Budak-budak sekarang beraya macam 20 tahun dulu tak?


Sebenarnya tadi saya terfikir tentang sambutan raya. Saja terkenang pengalaman masa kecil dulu. Sebagai kanak-kanak, perayaan ni satu perkara besar yang ditunggu-tunggu. Banyak perkara yang kena buat. Kadang-kadang terasa penat kena tolong mengemas atau masak. Maklumlah sebagai anak kelima, kakak-kakak saya selalunya akan balik menjelang dua hari perayaan. Saya yang kecil inilah yang kena tolong mengemas. Terpaksa, sebab sebagai adik kecil, kena dengar arahan orang lebih besar, kan?

pic: google
Dulu, sebelum rumah kat kampung guna sofa, kitaorang guna kerusi jenis pakai kusyen yang kena tukar sarungnya. Korang dapat bayangkan tak? Mesti pernah duduk kat kerusi ni kan? Ha, kalau budak kecil kena tukar sarung baru yang cantik sikit pada malam raya, penat tau..... Mulalah nak buat muka masam, sebab kadang-kadang sebagai budak ada keinginan nak main-main dengan bunga api ,atau lain-lain. Kalau ada anak buah yang bantu pun diorang takkan bantu lama sebab bosan kerja ni.

Bila dah besar sikit, tugas saya kena gosok baju raya...hohoo, bukan sikit tau..kadang-kadang baju kakak-kakak dan anak-anak buah, mak dan ayah pun semuanya saya yang kena gosok. Tak ke macam mandi sungai peluhnya bila menjelang siap gosok semua baju? Sabar ajelah, demi upah duit raya..Ha, betul, kadang-kadang kakak saya ada yang bagi kerja dengan ugutan nak bagi duit raya sikit je ...Jahat betul diorang ni kan?

Lagi, tugas isi biskut raya dalam balang, saya juga kena buat. Ni kadang-kadang ada anak buah yang bantu, lega sikit.

Lagi satu yang paling mencabar ialah membungkus ketupat raya. Ketupat palas Kelantan bukan senang nak buat tau. Teknik bungkus tu kena betul baru pulutnya tak terkeluar bila masak nanti. Sebab selalu tolong mak sejak dari kecil, saya tahu buat ni dengan cantik tau..hehe, puji diri sendiri lak.
kena lilit beberapa kali baru jadi macam ni

Tu yang terfikir, budak-budak sekarang ada tak merasa buat kerja-kerja macam ni menjelang sambutan hari raya? Dah la kalau tukar sarung kusyen tu, memang tak adalah sebab sekarang dah tak ada pakai kerusi macam ni, semua sofa dah. Kalau bab gosok baju lak saya rasa mak-mak sekarang takkan suruh anak yang buat, kalau ada pun kadang-kadang je. Ramai yang mak sendiri buat. Kalau ketupat palas tu, anak-anak buah saya setakat ni tak ada sorang pun yang pernah tolong buat sebab semuanya tak tahu cara nak bungkus..Tolong makan ramailah..

Zaman dah berubah kan? Kemeriahan raya dah bertukar ikut perkembangan semasa.

Comments

  1. akak dulu pun mcm tu la, kena gantung langsir,tukar sarung kusyen,sapu sampah,seagal sawang mcm2 lg,penat tu jgn ckp la tp sbbkan semangat nk raya,buat jugak la hahaha

    ReplyDelete
  2. betul... kita dulu mcm2 disuruh buat, budak2 skrg senang sikit tak buat byk perkara..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts