Dalam hati saya berharap sangat semoga esok saya tak payah datang sekolah lagi, dah masuk hospital, tak payah lagi nak kena tengok muka budak budak nakal ni...

Nampaknya perjuangan masih belum selesai. Selagi belum sampai masanya kenalah saya teruskan. Saya tak boleh mudah menyerah dengan kenakalan anak-anak ni. Tugas saya sebagai guru yang lebih matanglah yang sepatutnya mendidik diorang ni. Mungkin hari ni ialah hari yang lebih baik untuk saya. Cabaran yang susah inilah yang mematangkan saya...Amin..

Comments

  1. dugaan betoi ni.. dah la pose + prgnant kan.. sabo je la..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?