Jangan komplen dulu!!

Petang tadi saya ajak suami ke Maydin USJ. Sebelum balik kami ke restoren nasi kandar untuk tapau murtabak. Belilah satu keping murtabak daging dan lagi satu murtabak ayam.

Masa bayar suami nampak biasa je. Bila dah masuk kereta, mulalah dia komen.."Sedap sangat ke murtabak ni, sampai RM 6 sekeping?"... Tau saya jawab ape, " ala, standart kedai mamak la abg, lagipun ramai kawan-kawan kat sekolah ayang cakap murtabak sini sedap". Suami pun diamlah.

Nak dijadikan cerita, masa buka tadi saya pun potong lah murtabak ni jadi kepingan kecil-kecil. Naim banyak betul makan murtabak ni. " sedap", katanya. Reaksi papanya bila Naim makan banyak tu...." Naim suka ea murtabak ni, nanti papa beli lagi"...

P/s : demi anak....

Comments

  1. apa yg anak suka,kita sbg ibu bapa mesti nak beli juga,walapon mahal sikit kan..

    ReplyDelete
  2. tulah,anak suka makan nak taknak kena juga bli..

    ReplyDelete
  3. lelaki nie lebih sayang anak sebenarnya...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts