siapa jaga korang masa berpantang?

Kali ni saya nampaknya kena berpantang di BSP dulu sebelum balik ke kampung. Mau taknya, kampung Kelantan bukan dekat, nak balik dalam masa terdekat mak tak bagi sebab dia takut sakit badan. Katanya elok saya rehat di sini dulu kemudian balik lepas hari ke 10. Esok dah hari kesepuluh, tapi disebabkan mak suruh balik dengan kapal terbang dengan alasan tak lama perjalanannya, tak dapatlah balik esok, sebabnya dah tak ada tiket. Pagi raya baru ada tiket. Mulanya kira ok lagi balik pagi raya, tetiba suami saya pula pujuk tunggu sehingga raya kelima sebab maknya akan balik dari Mekah pada hari raya keempat..

Nampaknya kali ini memanglah saya kena pantang  sendiri. Selama lima hari ada anak buah yang datang tolong jaga baby Nazif. Hari ni suami je yang teman. Berbeza dengan pantang anak pertama yang tak ada buat apa, kali ni kena berdikari sikitlah nampaknya. Nasi , air atau biskut yang nak dimakan saya sediakan sendiri.Kadang-kadang adalah yang tolong masak nasi untuk saya. Saya juga memandikan sendiri bayi Nazif. Masa Naim dulu, saya cuma mula mandikan Naim pada hari ke 55 kalau tak silap.

Tak apa lah, dalam pantang kita kena positif, kan? Kalau asyik rehat tak buat apa-apa pun tak elok juga. Lagipun saya cuma buat kerja-kerja ringan sebab memang takut memberikan kesan kepada luka pembedahan...mak saya yang selalu bertanya khabar dari kampung selalu berpesan supaya tahu limit , sebab diri sendiri yang akan tanggung kalau terjadi sesuatu...cuma untunglah korang yang berpantang ditemani mak sendiri, tentu banyak kelebihannya.

Comments

  1. akak masa pantang anak pertama & kedua,kakak yg jaga sbb mak dah takde,nak duduk dgn mentua segan,sbb akak ni manja sikit,risau terlebih mengarah lak..hehe,duduk dgn kakak sendiri sesuka hati je nak buat apa.
    betul tu fikir positif je,insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, akak mmg kuat semangat...Alhamdulillah semuanya ok kan..kena positif walau apa pun situasi kita..thanks

      Delete
  2. boleh! tapi kenalah cik abang turun padang membantu sama. kalau terkontang-kanting sorang2 mmg susah

    ReplyDelete
  3. Tulah, mujur jg suami tlg wlaupun tak sebaik mak jg dulu.. Hehe, dia bc ni nahasla sy...huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts