Pecal jawa sebagai bekal hari ni

Assalamualaikum semua..

Bila bercuti lama, mulalah rasa tak rela, tak sedia, tak cukup dan macam-macam lagi. Tiga beranak berkongsi perasaan yang sama nampaknya. Anak-anak pun semalam dan pagi ni kemain meleleh air mata berdrama nak mama jaga kononnya. Pengarah merangkap pelakon utamanya pastilah Ahmad besar. Lokasinya dalam bilik masa nak tidur pukul 12 malam.

"Mama, kenapa tak nak jaga kitaorang. Mama dah tak sayang kitaorang ke?"

"Kitaorang tak nak pergi sekolah. Kitaorang nak mama yang jaga"

Bukan skrip je best tu. Boleh menang award tau, pelakon pembantu, Si Ahmad kecil pulak memang menyokong habis. Sambil mengajuk skrip abangnya, dia tengok abang menangis sambil keluar air mata, dia pun ikut buat yang sama. Siap letak tangan kat bahu abang lagi tu. Macam nak bagi sokongan kepada abang yang tengah menangis ni. Adoi anak-anak. Mama pulak yang tak sampai hati.

Sampai ke pagi ni kena pujuk diorang tu supaya memahami cuti mama dah habis. Kalau boleh nak je mama bagitahu yang mama ni 10 kali rasa nak sambung bercuti lagi tau, tapi apa kan daya sayang oi..

Itu jelah.. sambung celur kangkong dan kacang panjang, nak buat pecal jawa sebagai bekal hari ni. Kembali menempuhi lautan kenderaan dan manusia, moga mood dab keadaan hari ni pun baik-baik belaka ya..

Comments

  1. AN pecal sedapnya...tu la kan bila dah cuti panjang macam ginilah gayanya.anak2 pun kecik mana nak faham yg kita ni kena kerja..dah seronok dok rumah ngan mama pastu mama nak kena masuk kerja mau tak buat adengan air mata.Kesian kan..yg mendengar ni pun tak smp hati bila anak buat dialog drama..

    ReplyDelete
  2. alahai sedey lak bila disoal sebegini oleh ank kecil kan AN.maybe penjelasan kita pun depa xbrape paham lg tu.mmg la bila dah lama sgt ct jd cam malas n x bersedia lak.rasa cam dah selesa ngan rutin harian dirumah.xpe pelan2 la AN..

    ReplyDelete
  3. anak akak yg sekolah men pun 'malas' nak kesekolah hehe,..dh biasa tido lewat..bangun pun lewat selama 2 minggu..

    ReplyDelete
  4. sedapnya pecal lama akak tak makan...hehehe

    amboi siap berdrama ye dua ahmad tu,kemain pandai lagi ye...

    ReplyDelete
  5. Allah aisy....lieya bace pun sedih hah...ye laaaa ape kan daya kan...kalo boleh mmg nak jaga sendiri anak2 nieh.....

    alamak aisy sedapnye pecal....lieya ni mmg suke pecal...lagi2 yg rase cekur kuah die tu...fuhh sedap2....

    ReplyDelete
  6. Kita lagilah, AN. Budak-budak dan cikgu sekolah yang bercuti 2 minggu tapi kita yang bekerja makan gaji kat pejabat pulak yang 'lemau' mood pagi ni. Rasa macam malas aje nak pergi kerja padahal 2 minggu tu bukan cuti untuk orang macam kami ni.

    Yalah, dah best mama jaga kat rumahkan, tentulah berderaian air mata dua-dua Ahmad ni. Yang kecil tu standardlah, memang tukang support dan tukang repeat situasi aje :)

    ReplyDelete
  7. sabar la AN..nak besarkan anak2 gitu lah kan..korban perasaan..sian kedua2 Ahmad ni.buat drama pun..mama tak boleh jugak nak jaga..kecuali malam dan waktu cuti

    ReplyDelete
  8. Sesekali bercuti mmg best, mls plk nk pg kerja..
    tpi duk rmh lgilh ....tk hbis kerja...

    ReplyDelete
  9. permulaan hari setelah bercuti lama mmg agk melemaukan..
    haha..lya pon kecoh nk sediakan bekal asya pg tu..last2 bwk roti aje..

    ReplyDelete
  10. Darah daging Aisy tak boleh dipisah. Apa lagi mereka mendapat susu yg sama dari mama yg sama. Gaduh-gaduh pun kasih sayang mereka padu. Abang dan adik kasih mereka ada dlm darah yg mengalir. Mama yg tengok rasa sayu kan... begitulah Aisy.

    ReplyDelete
  11. bila dah bercuti lama cam gini le... bukankan anak-anak yg liat nak pergi kesekolah kita ni pun terasa malas nk kerja...

    ReplyDelete
  12. klu cikna Ade kat situ cnfrm b'jurai2 airmata... Cikna yg xjawa ni pun suka pecal wat ratah je sbb Cikna xreti makan ngan nasi

    ReplyDelete
  13. Amboi anak2! Luluh hati Kalo anak nangis gitu. Siap support each other lagi.

    ReplyDelete
  14. tgh mmbyangkan suasana drama itu.
    sedey pon ada lawak pon ada kan nak nak bab adik mengikut skrip si abang hiihi

    ReplyDelete
  15. Haha...pandai adik beradik berdrama king ek, mama pulak jenis tak sampai hati..... meruntun jiwalah jadinya. Yelah ,,,,, manalah best duk taska, ramai. Ikut budak sebenarnya, kadang tu budak suka duk taska sebab ada kawan...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts