Dah mula nakal

Korang balik kerja petang macam mana? Jalan sesak teruk tak di bulan puasa ni? Tertekan tak dengan situasi ni? Dahla nak kejar masa untuk berbuka kan? Kalau korang yang lalu Persiaran Kewajipan, memang tahulah macam mana sesaknya. Dengan pembinaan LRT yang dikatakan akan siap awal tahun depan, hampir sepanjang laluan tu ditutup menjadi dua laluan je. Orang yang nak lalu pulak ramai bebenar, jadi tak payah pertikailah kesesakannya.

Jadi, alternatifnya, sejak bulan puasa ni saya mula balik ikut Jalan USJ 16, iaitu jalan yang memang sejak azali sesak juga. Tapi disebabkan tak ada traffic lights, jalan ni sedikit cepat berbanding jalan utama tu. Tapi kalau jalan ni, paling bengangnya cukup ramai orang yang suka potong barisan untuk masuk ke jalan ni dari Persiaran Tujuan.. Semua nak cepat nak mudah je.

Tapi sejak dua hari ni, saya pun dah mula bijak. hehe, ni erti kata lain dah jadi jahat. Tak lagi sopan ikut giliran, tekan minyak terhegeh-hegeh, sikit-sikit dan biar je orang lain potong barisan, mencelah masuk sesuka hati. Dah dua kali saya mula potong giliran juga. Nak masuk jalan usj 16 ni, bila ada peluang saya cepat-cepat maju ke depan dan berebut masuk. Memang cepat je kalau buat macam ni. Menjelang pukul 6 petang sudah boleh sampai ke rumah. Abis, orang lain selamba je buat macam tu kan ?

Comments

  1. hehe..dah nakal ye,akak alhamdulillah tak pernah lg jem, sbb kuar opis 4.30,jln mmg x jem lg la,sampai rumah mcm biasa je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah akak blk jln yg tak jam..tertekan jg kalau dlm situasi jam setiap hari.. Lgpun sekolah kluar 5stgh, wktu mmg ramai org balik keje, xleh bt ape..

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Ina: sekarang selalu dh buat mcm tu, kejar masa nk balik bulab puasa ni...mmg beza 10-15 min kalau cilok mcm ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?